RM13.66 juta diperuntukkan tahun ini untuk pemeliharaan warisan budaya dan seni Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13.66 juta tahun ini  bagi usaha pemeliharaan warisan budaya dan seni Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk  Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata, ini bagi memastikan warisan seperti pakaian tradisional etnik Sabah  bukan sahaja diwarisi oleh generasi kini tetapi juga dilindungi untuk generasi akan  datang. 

"Saya berharap minat terhadap warisan budaya kita dapat dikekalkan dan diwarisi dari  satu generasi ke generasi yang lain. Para peserta pertandingan Unduk Ngadau sendiri  perlu mengambil peluang untuk menjadi duta pemeliharaan budaya, bahasa dan tradisi  suku kaum Kadazandusun," katanya. 

Berucap di majlis Sodop Unduk Ngadau Kaamatan peringkat daerah Tuaran di Nexus  Resort and Spa Karambunai malam ini, Ketua Menteri berkata acara tersebut bukan  sekadar pertandingan fesyen pakaian etnik. 

"Ia merupakan satu platform penting untuk menyerlahkan usaha kita dalam memelihara,  mengangkat dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazandusun Murut  dan Rungus (KDMR), khususnya dalam aspek pakaian tradisional yang kaya dengan  nilai estetika, simbolisme dan sejarah. 

"Acara-acara seperti ini juga boleh menjana ekonomi di kalangan pereka-pereka busana dan pakaian etnik di negeri Sabah melalui ciptaan dan kreativiti mereka," katanya. 

Hajiji berkata, busana tradisional bukan hanya sekadar pakaian, tetapi melambangkan identiti, kedudukan sosial, nilai dan tradisi sesuatu kaum. 

Sebagai contoh, daerah Tuaran terkenal dengan sulaman Linangkit, di mana setiap sulaman, motif dan warna mempunyai makna dan cerita tersendiri. 

"Kita mesti menghargai dan mengetengahkan seni ini kepada generasi muda dan  masyarakat umum," katanya. 

"Pertandingan ini juga menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh pelancongan budaya melalui promosi warisan tempatan. Keunikan busana etnik Kadazandusun boleh menjadi tarikan bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat antarabangsa," katanya. 

Ketua Menteri berkata, tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, "Kaamatan Untuk Semua", membawa makna yang besar bahawa semangat Kaamatan tidak terbatas kepada satu kaum sahaja, tetapi adalah milik bersama seluruh rakyat Sabah. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The State Government has allocated RM13.66 million this year for  the preservation of Sabah's cultural heritage and arts, said the Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said this is to ensure that heritage such as the traditional attire of Sabah’s ethnic  groups is not only inherited by the current generation but also protected for future  generations. 

"I hope that interest in our cultural heritage can be maintained and passed down from  one generation to the next. Participants of the Unduk Ngadau competition should seize the opportunity to become ambassadors for the preservation of culture, language, and  traditions of the Kadazandusun ethnic group," he added. 

Speaking at the Tuaran district-level Sodop Unduk Ngadau Kaamatan held at the Nexus  Resort and Spa Karambunai here tonight, the Chief Minister said that the event is not  just a traditional fashion competition. 

"It is an important platform to highlight our efforts in preserving, uplifting, and dignifying  the cultural heritage of the Kadazandusun Murut and Rungus (KDMR) communities,  particularly in showcasing aspects of the traditional attire that are rich in aesthetic value,  symbolism, and history. 

"Events such as this can also provide opportunity for the local ethnic fashion designers  to generate income through their creativity and creations," he said. 

Hajiji said the traditional attire is not just clothing, but it symbolizes the identity, social  status, values, and traditions of a particular community. 

For example, the Tuaran district is known for its Linangkit embroidery, where each stitch,  motif, and color carries its own meaning and story. 

"We must appreciate and promote this art to the younger generation and society," he said.

"This competition also supports the State Government's efforts to strengthen cultural tourism through the promotion of local heritage. The uniqueness of the Kadazandusun ethnic attire can attract attention both at the state level and international level," he said. 

The Chief Minister said the theme for this year's Kaamatan Festival, "Kaamatan For All", carries a significant meaning - that the spirit of Kaamatan is not just for one ethnic group  but belongs to all the people of Sabah. 

Ends