Terus pupuk semangat patriotisme, perpaduan dan harmoni (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak rakyat  terutama generasi muda agar terus memupuk semangat patriotisme, mengekalkan perpaduan  dan menjaga keharmonian kepelbagaian bangsa dan agama di negeri ini. 

“Perpaduan kaum adalah kunci kekuatan kita yang perlu terus dipertahankan, terutama dalam  era kemodenan masa kini,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan  Hari Sabah tahun ini. 

Ketua Menteri berkata sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang diraikan bersama pada  31 Ogos, bukan sekadar untuk diingati tetapi perlu dihayati secara mendalam bagi memupuk  semangat patriotik serta menghargai pengorbanan para pejuang tanah air yang menuntut  kemerdekaan. 

“Saya percaya dua sambutan penting ini mampu menjadi titik penyatuan seluruh rakyat Malaysia  di Sabah yang berbilang bangsa dan agama,” katanya. 

Hajiji berkata tema Hari Kebangsaan tahun ini, Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati  mencerminkan komitmen kerajaan untuk membina sebuah negara yang maju, inklusif, dan  harmoni, di samping memastikan nikmat kemakmuran negara dikongsi secara adil oleh seluruh  rakyat.  

“Manakala Hari Sabah yang bertemakan Sabah Tanah Airku, mencerminkan rasa cinta, bangga  dan kesetiaan rakyat kepada negeri ini.  

“Tema ini juga membawa mesej bahawa pentingnya semangat kebersamaan dan rasa kekitaan  dalam kalangan rakyat berbilang kaum bagi memelihara keharmonian, yang akan menyumbang  kepada kemajuan dan kesejahteraan negeri,” katanya. 

Ketua Menteri turut menyeru kepada seluruh rakyat di negeri ini agar mengibar Jalur Gemilang  dan bendera negeri Sabah baik di rumah, pejabat, kenderaan mahu pun premis perniagaan  masing-masing, sebagai usaha memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.  

“Marilah kita terus bersatu menolak anasir yang cuba memecah-belahkan keharmonian rakyat  di negeri ini. Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk kita terus memperkukuh jati diri,  memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian demi kemajuan negeri ini,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called  on the people, especially the younger generation, to continue fostering the spirit of  patriotism, preserving unity and safeguarding harmony among the various races and  religions in the State. 

“Racial unity is the key to our strength and must continue to be upheld, especially in this  modern era,” he said in his message in conjunction with this year’s National Day and  Sabah Day celebrations. 

He said the National Day and Sabah Day celebrations, both observed on August 31,  should not merely be commemorated but deeply appreciated as a means of nurturing  patriotism and honouring the sacrifices of the nation’s freedom fighters who fought for  independence. 

“I believe these two important celebrations can serve as a unifying point for all  Malaysians in Sabah, regardless of race and religion,” he said. 

The Chief Minister said this year’s National Day theme, Malaysia MADANI: Shared  Prosperity, reflects the Government’s commitment to building a progressive, inclusive  and harmonious nation while ensuring that the benefits of the country’s prosperity are  shared fairly by all Malaysians. 

“Meanwhile, the Sabah Day theme, Sabah Tanah Airku (Sabah My Homeland), reflects  the people’s love, pride and loyalty towards the State. 

“The theme also conveys the importance of togetherness and a sense of belonging  among the multi-racial community in preserving harmony, which will contribute to the  State’s progress and well-being,” he said. 

The Chief Minister also called on all Sabahans to fly the Jalur Gemilang and Sabah State  flags at their homes, offices, on their vehicles and at their business premises as part of  efforts to foster patriotism and love for the country. 

“Let us remain united in rejecting elements that seek to undermine the harmony of the  people in this State. May these celebrations serve as a platform for us to continue  strengthening our identity, unity and harmony for the progress of Sabah,” he said. 

Ends