Hajiji mahu kerjasama Sabah-AS terus diperkukuh (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu kerjasama  antara Sabah dan Amerika Syarikat (AS), yang berteraskan rasa hormat bersama dan  kepentingan bersama, terus diperkukuhkan. 

“Hubungan Sabah-AS bukan hanya melibatkan kerajaan. Ia turut melibatkan pelajar, usahawan,  penyelidik, aktivis pemuliharaan dan komuniti yang bekerjasama. 

“Dengan membina perkongsian berasaskan kemampanan, peluang dan rasa hormat bersama,  Sabah dan Amerika Syarikat boleh menyumbang kepada masa depan yang lebih makmur dan  selamat. 

“Marilah kita gunakan kesempatan ini untuk memperdalam kerjasama, menterjemahkan idea  kepada tindakan dan mengubah peluang kepada kejayaan yang berkekalan,” katanya pada  Majlis Resepsi Freedom 250 sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS di Hotel Sheraton di sini malam ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun. 

Ketua Menteri berkata sebagai sebahagian daripada Malaysia, hubungan Sabah dengan  Amerika Syarikat berlangsung dalam kerangka perkongsian Malaysia-AS yang lebih luas dan  perkongsian ini mewujudkan peluang dalam bidang penting seperti perdagangan, pendidikan,  pemuliharaan alam sekitar, pelancongan, inovasi dan keselamatan maritim. 

“Kita meraikan kekuatan perkongsian ini serta peluang menarik yang menanti di Sabah. Sabah  bukan sekadar sebuah tempat yang memiliki keindahan alam semula jadi yang luar biasa. 

“Dengan kedudukan strategik di tengah-tengah Asia Tenggara serta mempunyai hubungan  dengan pasaran serantau dan global yang semakin berkembang, Sabah merupakan sebuah  wilayah yang memiliki daya tahan, kepelbagaian, bakat dan cita-cita. 

“Daripada kekayaan sumber semula jadi dan sektor pelancongan yang berkembang pesat  kepada tenaga boleh diperbaharui, pertanian, pembuatan, inovasi digital dan ekonomi biru,  Sabah menawarkan peluang bermakna untuk pertumbuhan mampan. 

“Sama ada minat anda dalam pertanian bernilai tinggi, pemprosesan hiliran, ekopelancongan,  tenaga bersih, logistik, perkhidmatan digital atau pembangunan sumber secara mampan, Sabah  bersedia bekerjasama dengan pelabur yang benar-benar komited,” katanya. 

Hajiji berkata Sabah juga menyedari bahawa kemajuan tidak boleh dicapai oleh mana-mana  satu organisasi atau kerajaan sahaja kerana ia dibina melalui perkongsian antara sektor awam  dan swasta, komuniti tempatan serta pelabur, inovator dan industri antarabangsa.

“Perkongsian yang kukuh mewujudkan peluang pekerjaan, memindahkan pengetahuan,  memperkukuh rantaian bekalan dan memastikan pertumbuhan memberi manfaat kepada rakyat  di seluruh Sabah. Oleh itu, kita menjemput para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada  perjalanan Sabah,” katanya. 

Negeri Sabah menawarkan persekitaran di mana pelaburan mampu memberikan kejayaan  komersial serta impak jangka panjang.Kita mengalu-alukan rakan kongsi yang berkongsi  komitmen kita terhadap pembangunan bertanggungjawab, rakan yang bersedia  membangunkan perniagaan, membina bakat tempatan, menerima inovasi serta melindungi  warisan semula jadi yang menjadikan Sabah unik,” tambahnya. 

Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah komited untuk meningkatkan  kesalinghubungan, memudah cara pelaburan serta mewujudkan keadaan yang membolehkan  perniagaan berkembang dengan penuh keyakinan. 

“Pelaburan di Sabah bukan sekadar pelaburan dalam sebuah pasaran; ia merupakan pelaburan  dalam masa depan bersama yang inklusif, mampan dan penuh potensi,” katanya. 

Hajiji berkata berdasarkan sejarah, hubungan antara Amerika Syarikat dengan rakyat Sabah  bermula pada 1865, hampir satu abad sebelum pembentukan Malaysia, apabila Konsul Amerika  ke Brunei ketika itu, Claude Lee Moses, memperoleh hak ke atas sebuah kawasan berhampiran  Sungai Kimanis dan kemudian menjual pajakan itu kepada dua pelabur Amerika yang  seterusnya membuka sebuah penempatan dikenali sebagai Ellena untuk mengusahakan  tanaman kopi, lada dan tembakau. 

Pada 1899, USS Bennington belayar memasuki Sandakan bagi lawatan rasmi pertama sebuah  kapal pengangkut pesawat Amerika ke perairan negeri ini, manakala pada 1912, syarikat syarikat Amerika mula menjalankan penerokaan minyak di sini. 

“Ahli botani terkemuka Amerika datang pada 1914 untuk mengkaji hutan kita, dan pada 1920,  dua pembikin filem dokumentari Amerika, Osa dan Martin Johnson, melakukan ekspedisi besar  ke Borneo Utara British, kini Sabah, untuk merakam hidupan liar tempatan serta budaya  masyarakat pribumi. 

“Rakyat Amerika tidak pernah berhenti datang. Generasi rakyat Sabah telah menimba ilmu  daripada sukarelawan Peace Corps di kampung-kampung kita, guru Fulbright di sekolah sekolah kita serta program American Corner di Universiti Malaysia Sabah. Program pertukaran  Amerika telah memberi ribuan anak muda Sabah kemahiran baharu dan keyakinan baharu. 

