KM berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Bolong Lama

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menghadiri Majlis  Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama di sini,  pada Isnin. 

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menyampaikan  sumbangan Ramadan kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir  miskin, warga emas serta orang kurang upaya (OKU). 

Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) itu turut diserikan dengan  pengisian tazkirah Ramadan, diikuti jamuan berbuka puasa serta solat Maghrib, Isyak  dan Terawih secara berjemaah. 

Turut hadir ialah ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Haji Daya, ADUN Dilantik, Datuk Haji  Abdul Kassim Haji Razali, Pengarah YKS,Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Pegawai  Daerah Tuaran, Encik Ibrahim Terki, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn.Bhd, Datuk  Ahmad Naim Uddang dan Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS),  Datuk Malai Ali Malai Ahmad. 

Tamat