Membasmi kemiskinan tegar melalui gerakan koperasi (Dwibahasa)

 

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yakin  gerakan koperasi di Sabah yang mempunyai 1,707 koperasi berdaftar dan jumlah  anggota lebih 350,000 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dapat  membantu membasmi kemiskinan tegar di negeri ini. 

“Saya berbangga kerana Sabah mempunyai bilangan koperasi berdaftar kedua tertinggi  di negara selepas Selangor dengan jumlah pendapatan RM570 juta. 

“Ini membuktikan gerakan koperasi di Sabah telah berjaya memainkan peranannya dan  menyumbang secara signifikan sebagai salah satu agen pertumbuhan sosioekonomi  yang berpotensi menamatkan kemiskinan tegar,” katanya pada Hari Koperasi Negara di  Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah ( SICC) di sini hari ini. 

Lebih membanggakan terdapat empat koperasi dari Sabah iaitu Koperasi  Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad, Koperasi Kakitangan  Sawit Kinabalu Sabah Berhad, Koperasi Borneo Malaysia Berhad dan Koperasi  Usahawan Tawau Berhad telah disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik  Malaysia tahun lalu, katanya. 

"Syabas dan tahniah kepada semua koperasi di Sabah. Saya ingin melihat agar lebih  banyak lagi koperasi dari Sabah disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik  Malaysia pada tahun akan datang," katanya dan percaya angka ini boleh  dipertingkatkan apabila kesedaran dan minat menyertai koperasi menjadi cara hidup  yang menyumbang kepada kemakmuran sosio ekonomi negara. 

“Ini adalah kerana wahana koperasi merupakan pendekatan yang efektif bukan sahaja  dalam merangsang pembangunan sektor keusahawanan, bahkan berupaya memainkan  peranan besar dalam membantu golongan B40 menangani cabaran peningkatan kos  sara hidup,” katanya. 

“Tekad serta iltizam kerajaan adalah “to facilitate and not to frustrate” bagi membantu  menyediakan dasar yang mesra koperasi agar gerakan koperasi secara khususnya di  negeri ini adalah berdaya maju dan kompetitif,” katanya. 

Selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang  berpaksikan kepada tiga teras utama iaitu Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan,  Kerajaan negeri berharap agar gerakan koperasi di negeri ini dapat mengambil peluang sebaiknya inisiatif serta insentif dana yang disediakan dalam memajukan sektor  perniagaan koperasi yang diceburi, katanya. 

“Begitu juga dari segi bantuan dana dan tabung pembangunan modal koperasi, saya  dimaklumkan baru-baru ini Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi  (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan bantuan  pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM Tahun 2023 (TMPSKM) kepada dua  koperasi di negeri Sabah dengan dana keseluruhan berjumlah RM25.9 juta dalam  bentuk pembelian aset tanah kelapa sawit seluas 1,500 ekar dan juga premis  perniagaan runcit. 

“Selain itu, SKM juga telah meluluskan bantuan kepada dua buah koperasi melalui  program pembiayaan yang dikenali sebagai Program eFAST berbentuk geran  pembangunan perniagaan kepada koperasi-koperasi yang produktif untuk  memantapkan perniagaan. 

Hajiji berkata peranan koperasi menjadi pelengkap dan berganding bahu bersama  kerajaan dan sektor swasta dalam mengisi ruang-ruang kosong “untapped business  opportunities” yang ada dalam membangunkan negeri ini secara spesifiknya. 

“Justeru, saya mahu semua gerakan koperasi di Sabah terus memperkasakan diri,  meningkatkan daya saing dan merebut peluang ekonomi yang tersedia.  

“Di Sabah kita mempunyai banyak jenis koperasi yang membangunkan sosio ekonomi  komuniti, sama ada berkaitan peruncitan atau aktiviti pelancongan dan kelestarian alam  sekitar. Negeri ini kaya dengan sumber alam semulajadi dan sosio budaya yang mampu  menarik ramai pelancong berkunjung sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya. 

