RM8.24 juta untuk pemerkasaan wanita Sabah tahun ini (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM8.24 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) untuk melaksanakan pelbagai program pemerkasaan wanita tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Selain untuk operasi, peruntukan ini merangkumi inisiatif pembangunan ekonomi, latihan dan peningkatan kemahiran usahawan, kepimpinan, pembangunan keluarga serta pembangunan dan promosi produk, katanya.
Hajiji berkata dalam kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030 adalah amat penting bagi pembangunan wanita untuk bergerak seiring dengan aspirasi negeri.
“Justeru, dalam fasa baharu pembangunan negeri, kita mahu wanita turut mencorakkan arah pembangunan itu sendiri melalui idea, kepakaran, pengalaman, kepimpinan dan keberanian mencetuskan perubahan,” katanya pada sambutan Hari Wanita peringkat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.
Hajiji berkata salah satu asas utama pemerkasaan ialah kekuatan ekonomi, terutama dengan keadaan masa kini yang amat mencabar termasuk yang melibatkan kos sara hidup.
“Dalam hal ini, wanita yang memiliki ilmu, kemahiran, pendapatan dan akses kepada peluang akan mempunyai daya tahan yang lebih kukuh untuk menentukan masa depan diri serta keluarga.
“Oleh sebab itu, pendekatan Kerajaan Negeri mesti beranjak daripada bantuan semata mata kepada pembinaan keupayaan; daripada pembinaan keupayaan kepada kemandirian; dan daripada kemandirian kepada penciptaan nilai, kekayaan serta peluang pekerjaan,” katanya.
Ketua Menteri berkata komitmen ini seiring dengan Dasar Wanita Negara 2025-2030, yang mana tumpuannya adalah pemerkasaan wanita iaitu maknanya ruang, peluang, pendedahan, kegiatan ekonomi, pelindungan sosial dan kaedah ekosistem pekerjaan yang lebih responsif.
Menurut beliau lagi, prinsip "Sabah First" yang menjadi teras dasar kerajaan negeri turut menuntut agar peluang pembangunan diperluas secara adil kepada seluruh rakyat Sabah.
“Ini bermakna wanita di bandar, luar bandar dan pedalaman mesti mempunyai akses yang lebih baik kepada pendidikan, kemahiran, pekerjaan, keusahawanan, teknologi, perlindungan dan kepimpinan.
“Kita mahu pembangunan yang bukan sekadar meningkatkan angka pertumbuhan, tetapi benar-benar mengangkat mutu kehidupan rakyat,” katanya.
Hajiji berkata untuk tujuan itu, beberapa inisiatif telah diperkenalkan termasuk JHEWA BizBloom yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi wanita, khususnya ibu tunggal dan wanita B40.
Menurutnya, inisiatif seperti ini mesti menghasilkan perubahan yang dapat diukur: daripada peningkatan kemahiran kepada peningkatan pendapatan, dan daripada perniagaan mikro kepada perusahaan yang lebih kukuh serta berdaya saing.
“Sebab itu, kita mahu lebih ramai usahawan wanita memanfaatkan teknologi, platform digital, pemasaran moden, rangkaian pasaran dan akses kepada pembiayaan.
“Aspirasi kita jelas iaitu produk yang dihasilkan usahawan wanita Sabah bukan sahaja kukuh di pasaran tempatan, malah mampu menembusi pasaran yang lebih luas.
“Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan ini adalah untuk memastikan semua wanita mendapat keadilan yang sewajarnya baik dalam aspek ekonomi mahu pun pekerjaan. Selain itu, kerajaan mahu memastikan manfaat pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 dapat dirasai oleh wanita di seluruh negeri,” katanya.
Seiring dengan kemajuan masa kini, Sabah memerlukan pemimpin wanita yang bukan sahaja bersedia menghadapi perubahan, tetapi mampu memimpin perubahan, katanya.
Menurutnya, adalah amat penting untuk membina barisan pelapis pemimpin wanita Sabah yang berintegriti, berilmu, berwibawa, berani membuat keputusan dan berupaya memimpin dalam persekitaran yang semakin kompleks.
“Saya mahu lebih ramai wanita Sabah tampil sebagai profesional berkemahiran tinggi, saintis, teknologis, inovator, usahawan digital, pemimpin korporat, pemimpin komuniti dan peneraju dalam perkhidmatan awam.
