SHAREDA diseru bantu bentuk pembangunan Bandar Pintar (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) serta sektor swasta untuk membantu membentuk pembangunan Bandar Pintar di negeri ini.
“Melihat ke hadapan, pembangunan Bandar Pintar akan menjadi fokus utama bagi Sabah. Dengan dua Bandar Pintar yang dirancang di Penampang dan Kota Kinabalu, kita sedang melangkah ke era baharu inovasi bandar.
“Saya menggalakkan SHAREDA dan sektor swasta untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk bandar pintar ini dengan mengintegrasikan teknologi, kelestarian dan keperluan komuniti bagi mewujudkan ruang kehidupan yang lebih pintar dan selesa untuk masa depan,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Shareda ke-47 di Magellan Sutera Resort, malam ini.
Ucapan beliau dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memupuk persekitaran yang kondusif dan mesra perniagaan bagi menggalakkan pelaburan serta inovasi.
“Kami komited untuk memperkemas prosedur, menambah baik penyampaian perkhidmatan serta memastikan dasar kami kekal telus, adil dan menyokong keyakinan pelabur.
“Pada masa yang sama, penyediaan perumahan kepada rakyat terus menjadi keutamaan.
“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan sektor swasta bagi memastikan rumah mampu milik dan berkualiti dapat diakses oleh setiap rakyat Sabah, khususnya dalam kumpulan B40 dan M40,” katanya.
Hajiji turut berasa gembira dengan tumpuan SHAREDA terhadap pembangunan lestari dan hijau yang sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
“Pendekatan berpandangan jauh ini memastikan pertumbuhan yang kita usahakan hari ini tidak akan menjejaskan keperluan generasi akan datang,” katanya.
Beliau turut memuji SHAREDA atas kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri serta peranan berterusan dalam memajukan agenda pembangunan Sabah.
“Sektor hartanah kekal sebagai salah satu pemacu utama ekonomi Sabah. Ia membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat kita.
“Dalam kita melangkah ke hadapan, pembangunan mesti kekal seimbang dan inklusif untuk memupuk peluang, di samping memastikan kelestarian serta memberikan nilai jangka panjang kepada semua rakyat Sabah,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has urged the Sabah Housing and Real Estate Developers (SHAREDA) and the private sector to help shape Smart City development in the state.
“Looking ahead, Smart City development will be a key focus for Sabah. With two Smart Cities planned in Penampang and Kota Kinabalu, we are entering a new era of urban innovation.
“I encourage Shareda and the private sector to take an active role in shaping these smart cities, integrating technology, sustainability and community needs to create smarter and more livable spaces for the future,” he said at the SHAREDA’s 47th Anniversary Dinner held at the Magellan Sutera Resort, here tonight.
Local Government and Housing Minister Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam read his speech.
Hajiji assured that the State Government will continue to foster a conducive and business-friendly environment that encourages investment and innovation.
“We are committed to streamlining procedures, enhancing service delivery and ensuring that our policies remain transparent, fair and supportive of investor confidence.
“At the same time, providing housing for our people remains a top priority.
“We will continue to work closely with the private sector to ensure that affordable, quality homes are accessible to every Sabahan, especially those in the B40 and M40 groups,” he said.
Hajiji was also heartened by SHAREDA’s growing focus on sustainable and green development, which aligns perfectly with the Hala Tuju Sabah Maju Jaya Development Plan.
“This forward-looking approach ensures that the growth we pursue today will not compromise the needs of tomorrow,” he said.
He also commended SHAREDA for its strong partnership with the State Government and continued role in advancing Sabah’s growth agenda.
“The property sector remains one of the main drivers of Sabah’s economy. It brings investment, creates jobs and enhances the quality of life for our people.
“As we move forward, development must remain balanced and inclusive to promote opportunity, while ensuring sustainability and delivering long-term value for all Sabahans,” he said.
Ends
