Keutamaan harus diberikan untuk projek keperluan mendesak (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu  keutamaan diberikan kepada projek keperluan mendesak serta yang boleh  dilaksanakan dengan segera dan memberi manfaat cepat kepada rakyat, khususnya  projek di bawah institusi pendidikan dan hospital.  

Berdasarkan laporan MyProjek, katanya negeri Sabah menerima peruntukan dalam  Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebanyak RM6.59 Bilion meliputi 1,233 projek  atau program yang menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan bagi  memastikan Sabah terus maju seiring dengan hasrat Kerajaan MADANI dan SMJ 2.0. 

“Saya juga mahu pemantauan lebih lebih kerap kepada projek-projek pembangunan  yang dilaksanakan agar tidak berlaku kelewatan.  

“Isu dan masalah pelaksanaan projek perlu diteliti dan dirujuk kepada saluran yang tepat  seperti agensi pusat yang berkaitan dan Kerajaan Negeri sekiranya terdapat masalah  seperti peruntukan, isu tanah dan isu utiliti,” katanya semasa mempengerusikan  mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu pada  Isnin. 

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Mesyuarat  Pembangunan Daerah Kota Kinabalu pada 15 Mac 2026 yang lalu telah memberi  penekanan kepada pelaksanaan segera projek-projek kecil yang bersifat “low-hanging  fruit” (mudah disiapkan) yang boleh memberi impak segera kepada rakyat.  

“Projek-projek kecil ini perlu dilaksanakan dengan cekap, pantas, mengikut jadual dan  penuh integriti agar ianya dapat segera dinikmati rakyat negeri Sabah.  

“Tidak sewajarnya projek-projek dalam kategori ini mengalami lewat jadual atau menjadi  sakit, selalunya disebabkan oleh isu-isu setempat seperti pemilikan tanah, utiliti dan  sebagainya.  

“Saya mahu agar agensi pelaksana dan pemilik projek dapat membuat pemantauan  yang kerap bagi pelaksanaan projek “low-hanging fruit” ini,” katanya. 

Hajiji berkata Program Menoktahkan Miskin Tegar Negeri Sabah 2026 merupakan  kesinambungan agresif daripada agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

Beliau menambah pada tahun 2026, Kerajaan Negeri telah melancarkan SMJ 2.0  (2026–2030) yang meletakkan usaha pembasmian kemiskinan sebagai tonggak utama  untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir dalam arus pembangunan negeri.  

“Dengan peruntukan belanjawan yang mencatat rekod tertinggi (RM12.02 bilion bagi  2026), sebahagian besar dana dialirkan untuk projek infrastruktur asas (air, elektrik dan  jalan raya) yang secara langsung akan memacu aktiviti ekonomi di seluruh daerah,”  katanya. 

Selain itu, bagi meningkatkan kualiti hidup dan memberi rasa selamat kepada rakyat  yang berada dalam kategori rentan, banyak inisiatif Kerajaan Negeri Sabah telah  dilaksanakan termasuk antaranya Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR),  katanya. 

“Kejayaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0 telah memberikan kita keyakinan bahawa  negeri ini berada pada landasan yang tepat.  

“Pelan Pembangunan SMJ 2.0 merupakan lanjutan yang menuntut perubahan yang  berterusan dalam mempertingkatkan keupayaan diri, merangkumi perubahan cara  berfikir, bekerja dan mencipta nilai baharu untuk rakyat,” katanya. 

Ketua Menteri berkata dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 juga, fokus  Kerajaan Negeri masih tertumpu pada tiga sektor utama, iaitu sektor Pertanian,  Perindustrian, dan Pelancongan, 

Ini termasuk Memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, Modal Insan dan  Kesejahteraan Rakya untuk memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam arus  pemodenan serta Infrastruktur dan Jaringan Hijau dalam empercepatkan penyelesaian  isu bekalan air, elektrik, dan rangkaian jalan raya (terutamanya Lebuhraya Pan Borneo). 

