Sabah Kutip RM5.3 Bilion daripada Royalti Kayu Balak SFMLA (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Sabah telah mengutip sejumlah RM5.3 bilion royalti daripada hasil tuaian balak di bawah Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) antara tahun 1999 hingga 2023, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Beliau berkata, angka tersebut mewakili purata hasil tahunan sebanyak RM213 juta kepada negeri, manakala inisiatif SFMLA telah mewujudkan kira-kira 40,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.
“Tidak dapat dinafikan bahawa masih ada pihak yang skeptikal atau mempunyai pandangan negatif terhadap aktiviti SFMLA di Sabah. Namun, janganlah kita terpengaruh dengan pandangan atau hasutan yang tidak membina dan tidak menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah,” katanya semasa majlis Penghargaan Perhutanan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah malam ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Setiausha Kerajaan Negeri, Datiuk Seri Panglima Sr Safar Untong.
Menurut Hajiji, Sabah telah menjadi perintis dalam pengurusan hutan lestari (SFM) melalui kerjasama pintar dengan sektor swasta selepas pengenalan SFMLA jangka panjang pada tahun 1997.
“Konsep pengurusan hutan lestari telah banyak membantu Kerajaan Negeri dalam mengurus kawasan hutan simpan Sabah yang luas. Ia bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negeri melalui sektor pembalakan dan industri kayu, tetapi juga memainkan peranan penting dalam aspek pemantauan dan penambahbaikan taraf hidup komuniti tempatan yang tinggal berhampiran kawasan berlesen.
“Setakat ini, kira-kira 1.4 juta hektar Hutan Simpan Kelas II di Sabah telah dilesenkan kepada 43 pemegang konsesi SFMLA,” katanya.
Hajiji berkata Kerajaan Negeri, melalui Jabatan Perhutanan, menjalankan semakan kemajuan tahunan ke atas setiap pemegang konsesi SFMLA.
Sejak diperkenalkan, sembilan lesen telah dibatalkan kerana gagal mematuhi syarat-syarat perjanjian.
“Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan konsep SFMLA. Namun begitu, majoriti pemegang konsesi SFMLA telah menunjukkan komitmen mereka dalam menguruskan hutan secara lestari di bawah kawasan konsesi masing-masing.
“Buktinya malam ini, seramai 32 pemegang konsesi SFMLA menerima Sijil Pematuhan atas pencapaian mereka dalam Pelan Kerja Tahunan 2024,” katanya.
Ketua Menteri turut menyeru semua pemegang konsesi SFMLA yang terlibat dalam pengurusan ladang hutan untuk mempergiat usaha bagi mencapai sasaran penanaman di kawasan masing masing.
“Ini adalah untuk memastikan sasaran kita di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036, iaitu kira-kira 18,000 hektar ladang hutan setahun dapat dicapai dengan jayanya,” katanya.
Menurut beliau, Sabah menerima Sijil Penghargaan pada Mac lalu daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar sebagai negeri ketiga tertinggi dengan kawasan perlindungan baharu diwartakan di Malaysia selepas Johor dan Sarawak bagi tempoh 2021 hingga 2023.
Sehubungan itu, Sabah telah menerima RM26.45 juta di bawah Fasa Pertama Dana Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) daripada Kerajaan Persekutuan.
“Dana ini akan menambah nilai kepada usaha Sabah untuk meningkatkan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kepada 30 peratus. Sabah telah mewartakan 2.012 juta hektar TPA, bersamaan 27.15 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri.
Selaras dengan Dasar Perhutanan Sabah 2018 dan Pelan Sabah Maju Jaya, beliau berkata Sabah kini memerlukan kira-kira 211,000 hektar lagi untuk mencapai sasaran 30 peratus TPA tahun ini.
Sehubungan itu, beliau gembira mengumumkan bahawa Jabatan Perhutanan sedang menyediakan kertas cadangan untuk mewartakan beberapa lagi kawasan perlindungan kritikal di bawah Seksyen 5A Enakmen Hutan 1968 bagi memastikan sasaran TPA dapat dicapai tahun ini.
“Saya menyokong sepenuhnya usaha ini dan berharap ianya akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat ini,” katanya.
Hajiji turut berkata pindaan terhadap Enakmen Hutan 1968 yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri pada April tahun ini adalah tepat pada masanya kerana ia memberikan kuasa penuh kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal aktiviti perdagangan kredit karbon berasaskan hutan.
Beliau berkata dengan pindaan ini, aktiviti karbon hutan akan dikawal selaras dengan terma dan syarat yang menjaga kepentingan negeri, dan sebarang wang atau hasil daripada aktiviti kredit karbon hutan akan terus disalurkan kepada negeri.
