Projek Lebuhraya Pan Borneo Serusup - Pinturu (WP09) berjalan lancar (Dwibahasa)

TUARAN: Pembinaan laluan Lebuhraya Pan Borneo Serusup - Pinturu (WP09)  sepanjang 20.8 kilometer berjalan lancar, manakala jambatan sepanjang 682 meter  yang merentasi Sungai Sulaman dijangka siap pada Disember tahun depan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, diberi taklimat mengenai  perkembangan itu oleh Wakil Pegawai Penguatkuasa Theodora Thomas George,  semasa lawatan ke tapak projek. 

Ketua Menteri meluangkan masa pada Ahad meninjau perkembangan kerja projek  Lebuhraya Pan Borneo Serusup - Pinturu bernilai RM465 juta yang dijangka siap pada  Julai 2028. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Datuk Kassim Razali, Pegawai  Daerah Ibrahim Terki dan Kontraktor Projek Joseph Yu Sin Kong. 

Tamat

 

TUARAN: Construction of the 20.8 km Serusop–Pituru Pan Borneo Highway project  (WP09) is progressing well, while the 682-metre bridge spanning Sungai Sulaman is  expected to be completed by December next year. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor was briefed on this by  Superintending Officer Representative (SOR), Theodora Thomas George during a site  visit. 

The Chief Minister took time off on Sunday to see work progress of the RM465 million  Serusop - Pinturu Pan Borneo Highway, which is expected to be completed in July 2028. 

Also present were Nominated Assemblyman Datuk Kassim Razali, District Officer  Ibrahim Terki and project contractor, Joseph Yu Sin Kong. 

Ends