Ketua Menteri sambut Aidilfitri dengan media Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meraikan  Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakan media Sabah di Magellan Sutera Resort, di sini  malam ini.  

Antara yang hadir ialah Presiden Persatuan Wartawan Sabah Mariah Doksil, Pengerusi  Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Datuk Jimmy Goh, ketua-ketua pengarang, ketua ketua biro bersama lebih 200 pengamal media.  

Turut hadir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih, Pengarah  Yayasan Sabah,Datuk Ghulam Khan Bahadar dan ketua-ketua jabatan.  

Dalam ucapan alu-aluan mewakili Ketua Menteri, Pengarah Media dan Komunikasi di  Jabatan Ketua Menteri Datuk Lucy Irene Yong menyampaian penghargaan atas  komitmen dan dedikasi rakan-rakan media dalam menyampaikan maklumat kepada  masyarakat, baik melalui media kerajaan, media arus perdana mahupun media sosial.  

Beliau berkata umum tahu bahawa media memainkan peranan yang amat penting  sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat.  

“Kami menghargai peranan media menyampaikan dasar-dasar Kerajaan dengan jelas  dan dalam masa yang sama membawa suara rakyat kepada pihak berkuasa untuk  diambil tindakan.  

Namun kata beliau, walaupun peranan media pada hari ini menuntut kepantasan,  namun ia tidak harus mengabaikan ketepatan.  

“Dalam era lambakan maklumat, media yang efektif adalah media yang menyebarkan  berita yang sahih, sekali gus menjadi rujukan utama masyarakat dalam membentuk  fakta yang betul,” katanya.  

Dalam pada itu, katanya Pejabat Media dan Komunikasi akan terus memastikan segala  laporan dan berita berkaitan Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri dikongsikan kepada  pihak media, dengan cepat dan tepat, untuk dihebahkan dalam media masing-masing.  

“Pihak kami juga akan memastikan kerjasama dengan media terus diperkukuhkan,”  katanya. 

Tamat

 

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  celebrated Hari Raya Aidilfitri with members of the Sabah media at the Magellan Sutera  Resort, here tonight.  

Among those present were Sabah Journalists Association President Mariah Doksil,  Kota Kinabalu Journalists Association Chairman Datuk Jimmy Goh, editors-in-chief,  bureau chiefs and more than 200 media practitioners.  

Also in attendance were Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Isnin  Aliasnih, Yayasan Sabah Director Datuk Ghulam Khan Bahadar and heads of  departments.  

In her welcoming remarks on behalf of the Chief Minister, Director of Media  and Communications in the Chief Minister’s Department Datuk Lucy Irene Yong  expressed appreciation for the commitment and dedication of media practitioners in  disseminating information to the public, whether through government, mainstream or  social media.  

She added that the media plays a very important role as a link between the  government and the people.  

“We appreciate the role of the media in clearly explaining government policies while  at the same time conveying the people’s voices to the authorities for action. 

However, she said, although the media’s role today demands speed, it should not come  at the expense of accuracy.  

“In an era of information overload, effective media is media that disseminates  verified news, thus serving as the main reference for the public in forming accurate  facts,” she said. 

In this regard, she said the Media and Communications Office will continue to  ensure that all reports and news related to the State Government and the Chief Minister  are shared promptly and accurately with the media for dissemination through their  respective platforms. 

“We will also continue to strengthen our cooperation with the media,” she said. 

Ends