Sabah terima dana EFT RM22.748 juta untuk pemuliharaan biodiversiti (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Sabah menerima dana sebanyak RM22.75 juta daripada Kerajaan  Persekutuan di bawah inisiatif “Ecological Fiscal Transfer” (EFT) bagi menyokong usaha  pemuliharaan alam sekitar oleh Kerajaan Negeri. 

Dana tersebut, yang kini berjumlah RM126.36 juta sejak 2019, disampaikan oleh  Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Dato' Sri Arthur Joseph Kurup  kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu,  berhampiran sini, hari ini. 

“Ini jelas menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap dasar  pemuliharaan alam sekitar Kerajaan Negeri yang kukuh,” kata Hajiji. 

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan sokongan berterusan daripada Kerajaan  Persekutuan,” katanya. 

Turut dibincangkan ialah pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan  penyelarasan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dengan perundangan  Sabah bagi memastikan manfaat ekonomi karbon dapat dioptimumkan oleh Kerajaan  Negeri Sabah. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian NRES Datuk Nor Yahati  Awang serta pegawai-pegawai kanan. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Sabah received a RM22.75 million grant from the Federal  Government under its Ecological Fiscal Transfer (EFT) initiative in support of the State  Government’s environment conservation efforts. 

The grant, which has now amounted to RM126.36 million since 2019, was presented by  Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) Minister Dato' Sri Arthur  Joseph Kurup to Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor at Menara Kinabalu  near here today. 

“This clearly shows the Federal Government’s acknowledgement of the State  Government's sound environment conservation policy, said Hajiji. 

"The State Government welcomes the continuous support from the Federal  Government," he said. 

Also discussed were the amendment to the 1974 Environment Quality Act and the  harmonisation of the National Climate Change Bill with Sabah’s legislation to ensure that  the benefits of the carbon economy can be optimised by the Sabah State Government. 

In attendance were NRES Ministry Deputy Secretary-General Datuk Nor Yahati Awang  and senior officers. 

Ends