Sidang DUN Khas untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektrik daripada Kerajaan Persekutuan bulan Januari tahun depan (Dwibahasa)
Versi Melayu
KOTA KINABALU: Sidang khas Dewan Undangan Negeri telah dijadualkan pada 3 Januari tahun depan bagi membuka jalan kepada Sabah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Perdana Menteri pada dasarnya telah memberi lampu hijau kepada Sabah untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektriknya pada 1 Januari 2024.
Untuk mencapai tarikh sasaran yang ditetapkan itu, penyelarasan dan kerjasama semua pihak adalah penting supaya semua isu, terutama proses perundangan, dapat diselesaikan, katanya pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyerahan Kuasa Kawal Selia Pembekalan Elektrik kepada Sabah.
Ketua Menteri mempengerusikan mesyuarat bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Menara Kinabalu, hari ini.
Antara langkah yang perlu diambil ialah mendapatkan kelulusan daripada Kabinet Persekutuan untuk memohon dan mewartakan Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan untuk menggantung Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 448), Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 ( Akta 726) di Sabah.
“Seterusnya, mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperlukan dan dan disusuli dengan urusan (Lay Order) semasa sidang Parlimen yang boleh dibentangkan selepas tarikh Penggantungan tersebut,” katanya.
Di pihak Kerajaan Negeri, dua rang undang-undang mengenai Enakmen Bekalan Elektrik dan Enakmen Tenaga Boleh Diperbaharui, serta pindaan kepada EnakmenSuruhanjaya Tenaga Sabah 2023 (kemasukan fungsi kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui), akan dibentangkan semasa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri pada 3 Januari tahun depan.
“Kita memerlukan persetujuan daripada kementerian dan agensi berkaitan sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri supaya semua proses ini dapat dilakukan dengan lancar terutama dari segi kesahihan dan mengelakkan gangguan kepada operasi bekalan elektrik di Sabah,” katanya.
Hajiji dan Nik Nazmi kemudian turut mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET), yang mana Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Sabah(2023-2027) telah diluluskan.
Dirumuskan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Pelan Pembangunan Penjanaan Sabah bertujuan menyediakan penyelesaian segera kepada kekurangan kapasiti penjanaan kuasa yang kritikal semasa Sabah.
Terdahulu, Hajiji berkata dalam menjangkakan penyerahan kawalan kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah, Kerajaan Persekutuan digesa untuk memudahkan dan meneruskan proses bagi memastikan projek yang dirancang di bawah Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Sabah siap tepat pada masanya
Beliau berkata ini termasuk langkah pantas untuk meningkatkan kuasa di Pantai Timur, yang akan segera memulihkan margin rizab elektrik Sabah kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang September tahun ini.
“Ini akan menyelesaikan masalah kekurangan kapasiti yang serius di Sabah sekaligus akan menggambarkan komitmen Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam menyelesaikan isu ini secara menyeluruh dan efektif,” katanya
Selain itu, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menambah kapasiti penjanaan di pantai barat menggunakan bekalan gas asli sedia ada serta projek penjanaan tambahan lain di seluruh Sabah.
“Kerajaan Negeri menyedari akan kepentingan meningkatkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu dalam menyokong inisiatif Neutral Karbon negara dan potensi tenaga solar yang tinggi di Sabah. Maka Kerajaan Negeri akan menambahkan kapasiti Solar Berskala Besar sebanyak 100MW pada tahun 2026 yang akan ditempatkan di Pantai Timur Sabah,” katanya.
Hajiji berkata memandangkan loji janakuasa hidroelektrik berpotensi untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui, Kerajaan Negeri, melalui ECoS, akan menjalankan kajian untuk merangka Pelan Induk Pembangunan Hidroelektrik Sabah mulai tahun ini.
Hajiji juga mengulangi pendirian Kerajaan Negeri mengenai isu projek Talian Penghantaran Southern Link (TPSL), yang telah dibangkitkannya dalam mesyuarat JPPPET yang lalu.
Beliau berkata projek Southern Link mesti dilaksanakan dan Kerajaan Persekutuan mesti memperuntukkan pembiayaan melalui geran kerana ia merupakan projek kemudahan awam yang mesti disiapkan menjelang 2028 agar kuasa daripada dua stesen hidroelektrik baharu dapat disalurkan kepada pengguna melalui grid negeri.
"Projek Southern Link juga akan mempertingkatkan keboleharapan sistem grid dan melengkapkan gelung sistem 275kV yang membolehkan pengagihan kapasiti elektrik yang lebih tinggi kepada pengguna industri besar di Sabah," katanya.