Hajiji berkata pelaporan berkaitan projek-projek yang tertangguh dalam mesyuarat  adalah penting bagi memastikan isu-isu pelaksanaannya dapat diselesaikan dalam  tempoh masa yang ditetapkan.  

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini kerana kelewatan dalam penyiapan  projek akan menyebabkan kenaikan kos dan merugikan pihak Kerajaan,” katanya. 

Selaku Ketua Menteri dan Pengerusi mesyuarat MTPNg, beliau mahu agar semua pihak  yang relevan terus komited untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan kelewatan  pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri Sabah khususnya projek-projek  “low-hanging fruit” yang boleh memberi impak terus kepada rakyat. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants priority  to be given to urgent projects as well as those that can be implemented immediately and  deliver quick benefits to the people, particularly projects under educational institutions  and hospitals. 

Based on the MyProjek report, he said Sabah has received an allocation of RM6.59  billion under the 13th Malaysia Plan (13MP), covering 1,233 projects or programmes,  reflecting the government’s steadfast commitment to ensure Sabah continues to  progress in line with the aspirations of the MADANI Government and SMJ 2.0. 

“I also want more frequent monitoring of development projects being implemented to  avoid delays. 

“Issues and challenges in project implementation must be examined and referred to the  appropriate channels such as relevant central agencies and the State Government,  particularly when problems involve funding, land matters and utilities,” he said when  chairing the State Development Action Council (MTPNg) meeting at Menara Kinabalu  on Monday. 

He said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, during the Kota Kinabalu District  Development Meeting on March 15, 2026, had stressed the immediate implementation  of small-scale “low-hanging fruit” projects that can deliver quick impact to the people. 

“These small projects must be implemented efficiently, swiftly, according to schedule  and with full integrity so that they can be quickly enjoyed by the people of Sabah. 

“It is unacceptable for projects in this category to experience delays or become delayed  (sick), often caused by local issues such as land ownership, utilities and others. 

“I want implementing agencies and project owners to carry out frequent monitoring of  these ‘low-hanging fruit’ projects,” he said. 

Hajiji said the Hardcore Poverty Eradication Programme for Sabah 2026 is an  aggressive continuation of the Sabah Maju Jaya (SMJ) development agenda. 

He added that in 2026, the State Government launched SMJ 2.0 (2026–2030), which  places poverty eradication as a key pillar to ensure no one is left behind in the state’s  development.

“With a record-high budget allocation (RM12.02 billion for 2026), a significant portion of  funds has been channelled into basic infrastructure projects (water, electricity and  roads), which will directly drive economic activities across all districts,” he said. 

In addition, to enhance quality of life and provide a sense of social security (social safety  net) to vulnerable groups, various State Government initiatives have been implemented,  including the “Sentuhan Kasih Rakyat” Programme (SYUKUR), he said. 

“The success of the SMJ 1.0 Development Plan has given us confidence that the state  is on the right track. 

“The SMJ 2.0 Development Plan is a continuation that demands continuous  transformation in enhancing our capabilities, including changes in mindset, work culture  and creating new value for the people,” he said. 

The Chief Minister said that under Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, the State Government  continues to focus on three main sectors, namely the Agriculture, Industry and Tourism  Sectors.  

This include, Ensuring sustainable economic growth, Human Capital and People’s Well being so that no one is left behind in the wave of modernization as well as Infrastructure  and Green Connectivity to accelerate solutions to water supply, electricity and road  network issues (particularly the Pan Borneo Highway). 

Hajiji said reporting on delayed projects during the meeting is important to ensure  implementation issues can be resolved within the stipulated timeframe. 

“The State Government takes this matter seriously as delays in project completion will  lead to increased costs and losses to the Government,” he said. 

As Chief Minister and Chairman of the MTPNg meeting, he urged all relevant parties to  remain committed to resolving delays in the implementation of development projects in  Sabah, particularly “low-hanging fruit” projects that can deliver high and immediate  impact to the people 

Ends