“Kita mahu bakat wanita Sabah berdiri setara dan menyerlah dalam setiap bidang strategik. Pada masa yang sama, saya mahu kepimpinan wanita berkembang bersama satu budaya yang penting: wanita yang telah berjaya membuka ruang, berkongsi pengalaman, membimbing dan membina generasi wanita seterusnya,” katanya.
Hajiji mahu JHEWA terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti untuk sama-sama memperkasa golongan wanita, baik di bandar, luar bandar mahupun di pedalaman negeri ini.
Beliau memberi jaminan Kerajaan Negeri sentiasa komited memastikan golongan wanita terus diberi peluang yang adil, ruang peningkatan kemahiran, serta sokongan melalui pelbagai program pemerkasaan agar terus berdaya saing.
“Saya menyeru agar semua pihak terus berganding bahu memperkasa potensi wanita agar menjadi wanita yang berilmu, berdaya tahan, dan berwibawa,” katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: The State Government has allocated RM8.24 million to the Sabah Women’s Affairs Department (JHEWA) to implement various women’s empowerment programmes this year, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Apart from operational purposes, the allocation covers economic development initiatives, entrepreneurial training and skills enhancement, leadership, family development as well as product development and promotion, he said.
Hajiji said that, under the framework of the Sabah Maju Jaya 2.0 Development Plan for the 2026 to 2030 period, it is crucial for women’s development to move in tandem with the State’s aspirations.
“Therefore, in this new phase of the State’s development, we want women also to help shape the direction of development through their ideas, expertise, experience, leadership and courage to drive change,” he said at the Sabah-level Women’s Day celebration at the Sabah International Convention Centre (SICC) here on Friday.
Hajiji said one of the key foundations of empowerment is economic strength, particularly amid today’s highly challenging circumstances, including the rising cost of living.
“In this regard, women who possess knowledge, skills, income and access to opportunities will have greater resilience in determining the future of themselves and their families.
“For this reason, the State Government’s approach must shift from merely providing assistance to building capacity; from capacity building to self-reliance; and from self reliance to creating value, wealth and employment opportunities,” he said.
The Chief Minister said this commitment aligns with the National Women’s Policy 2025– 2030, which focuses on women’s empowerment through greater space, opportunities, exposure, economic participation, social protection, and a more responsive employment ecosystem.
He added that the “Sabah First” principle, which is at the core of the State Government’s policy, also requires development opportunities to be extended fairly to all Sabahans.
“This means women in urban, rural and interior areas must have better access to education, skills, employment, entrepreneurship, technology, protection and leadership.
“We want development that does not merely increase growth figures, but genuinely improves the quality of life of the people,” he said.
Hajiji said several initiatives have been introduced for this purpose, including JHEWA BizBloom, which focuses on women’s economic development, particularly single mothers and women in the B40 group.
He said initiatives like these must produce measurable changes, from improved skills to increased income, and from micro-businesses to stronger, more competitive enterprises.
“That is why we want more women entrepreneurs to make use of technology, digital platforms, modern marketing, market networks and access to financing.
“Our aspiration is that products produced by Sabah women entrepreneurs should not only be strong in the local market, but also be able to penetrate wider markets.
“The various initiatives implemented by the Government are aimed at ensuring that all women receive the fairness they deserve, both economically and in employment. In addition, the Government wants to ensure that the benefits of Sabah Maju Jaya 2.0 development are felt by women throughout the State,” he said.
In keeping with current progress, Sabah needs women leaders who are not only prepared to face change but also capable of leading it, he said.
He said it is crucial to build a new generation of Sabah women leaders who possess integrity, knowledge, credibility, courage in decision-making and the ability to lead in an increasingly complex environment.
“I want to see more Sabah women emerge as highly skilled professionals, scientists, technologists, innovators, digital entrepreneurs, corporate leaders, community leaders and leaders in the public service.
“We want Sabah women’s talents to stand on equal footing and excel in every strategic field. At the same time, I want women’s leadership to grow alongside an important culture of successful women opening doors, sharing experiences, mentoring and building the next generation of women,” he said.
Hajiji wants JHEWA to continue working with various government agencies, non governmental organisations and communities to jointly empower women in urban, rural and interior areas of the State.
He assured that the State Government remains committed to ensuring women continue to be given fair opportunities, avenues for skills enhancement, and support through various empowerment programmes so they remain competitive.
“I call on all parties to continue working together to empower the potential of women so that they become knowledgeable, resilient and capable,” he said.
Ends