Hajiji: Terus hormati perbezaan berbilang kaum dan bangsa (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TAMPARULI: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat agar terus menghormati perbezaan antara satu sama lain bagi memperkukuh ikatan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
“Perpaduan yang kukuh hanya dapat dicapai apabila rakyat bersatu dan saling menghargai kepelbagaian yang wujud dalam kalangan masyarakat,” kata beliau di perasmian Pesta Angpau 2026 anjuran Persatuan Chung Fook Tong bersama 10 buah persatuan Cina lain di Dewan Tun Hamdan, di sini pada malam ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri Sabah sentiasa menyokong program-program yang memperkukuhkan perpaduan rakyat, keharmonian antara kaum, serta pembangunan sosial dan budaya, seiring dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
“Pesta Angpau ini membuktikan bahawa kerjasama erat antara kerajaan dan pertubuhan masyarakat mampu membawa manfaat besar kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.
Ketua Menteri turut mengulangi harapan beliau agar rakyat terus bersama kerajaan sebagai rakan kongsi untuk memperkuatkan perpaduan dan mengekalkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat serta kelancaran pembangunan negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0.
“Saya juga mahu masyarakat Tionghua untuk terus menjadi rakan strategik kerajaan negeri dalam membawa pembangunan di negeri ini,” katanya.
Hajiji berkata Pesta Angpau adalah satu platform penting untuk memelihara, meneruskan dan berkongsi budaya serta nilai murni masyarakat Tionghua kepada seluruh rakyat.
Malah, usaha ini turut membuka ruang untuk budaya tempatan dikenali di peringkat yang lebih luas, termasuk ke peringkat antarabangsa, katanya.
“Lebih membanggakan, penganjuran pesta ini turut menggalakkan penyertaan masyarakat berbilang kaum, selaras dengan identiti Sabah yang terkenal sebagai negeri yang aman, harmoni dan penuh toleransi.
“Inilah kekuatan sebenar kita, kepelbagaian yang diraikan bersama, bukan perbezaan yang memisahkan,” katanya.
Tamat
English Version
TAMPARULI: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called on the people to continue respecting differences among one another in order to strengthen unity and harmony within the state’s multi-racial society.
“Strong unity can only be achieved when the people stand together and appreciate the diversity that exists within our community,” he said when officiating at the 2026 Angpow Festival organised by the Chung Fook Tong Association in collaboration with 10 other Chinese associations at Dewan Tun Hamdan, here tonight.
His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Ceasar Mandela Malakun.
According to him, the Sabah State Government consistently supports programmes that enhance unity among the people, racial harmony, and social and cultural development, in line with the aspirations of the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
“This Angpow Festival proves that close cooperation between the government and community organisations can bring great benefits to the well-being of the people,” he said.
The Chief Minister also reiterated his hope that the people will continue to work alongside the government as partners to strengthen unity and maintain political stability for the well being of the people and the smooth implementation of state development through the SMJ 2.0.
“I also hope that the Chinese community will continue to be a strategic partner of the state government in driving the state’s development,” he said.
Hajiji said the Angpow Festival serves as an important platform to preserve, continue and share the culture and noble values of the Chinese community with all the people.
In fact, he said such efforts also create opportunities for local culture to be recognised more widely, including at the international level.
“Even more encouraging, the organisation of this festival promotes participation from various races, in line with Sabah’s identity as a peaceful, harmonious and tolerant state.
“This is our true strength, diversity celebrated together, not differences that divide us,” he said.
Ends
