TYT, KM hadiri sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri  Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026 di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad  Stephens, di sini, hari ini. 

Beliau bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, tiba pada jam 7.25  pagi dan menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama  sebelum menyambut ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun  Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima  Datuk Hajah Faridah Haji Tussin. 

Sambutan dimulakan dengan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, diikuti Istiadat  Hormat Diraja serta pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Yang di-Pertua  Negeri Sabah. 

Upacara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah, lafaz Ikrar Rukun  Negara serta persembahan koir, turut mewarnai sambutan. 

Acara berjalan lalu kemudian menyaksikan perarakan Jalur Gemilang, Bendera Negeri  Sabah, bendera semua negeri di Malaysia dan bendera tema Kebangsaan 2026, diikuti  kontinjen perbarisan serta kategori kenderaan. 

Sambutan turut dimeriahkan persembahan khas Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah  dan Persembahan Aneka Warna sebelum majlis selesai pada kira-kira 10.30 pagi. 

Tamat