Pelabur dan pemimpin perniagaan digesa terokai peluang Ekonomi Biru Sabah (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru para  pelabur dan pemimpin perniagaan yang menyertai Sabah International Expo (SIE2026)  supaya meneroka peluang yang ditawarkan menerusi Ekonomi Biru Sabah. 

Beliau mengulangi bahawa Ekonomi Biru menawarkan peluang dalam pelbagai sektor  termasuk perikanan dan akuakultur mampan, bioteknologi marin, perkhidmatan maritim,  pelancongan pesisir pantai dan pulau, tenaga boleh diperbaharui marin, logistik, pembinaan  dan pembaikan kapal serta industri lain berasaskan lautan. 

“Matlamat kita adalah untuk memastikan sumber-sumber ini dibangunkan secara  bertanggungjawab dan mampan, sekali gus mewujudkan peluang ekonomi sambil  melindungi ekosistem marin yang amat penting kepada Sabah. 

“Kita melihat potensi yang amat besar khususnya dalam membangunkan aktiviti hiliran  bernilai tinggi daripada sumber marin kita, menggalakkan teknologi dan inovasi serta  meningkatkan penyertaan usahawan Sabah dan perniagaan tempatan. 

“Dengan pelaburan, teknologi dan perkongsian yang tepat, Sabah mampu membangunkan  Ekonomi Biru yang lebih dinamik dan mampan, mewujudkan industri baharu, menjana  peluang pekerjaan serta membuka sumber pendapatan baharu untuk masyarakat kita. 

“Ini merupakan bidang yang mempunyai potensi besar bagi kerjasama serantau dan  antarabangsa,” katanya pada Majlis Makan Malam Selamat Datang anjuran Kerajaan  Negeri sempena SIE2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun. 

Beliau berkata Kerajaan Negeri tidak mahu sekadar mengeksport sumber-sumber Sabah. 

“Kita mahu mewujudkan nilai yang lebih tinggi daripada sumber-sumber tersebut di Sabah.  Kita mahu menggalakkan industri hiliran, pemindahan teknologi, inovasi, pembangunan  kemahiran dan penyertaan yang lebih kukuh daripada perniagaan tempatan. Inilah caranya  kita dapat membina ekonomi Sabah yang lebih pelbagai, berdaya tahan dan mampan,”  katanya. 

Ketua Menteri berkata kedudukan geografi strategik Sabah juga merupakan satu kelebihan  yang wajar diberi perhatian oleh para pelabur.

Terletak di tengah-tengah Borneo dan berhampiran pasaran utama di ASEAN serta rantau  Asia-Pasifik yang lebih luas, beliau berkata Sabah berada pada kedudukan yang baik untuk  berperanan sebagai penghubung antara pasaran. 

“Kedudukan kita yang berhampiran Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina, serta  hubungan kita dengan rantau ASEAN yang lebih luas, memberikan Sabah peranan penting  dalam memperkukuh perdagangan dan pelaburan serantau,” katanya. 

Dalam kerangka BIMP-EAGA, Sabah boleh memainkan peranan yang semakin penting  sebagai pintu gerbang bagi perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kerjasama ekonomi,  katanya sambil menambah bahawa aspirasi Sabah adalah untuk meletakkan negeri ini  bukan sekadar sebagai sebuah destinasi, tetapi sebagai hab perniagaan serantau dan pintu  masuk ke pasaran yang lebih luas. 

Hajiji berkata Kerajaan Sabah komited untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang  lebih kondusif, kompetitif dan mesra perniagaan. 

“Melalui agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), kita melaksanakan pelbagai  inisiatif untuk memperkukuh infrastruktur, meningkatkan kesalinghubungan,  membangunkan modal insan, menarik pelaburan berkualiti serta membuka sektor ekonomi  baharu,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan memerlukan sektor swasta sebagai rakan kongsi  dalam pembangunan. 

“Oleh itu, kita mengalu-alukan pelabur, usahawan dan perniagaan yang bersedia untuk  datang ke Sabah, melabur di Sabah dan membina perkongsian bermakna dengan  perniagaan di Sabah. 

“Bersama-sama, kita boleh mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Sabah. Kita  khususnya mengalu-alukan pelaburan yang membawa teknologi dan inovasi,  menggalakkan aktiviti bernilai lebih tinggi, mewujudkan pekerjaan berkemahiran serta  memberikan manfaat ekonomi yang mampan kepada negeri ini,” katanya. 

Ketua Menteri turut mengalu-alukan peserta SIE2026 dari lebih 15 negara termasuk  Australia, Brunei Darussalam, China, Denmark, Finland, Perancis, India, Indonesia, Jepun,  Korea, Filipina, Poland, Singapura, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Senegal  dan Zambia. 

