Memupuk belia menjadi usahawan dan pencipta perniagaan baharu (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited untuk memupuk kreativiti, daya tahan dan cita-cita keusahawanan dalam kalangan belia Sabah serta memperkasa mereka untuk menjadi usahawan, inovator dan pencipta perniagaan baharu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Pada masa yang sama, kita mahu para pelabur dan pemimpin perniagaan dari luar Sabah melihat negeri ini bukan sekadar sebagai sebuah pasaran, tetapi sebagai platform untuk mewujudkan peluang baharu merentasi Borneo, BIMP-EAGA, ASEAN dan seterusnya.
“Adalah menjadi aspirasi kita agar Sabah menjadi sebuah gerbang, tempat di mana idea bertemu modal, usahawan bertemu rakan kongsi, inovasi bertemu peluang dan perniagaan tempatan berhubung dengan pasaran serantau serta global,” katanya pada Sabah International Business Luncheon Talk (SIBLT2026) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.
Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Beliau berkata Kerajaan Negeri mempunyai peranan penting dalam mewujudkan ekosistem yang sesuai bagi menyokong keusahawanan, menggalakkan pelaburan, memudah cara urusan perniagaan serta membolehkan inovasi dan pertumbuhan berkembang.
“Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh membina masa depan bersendirian. Masa depan dibina apabila kerajaan, sektor perniagaan, pelabur, usahawan, ahli akademik dan komuniti bekerjasama. Inilah sebabnya platform seperti SIBLT2026 amat penting.
“Ia menghimpunkan orang ramai. Ia mengubah perbualan menjadi jaringan hubungan, jaringan menjadi perkongsian dan perkongsian menjadi peluang. Pada akhirnya, cita cita kita bukan sekadar untuk menarik lebih banyak perniagaan ke Sabah.
“Sebaliknya, kita mahu mewujudkan dan menyokong lebih banyak perniagaan yang berpangkalan di Sabah agar mampu berkembang menjadi pemain serantau dan global. Inilah Sabah berteraskan keusahawanan yang kita impikan. Saya yakin jamuan tengah hari hari ini boleh menjadi titik permulaan kepada banyak perjalanan baharu, usaha niaga baharu, pelaburan baharu, kerjasama baharu dan kisah kejayaan baharu,” katanya.
Hajiji berkata keusahawanan sentiasa berkaitan dengan keupayaan melihat kemungkinan ketika orang lain melihat ketidaktentuan.
“Ia memerlukan keberanian untuk memulakan, daya tahan untuk terus bertahan, kreativiti untuk berinovasi dan keazaman untuk menterjemahkan idea kepada penyelesaian yang memberi nilai kepada orang lain.
“Semangat keusahawanan ini lebih penting pada hari ini berbanding sebelum ini. Kita sedang melalui satu tempoh transformasi pesat. Teknologi sedang mengubah model perniagaan tradisional, manakala kecerdasan buatan pula membentuk semula cara kita bekerja.
“Perubahan iklim mempengaruhi keputusan pelaburan, pasaran baharu sedang muncul dan pasaran tradisional menjadi semakin kompetitif. Dalam persekitaran seperti ini, kita tidak boleh sekadar menunggu peluang datang kepada kita. Kita mesti mempunyai visi dan inisiatif untuk menciptanya. Di sinilah Sabah mempunyai potensi yang amat besar,” katanya.
Hajiji turut memberi penghargaan kepada penceramah utama SIBLT2026, Tan Sri Sir Dr Jeffrey Cheah, yang juga Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway.
“Amat bertepatan sekali penceramah utama kita hari ini ialah seorang tokoh yang perjalanan luar biasanya mencerminkan semangat keusahawanan yang ingin kita galakkan. Perjalanan Tan Sri Jeffrey merupakan satu peringatan yang sangat bermakna bahawa perusahaan yang hebat tidak dibina dalam sekelip mata. Ia dibina melalui visi, keberanian, ketekunan dan keyakinan teguh terhadap apa yang boleh dicapai,” katanya.
“Saya percaya inilah tujuan sebenar perhimpunan kita hari ini. Dengan hampir 750 pemimpin perniagaan, pelabur, usahawan dan pembuat dasar berada dalam satu ruang, kita mempunyai himpunan luar biasa dari segi idea, pengalaman dan jaringan.
“Janganlah kita membiarkan hubungan ini berakhir apabila jamuan tengah hari ini selesai. Marilah kita menggunakan platform ini untuk membina perkongsian, meneroka pelaburan, bertukar idea dan membuka peluang antara satu sama lain,” kata Ketua Menteri.
Tamat
KOTA KINABALU: The State Government is committed to nurturing creativity, resilience and entrepreneurial ambition among the State’s youth and empowering them to become entrepreneurs, innovators and creators of new businesses, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“At the same time, we want investors and business leaders from outside Sabah to view the State not merely as a market, but as a platform for creating new opportunities across Borneo, BIMP-EAGA, ASEAN and beyond.
“It is our aspiration for Sabah to become a gateway, a place where ideas meet capital, entrepreneurs meet partners, innovation meets opportunity, and local businesses connect with regional and global markets,” he said at the Sabah International Business Luncheon Talk (SIBLT2026) at the Sabah International Convention Centre (SICC) here on Thursday.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister II/Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
He said the State Government has an important role to play in creating the right ecosystem that supports entrepreneurship, encourages investment, facilitates business and enables innovation and growth.
“However, government cannot build the future alone. The future is built when government, businesses, investors, entrepreneurs, academia and communities work together. This is why platforms such as SIBLT2026 are so important.
“They bring people together. They turn conversations into connections, connections into partnerships, and partnerships into opportunities. Ultimately, our ambition is not simply to attract more businesses to Sabah.
“It is to create and support more Sabah-based businesses that can grow into regional and global players. That is the entrepreneurial Sabah we envision. I am confident that today’s luncheon can mark the beginning of many new journeys, new ventures, new investments, new collaborations and new success stories,” he said.
Hajiji said entrepreneurship has always been about seeing possibility where others see uncertainty.
“It requires the courage to begin, the resilience to persevere, the creativity to innovate and the determination to transform ideas into solutions that create value for others.
“This entrepreneurial spirit is more important today than ever before. We are living in a period of rapid transformation. Technology is disrupting traditional business models, while artificial intelligence is reshaping the way we work.
“Climate change is influencing investment decisions, new markets are emerging, and traditional markets are becoming increasingly competitive. In such an environment, we cannot simply wait for opportunities to come to us. We must have the vision and initiative to create them. This is where Sabah possesses tremendous potential,” he said.
Hajiji also paid tribute to the SIBLT2026 keynote speaker, Tan Sri Sir Dr Jeffrey Cheah, who is Founder and Chairman of the Sunway Group.
“It is especially fitting that our keynote speaker today is a man whose remarkable journey embodies the entrepreneurial spirit we seek to encourage. Tan Sri Jeffrey’s journey is a powerful reminder that great enterprises are not built overnight. They are built through vision, courage, perseverance and an unwavering belief in what is possible,” he said.
‘I believe this is the true purpose of today’s gathering. With close to 750 business leaders, investors, entrepreneurs and policymakers in one room, we have an extraordinary concentration of ideas, experience and networks.
“Let us not allow these connections to end when the luncheon concludes. Let us use this platform to build partnerships, explore investments, exchange ideas and open doors for one another,” said the Chief Minister.
Ends