RM8.24 juta untuk pemerkasaan wanita Sabah tahun ini (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM8.24 juta  kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) untuk melaksanakan pelbagai  program pemerkasaan wanita tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji  Hajiji Haji Noor.  

Selain untuk operasi, peruntukan ini merangkumi inisiatif pembangunan ekonomi,  latihan dan peningkatan kemahiran usahawan, kepimpinan, pembangunan keluarga  serta pembangunan dan promosi produk, katanya. 

Hajiji berkata dalam kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 bagi tempoh 2026 hingga  2030 adalah amat penting bagi pembangunan wanita untuk bergerak seiring dengan  aspirasi negeri.  

“Justeru, dalam fasa baharu pembangunan negeri, kita mahu wanita turut mencorakkan  arah pembangunan itu sendiri melalui idea, kepakaran, pengalaman, kepimpinan dan  keberanian mencetuskan perubahan,” katanya pada sambutan Hari Wanita peringkat  Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat. 

Hajiji berkata salah satu asas utama pemerkasaan ialah kekuatan ekonomi, terutama  dengan keadaan masa kini yang amat mencabar termasuk yang melibatkan kos sara  hidup.  

“Dalam hal ini, wanita yang memiliki ilmu, kemahiran, pendapatan dan akses kepada  peluang akan mempunyai daya tahan yang lebih kukuh untuk menentukan masa depan  diri serta keluarga.  

“Oleh sebab itu, pendekatan Kerajaan Negeri mesti beranjak daripada bantuan semata mata kepada pembinaan keupayaan; daripada pembinaan keupayaan kepada  kemandirian; dan daripada kemandirian kepada penciptaan nilai, kekayaan serta  peluang pekerjaan,” katanya. 

Ketua Menteri berkata komitmen ini seiring dengan Dasar Wanita Negara 2025-2030,  yang mana tumpuannya adalah pemerkasaan wanita iaitu maknanya ruang, peluang,  pendedahan, kegiatan ekonomi, pelindungan sosial dan kaedah ekosistem pekerjaan  yang lebih responsif. 

Menurut beliau lagi, prinsip "Sabah First" yang menjadi teras dasar kerajaan negeri turut  menuntut agar peluang pembangunan diperluas secara adil kepada seluruh rakyat  Sabah.  

“Ini bermakna wanita di bandar, luar bandar dan pedalaman mesti mempunyai akses  yang lebih baik kepada pendidikan, kemahiran, pekerjaan, keusahawanan, teknologi,  perlindungan dan kepimpinan. 

“Kita mahu pembangunan yang bukan sekadar meningkatkan angka pertumbuhan,  tetapi benar-benar mengangkat mutu kehidupan rakyat,” katanya. 

Hajiji berkata untuk tujuan itu, beberapa inisiatif telah diperkenalkan termasuk JHEWA  BizBloom yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi wanita,  khususnya ibu tunggal dan wanita B40. 

Menurutnya, inisiatif seperti ini mesti menghasilkan perubahan yang dapat diukur:  daripada peningkatan kemahiran kepada peningkatan pendapatan, dan daripada  perniagaan mikro kepada perusahaan yang lebih kukuh serta berdaya saing. 

“Sebab itu, kita mahu lebih ramai usahawan wanita memanfaatkan teknologi, platform  digital, pemasaran moden, rangkaian pasaran dan akses kepada pembiayaan.  

“Aspirasi kita jelas iaitu produk yang dihasilkan usahawan wanita Sabah bukan sahaja  kukuh di pasaran tempatan, malah mampu menembusi pasaran yang lebih luas.  

“Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan ini adalah untuk memastikan semua  wanita mendapat keadilan yang sewajarnya baik dalam aspek ekonomi mahu pun  pekerjaan. Selain itu, kerajaan mahu memastikan manfaat pembangunan Sabah Maju  Jaya 2.0 dapat dirasai oleh wanita di seluruh negeri,” katanya. 

Seiring dengan kemajuan masa kini, Sabah memerlukan pemimpin wanita yang bukan  sahaja bersedia menghadapi perubahan, tetapi mampu memimpin perubahan, katanya.  

Menurutnya, adalah amat penting untuk membina barisan pelapis pemimpin wanita  Sabah yang berintegriti, berilmu, berwibawa, berani membuat keputusan dan berupaya  memimpin dalam persekitaran yang semakin kompleks.  

“Saya mahu lebih ramai wanita Sabah tampil sebagai profesional berkemahiran tinggi,  saintis, teknologis, inovator, usahawan digital, pemimpin korporat, pemimpin komuniti  dan peneraju dalam perkhidmatan awam.  

