RM10,000 untuk mangsa tanah runtuh di Sandakan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM10,000 kepada keluarga seorang lelaki warga emas yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Sandakan awal pagi Rabu.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah, Datuk Awang Shahminan Sahari berkata Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson telah diarahkan untuk mengesan waris mangsa dan menyalurkan bantuan tersebut secepat mungkin.

Mangsa dikenali sebagai Agustine J. Lingam, 76, dilaporkan cuba menghidupkan generator sebuah hotel apabila tanah dari kawasan sekitar runtuh lalu menimbusnya.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah setakat jam 12 tengah hari ini merekodkan seramai 1,306 orang terjejas akibat banjir di Kota Marudu, Paitan dan Pitas, melibatkan 40 buah kampung.

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The State Government will provide  RM10,000 in cash assistance to the family of the elderly man who was killed in a landslide in Sandakan early Wednesday.

State Home Affairs and Research Secretary Datuk Awang Shahminan Sahari said Sandakan Municipal Council President Walter Kenson has been instructed to locate the victim's next of kin to handover the assistance as soon as possible.

The victim, identified as Agustine J Lingam, 76, was reportedly trying to start the generator of a hotel when earth from the surrounding area collapsed and buried him.

The incident was confirmed by Sandakan Fire and Rescue Chief Jimmy Lagung.

Meanwhile, the Sabah State Disaster Command Centre, as of 12pm today, recorded 1,306 people affected by flooding in Kota Marudu, Paitan and Pitas, involving 40 villages.

Ends