Menurut beliau, pembukaan semula pintu-pintu masuk sempadan negara telah memberi  impak positif dan menggalakkan pemulihan sektor pelancongan dimana Sabah telah  mencatatkan seramai 1.73 juta ketibaan pelancong pada tahun lalu dan tahun ini  dijangka seramai 2.2 juta orang dengan berupaya menjana pendapatan sebanyak  RM4.1 bilion.  

Beliau menggesa koperasi di Sabah memanfaatkan ledakan industri pelancongan, yang  mewujudkan pelbagai peluang perniagaan hiliran seperti penginapan, inap desa,  pengangkutan, restoran, taman, dan kedai cenderamata. 

Ketua Menteri juga mengalu-alukan penyertaan seramai 186 belia dari 19 negara Asia  Pasifik ke Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik (APCYS) di Sabah yang julung  kalinya di adakan di Malaysia bermula 27 hingga 30 Disember tahun ini. 

Ends

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor is confident  that cooperatives in Sabah totalling 1,707 with members of more than 350,000 under  the Malaysian Cooperative Commission (SKM) can assist in eliminating hardcore  poverty in the state. 

"I am proud to note that Sabah has the country's second highest number of registered  cooperatives after Selangor with income RM570 million. 

"This proves that the cooperatives n Sabah has successfully played its role and  contributed significantly as one of the socio-economic growth agents with the potential  to end hardcore poverty," he said at the National Cooperative Day held at the Sabah  International Convention Centre (SICC) here today. 

Making Sabah prouder was the fact that four of its cooperatives, namely Koperasi  Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad, Koperasi Kakitangan  Sawit Kinabalu Sabah Berhad, Koperasi Borneo Malaysia Berhad and Koperasi  Usahawan Tawau Berhad have been listed in the 100 Best Malaysia Cooperative Index  last year, he said. 

"Well done and congratulations to all the cooperatives in Sabah. I want to see more from  the state to be listed in the years to come," he said. adding that the numbers can increase  once awareness and interest in joining a cooperative become a way of life contributing  to the country's socio-economic prosperity. 

"This is because the cooperative platform is an effective approach not just in stimulating  entrepreneurship but also in assisting the B40 group in facing the increasing cost of  living," he said. 

"It is the government’s commitment to facilitate and not to frustrate to help provide  cooperative-friendly policies so that the cooperatives, particularly in this state, is viable  and competitive," he said. 

In line with the Hala Tuju Sabah Maju Jaya Development Plan’s (SMJ) three main thrusts  - Agriculture, Industry and Tourism, he said the State Government hopes that  cooperatives in Sabah can take advantage of the initiatives and incentives to advance  the cooperative sector.

"Similarly, in terms of funding and capital for cooperative development, I was informed  recently that the Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (KUSKOP)  through the Malaysian Cooperative Commission (SKM) has approved RM25.9 million  financing assistance through the SKM Year 2023 Revolving Capital Fund (TMPSKM) to  two cooperatives in Sabah for the purchase of 1,500 acres of oil palm land assets and  retail business premises. 

"In addition, SKM has also approved business development grants to two cooperatives  through the eFAST programme. The grant is for productive cooperatives to strengthen  their businesses.  

Hajiji said the role of cooperatives is to complement the government and the private  sector in filling the empty spaces of untapped business opportunities to develop Sabah. 

"Therefore, I want all cooperative movements in Sabah to continue to empower  themselves, increase competitiveness and seize the economic opportunities available.  

"Sabah has various types of cooperatives to develop the socio-economy of the  community, be it in retail or tourism and environmentally sustainable activites. The state  is rich in natural and socio-cultural resources that can attract many tourists from within  or outside the country," he said. 

The re-opening of borders has had a positive impact to prompt the recovery of Sabah's  tourism sector which recorded 1.73 million tourist arrivals last year, with 2.2 million  arrivals expected this year to generate an income of RM4.1 billion. 

He urged cooperatives in Sabah to take advantage of the boom in tourism with its various  downstream business opportunities such as accommodation, homestay, transportation,  restaurants, parks, and souvenir shops.  

The Chief Minister also welcomes the participation of 186 youths from 19 Asia Pacific  countries to the Asia Pacific Youth Cooperative Summit (APCYS) to be hosted by Sabah  and held for the first time in Malaysia from 27 to 30 December this year.  

Ends