“Kita mahu bakat wanita Sabah berdiri setara dan menyerlah dalam setiap bidang  strategik. Pada masa yang sama, saya mahu kepimpinan wanita berkembang bersama  satu budaya yang penting: wanita yang telah berjaya membuka ruang, berkongsi  pengalaman, membimbing dan membina generasi wanita seterusnya,” katanya.

Hajiji mahu JHEWA terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan  kerajaan dan komuniti untuk sama-sama memperkasa golongan wanita, baik di bandar,  luar bandar mahupun di pedalaman negeri ini.  

Beliau memberi jaminan Kerajaan Negeri sentiasa komited memastikan golongan  wanita terus diberi peluang yang adil, ruang peningkatan kemahiran, serta sokongan  melalui pelbagai program pemerkasaan agar terus berdaya saing.  

“Saya menyeru agar semua pihak terus berganding bahu memperkasa potensi wanita  agar menjadi wanita yang berilmu, berdaya tahan, dan berwibawa,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: The State Government has allocated RM8.24 million to the Sabah  Women’s Affairs Department (JHEWA) to implement various women’s empowerment  programmes this year, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Apart from operational purposes, the allocation covers economic development  initiatives, entrepreneurial training and skills enhancement, leadership, family  development as well as product development and promotion, he said. 

Hajiji said that, under the framework of the Sabah Maju Jaya 2.0 Development Plan for  the 2026 to 2030 period, it is crucial for women’s development to move in tandem with  the State’s aspirations. 

“Therefore, in this new phase of the State’s development, we want women also to help  shape the direction of development through their ideas, expertise, experience,  leadership and courage to drive change,” he said at the Sabah-level Women’s Day  celebration at the Sabah International Convention Centre (SICC) here on Friday. 

Hajiji said one of the key foundations of empowerment is economic strength, particularly  amid today’s highly challenging circumstances, including the rising cost of living. 

“In this regard, women who possess knowledge, skills, income and access to  opportunities will have greater resilience in determining the future of themselves and  their families. 

“For this reason, the State Government’s approach must shift from merely providing  assistance to building capacity; from capacity building to self-reliance; and from self reliance to creating value, wealth and employment opportunities,” he said. 

The Chief Minister said this commitment aligns with the National Women’s Policy 2025– 2030, which focuses on women’s empowerment through greater space, opportunities,  exposure, economic participation, social protection, and a more responsive employment  ecosystem. 

He added that the “Sabah First” principle, which is at the core of the State Government’s  policy, also requires development opportunities to be extended fairly to all Sabahans.

“This means women in urban, rural and interior areas must have better access to  education, skills, employment, entrepreneurship, technology, protection and leadership. 

“We want development that does not merely increase growth figures, but genuinely  improves the quality of life of the people,” he said. 

Hajiji said several initiatives have been introduced for this purpose, including JHEWA  BizBloom, which focuses on women’s economic development, particularly single  mothers and women in the B40 group. 

He said initiatives like these must produce measurable changes, from improved skills to  increased income, and from micro-businesses to stronger, more competitive  enterprises. 

“That is why we want more women entrepreneurs to make use of technology, digital  platforms, modern marketing, market networks and access to financing. 

“Our aspiration is that products produced by Sabah women entrepreneurs should not  only be strong in the local market, but also be able to penetrate wider markets. 

“The various initiatives implemented by the Government are aimed at ensuring that all  women receive the fairness they deserve, both economically and in employment. In  addition, the Government wants to ensure that the benefits of Sabah Maju Jaya 2.0  development are felt by women throughout the State,” he said. 

In keeping with current progress, Sabah needs women leaders who are not only  prepared to face change but also capable of leading it, he said. 

He said it is crucial to build a new generation of Sabah women leaders who possess  integrity, knowledge, credibility, courage in decision-making and the ability to lead in an  increasingly complex environment. 

“I want to see more Sabah women emerge as highly skilled professionals, scientists,  technologists, innovators, digital entrepreneurs, corporate leaders, community leaders  and leaders in the public service. 

“We want Sabah women’s talents to stand on equal footing and excel in every strategic  field. At the same time, I want women’s leadership to grow alongside an important culture  of successful women opening doors, sharing experiences, mentoring and building the  next generation of women,” he said. 

Hajiji wants JHEWA to continue working with various government agencies, non governmental organisations and communities to jointly empower women in urban, rural  and interior areas of the State.

He assured that the State Government remains committed to ensuring women continue  to be given fair opportunities, avenues for skills enhancement, and support through  various empowerment programmes so they remain competitive. 

“I call on all parties to continue working together to empower the potential of women so  that they become knowledgeable, resilient and capable,” he said. 

Ends