Kerjasama UCSF dengan universiti Poland dalam perancangan (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Kerjasama antara University College Sabah Foundation (UCSF),  milik Yayasan Sabah, dengan sebuah universiti di Poland kini dalam perancangan. 

Duta Poland ke Malaysia, Krzysztof Dariusz Dobrowolski, berkata satu Memorandum  Persefahaman (MoU) ke arah kerjasama itu sedang dalam proses penyediaan. 

Dobrowolski berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri,  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, bagi membincangkan potensi kerjasama  ekonomi dua hala di Menara Kinabalu, hari ini. 

Duta berkenaan dan Ketua Menteri turut membincangkan potensi bidang kerjasama  dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan. 

Ia merupakan kunjungan kelima Dobrowolski ke Kota Kinabalu, dengan kunjungan  terakhir pada April tahun ini apabila beliau melawat kampus UCSF. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: A collaboration between Yayasan Sabah-owned University College  Sabah Foundation (UCSF) and a Polish university is in the pipeline.  

Poland’s Ambassador to Malaysia, Krzysztof Dariusz Dobrowolski said a Memorandum  of Understanding (MoU) to this effect is currently in the works.  

Dobrowolski said this when meeting with Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji  Haji Noor to discuss possible bilateral economic cooperation at Menara Kinabalu today. 

Also discussed between the Ambassador and the Chief Minister were the potential areas  for cooperation in renewable energy and tourism. 

It was Dobrowolski’s fifth visit to Kota Kinabalu with the last one on April this year, when  he visited the UCSF campus. 

Ends