TYT, Ketua Menteri hadiri Majlis Berbuka Puasa PDRM Kontinjen Sabah

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa  Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin  serta Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri  Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja  Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Rabu. 

Ketua Menteri dan isteri tiba pada jam 5.27 petang, diikuti ketibaan Yang di-Pertua  Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman dan Toh Puan Datin Seri  Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin. 

Antara pengisian majlis termasuk bacaan ayat suci al-Quran dan Surah Al-Kahfi, diikuti  penyampaian sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah kepada mualaf, balu dan anak  yatim PDRM Kontinjen Sabah. 

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan, tazkirah  Ramadan serta acara berbuka puasa. Tetamu kemudiannya menunaikan solat Maghrib,  solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Surau Fisabilillah, IPD Kota Kinabalu. 

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim  M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima  Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr. Haji  Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Rubin Balang,  Menteri Pembangunan Belia,,Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk  Nizam Abu Bakar Titingan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan  Timbalannya, Datuk Abdul Rani Alias serta isteri masing-masing. 

Tamat