Ketua Menteri berkata, selain itu, Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 atau singkatan SE-RAMP 2040 yang disediakan oleh ECoS merangkumi pelbagai strategi dan inisiatif bagi mengimbangi keperluan tenaga agar ia terjamin (energy security), mampu milik (affordability) dan kelestarian alam sekitar (environmental sustainability), akan dilancarkan tidak lama lagi.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Timbalan Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Mohamad Razif Abd Mubin; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; Ketua Pegawai Eksekutif ECos, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid serta pegawai kanan Persekutuan dan negeri.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: A special State Assembly sitting has been slated for January 3 next year to pave the way for Sabah to take over regulatory power of the state’s electricity supply.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the Prime Minister had, in principle, given the green light for Sabah to take over regulatory control of its electricity supply on Jan 1, 2024.
To meet the timeline, coordination and cooperation from all are crucial so that all issues, particularly the legal process, can be resolved, he said at the steering committee meeting on handing over of electricity supply regulatory power to Sabah.
The Chief Minister co-chaired the meeting with Natural Resources, Environment and Climate Change Minister Nik Nazmi Nik Ahmad at Menara Kinabalu today.
Among the steps required were approval from the Federal Cabinet to invoke and gazette Article 95C of the Federal Constitution to suspend the Electricity Supply Act 1990 (Act 448), Renewable Energy Act 2011 (Act 725) and Sustainable Energy Development Authority Act 2011 (Act 726) in Sabah.
"Subsequently, consent from Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong is needed and to be followed by the Lay Order in Parliament that can be tabled after the suspension," he said.
On the State Government's part, two bills on the Electricity Supply Enactment and Renewable Energy Enactment, as well as an amendment to the Sabah Energy Commission Enactment 2023 (to include the regulatory function on electricity supply and renewable energy), will be tabled during the special State Assembly sitting on Jan 3 next year.
"We need concurrence from ministries and relevant agencies both at the Federal and State level so that all these processes can be done smoothly, especially in terLater, Hajiji and Nik Nazmi co-chaired the Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah meeting, where the Sabah Generation Development Plan (2023-2027) was endorsed.
Formulated by the Energy Commission of Sabah (ECoS), the Sabah Generation Development Plan was aimed at providing an immediate solution to Sabah’s current critical shortage of power generation capacity.
Earlier, Hajiji said that in anticipation of the handing over of the regulatory control of electricity supply to Sabah, the Federal Government was urged to facilitate and continue the processes to ensure on time completion of the projects planned under the Sabah Generation Development Plan.
He said this included fast-track measures to increase power at the East Coast, which will quickly restore Sabah's electricity reserve margin to at least 30 per cent by September this year.
"This will provide an immediate solution to the acute capacity shortage in Sabah, thus demonstrating the state and federal government’s commitment to resolve the issue comprehensively and effectively," he said.
Besides that, the meeting also decided to add generation capacity on the west coast utilising existing natural gas supply as well as other additional generation projects throughout Sabah.
"The State Government realise the importance of boosting usage of renewable energy to support the national neutral carbon initiative and the high potential of solar energy in Sabah. Therefore, the State Government will increase the Large-Scale Solar power production to 100MW in 2026 on the East Coast," he said.
Hajiji said that given the hydroelectric potential to enhance renewable energy capacity, the State Government, through ECoS, will conduct a study to formulate a Sabah Hydroelectric Development Masterplan beginning this year.
Hajiji also reiterated the State Government’s stand on the Southern Link 275kV Transmission Line project from Sipitang to Tawau, which he had raised at the last JPPPET meeting.
He said the Southern Link project must be implemented and the Federal Government must allocate funding via grant because it is a public amenity project that must be completed by 2028 in order for power from two new hydroelectric stations to be channeled to consumers through the state grid.
"The Southern Link project will also boost the grid system resilience and complete the 275kV loop system enabling higher electricity capacity distribution to major industrial users in Sabah," he said.ms of legality and to avoid interruption to the electric supply operations in Sabah," he said.
The Chief Minister said that in addition, a Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 (SE-RAMP 2040) prepared by ECoS, covering various strategies and initiatives to balance power needs and ensure energy security, affordability and environmental sustainability, will be launched soon.
Present at the meeting were State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, NRECC Deputy Secretary General Dato’ Mohamad Razif Abd Mubin, State Attorney General Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof, Finance Ministry Permanent Secretary Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Energy Commission of Sabah (ECoS) Chief Executive Officer Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid and senior Federal and State officers.
Ends