“Sebagai Ketua Menteri Sabah, saya memberi jaminan kepada semua tetamu bahawa  Sabah terbuka untuk perniagaan, terbuka kepada perkongsian dan terbuka kepada idea  baharu. Kita mengalu-alukan perniagaan yang berkongsi aspirasi kita untuk mewujudkan  pertumbuhan mampan dan masa depan yang lebih baik untuk rakyat kita. 

“Kepada semua pempamer, delegasi dan peserta antarabangsa, saya menggalakkan anda  untuk melihat lebih jauh daripada sekadar reruai pameran dan mengalami sendiri Sabah.  Temui rakyat kita. Lawati industri kita. Terokai sumber dan peluang pelaburan kita. Paling  penting, lihat sendiri mengapa Sabah boleh menjadi destinasi perniagaan anda yang  seterusnya,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called  upon investors and business leaders participating in the Sabah International Expo  (SIE2026) to explore the opportunities that Sabah’s Blue Economy has to offer. 

He reiterated that the Blue Economy presents opportunities across a wide range of  sectors, including sustainable fisheries and aquaculture, marine biotechnology, maritime  services, coastal and island tourism, marine renewable energy, logistics, shipbuilding  and repair, and other ocean-based industries. 

“Our objective is to ensure that these resources are developed responsibly and  sustainably, creating economic opportunities while protecting the marine ecosystems  that are so important to Sabah. 

“We see particularly strong potential in developing higher-value downstream activities  from our marine resources, promoting technology and innovation, and increasing the  participation of Sabah entrepreneurs and local businesses. 

“With the right investments, technologies and partnerships, Sabah can develop a more  dynamic and sustainable Blue Economy, creating new industries, generating  employment and opening up new sources of income for our communities. 

“This is an area with considerable potential for regional and international collaboration,”  he said at the Welcome Dinner hosted by the State Government in conjunction with  SIE2026 at the Sabah International Convention Centre here last night. 

Deputy Chief Minister II/Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun delivered  his speech.  

He said the State Government does not want to simply export Sabah’s resources. 

“We want to create greater value from those resources here in Sabah. We seek to  promote downstream industries, technology transfer, innovation, skills development and  stronger participation by local businesses. This is how we can build a more diversified,  resilient and sustainable economy for Sabah,” he added. 

The Chief Minister said Sabah’s strategic geographical position is also an advantage  that merits consideration from investors.

Located at the heart of Borneo and within proximity to major markets in ASEAN and the  wider Asia-Pacific region, he said Sabah is well positioned to serve as a bridge between  markets. 

“Our proximity to Brunei Darussalam, Indonesia and the Philippines, together with our  connections to the wider ASEAN region, gives Sabah an important role to play in  strengthening regional trade and investment,” he said. 

Within the BIMP-EAGA framework, Sabah can play an increasingly important role as a  gateway for trade, investment, tourism and economic cooperation, he said, adding that  Sabah’s ambition is to position itself not merely as a destination, but as a regional  business hub and gateway to wider markets. 

Hajiji said the Sabah Government is committed to creating an investment environment  that is more conducive, competitive and business-friendly. 

“Through the Sabah Maju Jaya (SMJ) development agenda, we are pursuing initiatives  to strengthen infrastructure, improve connectivity, develop human capital, attract quality  investments and unlock new economic sectors,” he said. 

Nonetheless, he said the Government needed the private sector as its partner in  development. 

“We therefore welcome investors, entrepreneurs and businesses that are prepared to  come to Sabah, invest in Sabah and build meaningful partnerships with Sabah  businesses. 

“Together, we can create greater opportunities for the people of Sabah. We particularly  welcome investments that bring technology and innovation, promote higher-value  activities, generate skilled employment and deliver sustainable economic benefits to the  State,” he said. 

The Chief Minister welcomed the SIE2026 participants from more than 15 countries,  including Australia, Brunei Darussalam, China, Denmark, Finland, France, India,  Indonesia, Japan, Korea, the Philippines, Poland, Singapore, Thailand, the United  Kingdom, the United States, Senegal and Zambia. 

“As the Chief Minister of Sabah, I assure all our guests that Sabah is open for business,  open to partnerships and open to new ideas. We welcome businesses that share our  ambition to create sustainable growth and a better future for our people. 

“To all our exhibitors, delegates and international participants, I encourage you to look  beyond the exhibition booths and experience Sabah for yourselves. Meet our people.  Visit our industries. Discover our resources and investment opportunities. Most  importantly, see why Sabah can be your next business destination,” he said. 

Ends