Program BAIK bantu pelajar miliki komputer riba (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Program Bantuan Ihsan Komputer atau BAIK yang diperkenalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah antara usaha untuk membantu pelajarpelajar kurang berkemampuan memiliki komputer riba bagi tujuan pembelajaran, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Justeru, beliau melahirkan rasa syukur kerana program yang diperkenalkan oleh kerajaan GRS itu telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 pelajar Sabah sejak bantuan ini ndiperkenalkan pada tahun 2022.
“Program BAIK ini adalah antara inisiatif tambahan kepada program sedia ada yang lain bagi memastikan semua pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) memiliki komputer riba.
“Pada masa kini, komputer menjadi alat penting kepada pelajar dan atas faktor itu, kerajaan negeri telah memperkenalkan program BAIK, yang mana tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Program BAIK ini juga diteruskan lagi pada tahun ini bagi memberi peluang kepada anak-anak Sabah di IPT memohon,.
“Selain BAIK, beberapa program lain untuk membantu pelajar diteruskan antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara sekali bayar (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI). Banyak inisiatif yang kita sediakan bagi membantu dan memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir dalam meneruskan pengajian mereka,” katanya di sini pada Selasa.
Sementara itu, pelajar dalam jurusan perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Norshafikah Zaiddi, 24, melahirkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya memiliki komputer riba sendiri untuk kegunaan di universiti.
Norshafikah yang berasal dari Sandakan berkata sebelum ini beliau terpaksa berkongsi komputer riba dengan adiknya.
“Justeru, saya berasa gembira kerana kini sudah ada komputer sendiri sekali gus memudahkan saya membuat tugasan,” katanya sambil menambah kedua ibu bapanya hanya bekerja sendiri.
Bagi seorang ibu, Sabnah Jamdan, 43, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dengan pemberian komputer menerusi program BAIK itu.
“Komputer riba ini akan memudahkan anak kami yang kini menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, menyiapkan tugasan yang diberikan. Alhamdulillah, pemberian ini amat membantu anak saya,” katanya yang juga suri rumah sepenuh masa.
Penerima komputer riba ini adalah antara 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menerima manfaat itu bagi permohonan tahun lalu.
Program BAIK adalah antara usaha kerajaan negeri membantu anak-anak kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT untuk memliki komputer riba sendiri.
Untuk maklumat lanjut, pemohon-pemohon Baharu boleh layari https://baik.sabah.gov.my
Tamat
English version
KOTA KINABALU: The Program Bantuan Ihsan Komputer or BAIK introduced by the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Government is one of the efforts to assist underprivileged students in acquiring laptops for learning purposes, said Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
He is satisfied that the program initiated by the government has benefitted over 2,000 deserving Sabah students since the program was introduced in 2022.
“The BAIK program is an additional initiative to existing programs to ensure all deserving underprivileged students at higher education institutions (IPT) have laptops.
“Computers have become essential tools for students, and for this the state government introduced the BAIK program, which had never been implemented before. The program is being continued this year to provide opportunities for Sabah IPT student to apply.
“In addition to BAIK, there are other programs to assist students, including one-off registration cash aid for IPT (BUDI) and Special Cash Aid for Examinations (BAKTI). We have many initiatives in place to help and ensure that Sabah students from are not left behind in their education,” he said, on Tuesday.
Meanwhile, Norshafikah Zaiddi, 24, an accounting student at Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, expressed her gratitude for finally owning her own laptop.
Norshafikah, who hails from Sandakan, said that previously she had to share a laptop with her sibling.
“I am thrilled that I now have my own laptop, which makes it easier for me to complete assignments,” she said, adding that both her parents are self-employed.
For a mother, Sabnah Jamdan, 43, she felt touched and thanked the government for this provision under the BAIK program.
“This laptop will make it easier for our child, who is now studying at the Labuan Matriculation College, to complete her assignments. Alhamdulillah, this assistance is of great help to my child,” said the full-time housewife.
“SABAH MAJU JAYA”
Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Aras 31, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
2
The recipients of the laptops are among 1,000 higher education institution (IPT) students who benefited from last year’s applications.
The BAIK Program is one of the state government's efforts to assist underprivileged children who have successfully pursued studies at higher education institutions to own their own laptops.
Further further information, new applicants for the BAIK Program can access https://baik.sabah.gov.my.
Ends