“Pada hari ini pula, syarikat-syarikat Amerika seperti ConocoPhillips, McDermott dan Baker  Hughes membantu membekalkan tenaga kepada grid elektrik kita, menyediakan pekerjaan  kepada rakyat serta menyokong sekolah dan projek bekalan air bersih kita. 

“Dalam aspek keselamatan juga, lawatan kapal secara berkala dan latihan seperti Pacific  Partnership telah memperkukuh keselamatan perairan serta rakyat kita. 

“Dalam bidang pemuliharaan, banyak usaha telah dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan  Negeri yang memberi manfaat kepada Taman Tun Mustapha, Lembah Danum dan Pusat  Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo bagi melindungi keunikan Sabah serta membangunkan  industri pelancongan mampan berasaskan khazanah tersebut,” katanya.

“Rakyat Amerika yang datang ke Sabah lebih seratus tahun lalu tentunya tidak dapat  membayangkan Sabah seperti yang kita lihat hari ini. Begitu juga kita tidak mampu  membayangkan sepenuhnya bagaimana Sabah pada masa hadapan. Namun, nilai-nilai yang  telah membawa perkongsian ini merentasi tiga abad akan terus memacunya ke hadapan  berasaskan kepercayaan, rasa hormat bersama dan komitmen bersama terhadap Sabah serta  rakyatnya,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants cooperation  between Sabah and the United States of America (USA), shaped by mutual respect and shared  interests to be further strengthened. 

“Sabah-US relations are not only about governments. They are about students, entrepreneurs,  researchers, conservationists, and communities working together. 

“By building partnerships based on sustainability, opportunity, and mutual respect, Sabah and  the United States can contribute to a more prosperous and secure future. 

“Let us use this moment to deepen our cooperation, turn ideas into action, and transform  opportunities into lasting success,” he said at the Freedom 250 reception to mark the USA's  250th independence anniversary at the Sheraton Hotel, here tonight. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister II/Finance Minister, Datuk Seri Panglima  Masidi Manjun. 

As part of Malaysia, the Chief Minister said Sabah’s engagement with the United States takes  place within the broader Malaysia-US partnership and this partnership creates opportunities in  important areas such as trade, education, environmental conservation, tourism, innovation, and  maritime security. 

“We celebrate the strength of this partnership and the exciting opportunities that lie ahead in  Sabah. Sabah is more than a place of extraordinary natural beauty. 

“Strategically located at the heart of Southeast Asia and connected to growing regional and  global markets, it is a region of resilience, diversity, talent and ambition. 

“From our rich natural resources and vibrant tourism sector to renewable energy, agriculture,  manufacturing, digital innovation, and the blue economy, Sabah offers meaningful opportunities  for sustainable growth. 

“Whether your interests lie in high-value agriculture, downstream processing, ecotourism, clean  energy, logistics, digital services, or sustainable resource development, Sabah is ready to work  with genuine investors,” he said. 

Hajiji said Sabah also recognised that progress cannot be achieved by any one organisation or  government alone as it is built through partnerships between the public and private sectors, local  communities and international investors, innovators and industries. 

“Strong partnerships create jobs, transfer knowledge, strengthen supply chains, and ensure that  growth benefits people across Sabah. We therefore invite investors to be part of Sabah’s  journey,” he said.  

Sabah offers an environment where investment can deliver both commercial success and long term impact.We welcome partners who share our commitment to responsible development,  partners ready to build businesses, develop local talent, embrace innovation, and protect the  natural heritage that makes Sabah unique,” he added. 

He assured that the State Government is committed to improving connectivity, facilitating  investment, and creating the conditions for businesses to grow with confidence. 

“Investment in Sabah is not simply an investment in a market, it is an investment in a shared  future, one that is inclusive, sustainable, and full of potential,” he said.  

Hajiji said based on history, the relationship between the United States and the people of Sabah  began in 1865, nearly a century before the formation of Malaysia, when the then American  Consul to Brunei, Claude Lee Moses secured rights to an area near the Kimanis River and later  sold the lease to two American investors, who then established a settlement known as Ellena to  farm coffee, pepper, and tobacco. 

In 1899, USS Bennington sailed into Sandakan for the first official visit of an American aircraft  carrier to our shores, while in 1912, American companies began exploring for oil here. 

“Key American botanists came in 1914 to study our forests, and in 1920, two American  documentary filmmakers, Osa and Martin Johnson, made major expeditions to British North  Borneo (now Sabah) to film local wildlife and indigenous cultures. 

“The Americans never stopped coming. Generations of Sabahans have learned from Peace  Corps volunteers in our villages, Fulbright teachers in our schools, and American Corner  programmes at Universiti Malaysia Sabah. American exchanges have given thousands of young  Sabahans new skills and new confidence. 

“And today, American companies such as ConocoPhillips, McDermott, and Baker Hughes help  us power our grid, employ our people, and support our schools and our clean water projects. 

“In security as well, regular ship visits and exercises such as the Pacific Partnership have  strengthened the safety of our waters and our people. 

“In conservation, much work has been done in partnership with the State Government to benefit  the Tun Mustapha Park, Danum Valley and the Bornean Sun Bear Conservation Centre to  protect what makes Sabah unique, and to build a sustainable tourism industry around it,” he  said. 

“The Americans who came to Sabah more than a hundred years ago could not have imagined  the Sabah of today. Neither can we fully imagine the Sabah going forward to the future. Still, the  values that have carried this partnership across three centuries will carry it forward with trust,  mutual respect, and a shared commitment to Sabah and our people,” he said. 

Ends