TYT, KM hadir Majlis Silaturahim Hari Raya Konsulat Jenderal Republik Indonesia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama  isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Silaturahim Hari  Raya Idul Fitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu 1446H/2026M di  Wisma Indonesia, pada Sabtu. 

Keberangkatan tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa  Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin  dan Hajiji bersama isteri, disambut oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota  Kinabalu, Bapak Noorman Effendi dan isteri. 

Majlis diteruskan dengan jamuan makan, diiringi dengan persembahan nyanyian, yang  berlangsung dalam suasana penuh mesra dengan menghimpunkan pelbagai lapisan  tetamu jemputan.  

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji  Kadzim Haji M.Yahya dan Timbalannya, Datuk Al Hambra Tun Juhar. 

Tamat