Pindaan itu juga memberikan kuasa kepada Ketua Konservator Hutan untuk menutup sebahagian daripada hutan simpan sensitif; mengeluarkan permit dan mengenakan bayaran bagi aktiviti tertentu di dalam hutan simpan; serta meminda penalti bagi kesalahan hutan.
“Pindaan ini, yang selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, akan mengukuhkan lagi penguatkuasaan hutan dalam membanteras pengambilan sumber hutan secara haram dan meningkatkan usaha pemuliharaan hutan.
“Saya difahamkan sejak tahun 2010, sebanyak 34 tangkapan kerana pencerobohan hutan simpan tidak dapat didakwa di mahkamah kerana hutan simpan tersebut tidak ditutup daripada akses awam,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Sabah has collected a total of RM5.3 billion in timber royalties under the Sustainable Forest Management License Agreement (SFMLA) between 1999 and 2023, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
He said the figure represented an average annual revenue of RM213 million for the state, while the SFMLA initiative has created about 40,000 jobs for Sabahans.
"It cannot be denied that some are still skeptical or hold negative views about SFMLA activities in Sabah. However, let us not be influenced by unconstructive opinions or instigations that do not contribute to the progress of the state of Sabah," he said at the Forestry Appreciation event at the Sabah International Convention Centre here tonight.
His speech was delivered by State Secretary, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.
According to Hajiji, Sabah has been a pioneer in sustainable forest management (SFM) through a smart partnership with the private sector following the introduction of the long term SFMLA in 1997.
"The sustainable forest management concept has greatly assisted the State Government in managing Sabah's vast forest reserves. It not only contributed to the state's economy through the logging sector and timber industry, but also plays a vital role in improving the living standards of local communities residing near licensed areas.
"To date, approximately 1.4 million hectares of Class II Forest Reserves in Sabah have been licensed to 43 SFMLA concessionaires," he said.
Hajiji said the State Government, through the Forestry Department, conducts an annual progress review of each SFMLA concessionaire.
Since its inception, nine licenses have been revoked for failure to comply with the agreement conditions.
"This reflects the seriousness of the State Government in implementing the SFMLA concept. However, a majority of the SFMLA concessionaires have demonstrated their commitment to managing the forest sustainably under their concessions.
"The proof is tonight when 32 SFMLA concessionaires receive the Compliance Certificate for their achievement in the 2024 Annual Work Plan," he said.
The Chief Minister called upon all the SFMLA concessionaires involved in the forest plantation management to intensify their efforts to achieve the planting target in their respective areas.
"This is to ensure our goal under the Forest Plantation Development Action Plan 2022- 2036 that is about 18,000 hectares of forest plantation per year could be achieved successfully," he said.
According to him, Sabah received an Appreciation Certificate last March from the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability as the third highest state with newly gazetted protected areas in Malaysia after Johor and Sarawak from 2021 to 2023.
In this respect, Sabah had received RM26.45 million under Phase One of the Ecological Fiscal Transfer (EFT) Fund from the Federal Government.
"The fund would add value to Sabah's effort to increase its Totally Protected Area (TPA) to 30 per cent. Sabah has already gazetted 2.012 million hectares TPA, which is 27.15 per cent of the state's total area.
In line with the 2018 Sabah Forest Policy and Sabah Maju Jaya Development Plan, he said Sabah now needs about 211,000 hectares to achieve this year's 30 per cent TPA goal.
Hence, he was glad to announce that the Forestry Department was preparing a proposal paper to gazette a few more critical protected areas under Section 5A of the 1968 Forest Enactment to ensure the TPA target could be met this year.
“I fully support this effort and hope that it can be realised in the near future,” he said.
Hajiji also said the amendment to the 1968 Forest Enactment passed in the State Assembly in April this year was apt since it gave the State Government the absolute authority to regulate forest-based carbon credit trading activities.
He said that with the amendment, forest carbon activity would be regulated according to the terms and conditions that safeguard the state's interest, and any monies or revenue derived from the forest carbon credit activity will go directly to the state.
The amendment also gave the Forest Chief Conservator power to close some of the sensitive forest reserves; to issue permits and impose fees for certain activities in a forest reserve; and to amend penalties for forest offences.
"This amendment, which is in line with the provision under the National Forest Act (Amendment) 2022, would further strengthen forest enforcement in combating illegal extraction of forest resources and enhance forest conservation efforts.
"Since 2010, 34 arrests for forest reserves encroachment could not be prosecuted in the court because the forest reserve was not closed for public access," he said.
Ends
