Kedaulatan Sabah di Malaysia akan dipertahankan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyokong penuh pendirian tegas Kerajaan  Perpaduan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menolak sebarang tuntutan  ke atas Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan pendirian Malaysia yang  sama dengan pendirian kami selama ini," katanya. 

Hajiji berkata rakyat Sabah telah memilih untuk bersama-sama membentuk  Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh itu, sebarang  tuntutan luar terhadap negeri Sabah tidak akan diiktiraf sama sekali oleh rakyat. 

Beliau mengulangi bahawa Sabah sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia dan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa telah  mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan  Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 

Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri juga menyokong penuh tindakan dan kenyataan  Wisma Putra bahawa isi kandungan video tular di media sosial yang mempertikaikan  kedaulatan negeri Sabah, tidak berasas dan mengelirukan. 

“Kami yakin Kementerian Luar akan dapat menyiasat perkara itu secara menyeluruh  dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The Sabah Government fully supports the Unity Government's firm  stand in defending the country's sovereignty and dismissing any demand over Sabah,  said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

"Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has made Malaysia's stand clear, which is  similar to our stand all this while," he said. 

Hajiji said Sabahans have chosen to jointly form the Malaysia Federation through the  Malaysian Agreement 1963 (MA63) therefore, any external claims against the state of  Sabah will not be recognised at all by the people. 

He reiterated that Sabah has always been an integral part of Malaysia and that the  United Nations (UN) and the international community have recognised Sabah as part of  Malaysia since the formation of the Federation of Malaysia on September 16, 1963. 

The Chief Minister said the State Government also fully supported Wisma Putra's action  and statement that the viral video on social media, which disputed the sovereignty of the  state of Sabah, contained baseless and misleading contents. 

"We are confident that the Foreign Ministry will be able to investigate the matter  thoroughly in cooperation with the relevant ministries and agencies," he said. 

Ends