Bantuan RM260,000 untuk SAN Pekan Tambunan yang terbakar (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TAMBUNAN: Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan yang musnah dalam  kebakaran pada 12 Oktober lalu menerima sumbangan berjumlah RM260,000 daripada  Kerajaan Negeri, Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan Majlis Ugama Islam Sabah  (MUIS). 

Sumbangan RM200,000 daripada Kerajaan Negeri adalah untuk pembelian kerusi, meja  dan kelengkapan sekolah, RM50,000 daripada YKS serta RM10,000 daripada MUIS.  Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  semasa lawatannya ke sekolah berkenaan hari ini. 

Guru Besar, Ustaz Ahmad Subri Janing menerima sumbangan tersebut. 

YKS turut menyerahkan bantuan dan sumbangan kepada 20 pelajar asrama dan 100  murid yang terjejas akibat kebakaran. 

Ketua Menteri berkata sudah tiba masanya SAN Pekan Tambunan yang ditubuhkan  pada tahun 1970-an mempunyai bangunan tetap sendiri dan atas permintaan SAN saya  mencadangan supaya sekolah dibina semula.  

“Kerajaan Negeri sekarang akan meluluskan keperluan pembiayaan membina sekolah  baharu dan saya datang sendiri hari ini untuk melihat bagaimana kami boleh  membantu,” katanya. 

Dua bangunan termasuk bilik darjah dan asrama musnah sepenuhnya, manakala  kuarters guru sekolah turut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang 12  Oktober itu. 

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif, Pegawai  Daerah Sobitun Makajil, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah  (JHEAINS) Jumain Abdul Ghani dan Pengarah YKS Datuk Diyanah Abdullah. 

Tamat

 

English Version

TAMBUNAN: Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan, which was gutted by fire  on October 12, received RM260,000 contributions from the State Government, Yayasan  Kebajikan Sabah (YKS) and the Sabah Islamic Religious Council (MUIS). 

The contributions of RM200,000 to purchase chairs, desks and school equipment from  the State Government, RM50,000 from YKS and RM10,000 from MUIS were presented  by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor during his visit to the school  today. 

SAN headmaster, Ustaz Ahmad Subri Janing received the contributions. 

YKS also presented contributions in cash and kind to 20 boarders and 100 pupils  affected by the fire. 

The Chief Minister said it was time for the SAN Pekan Tambunan, established in the  1970s, to get its permanent building, and at the request of SAN, I propose that it be  rebuilt. 

"The present State Government will approve the funding needs and I am here today to  see where we can help," he said. 

Two buildings including classrooms and boarding house were razed while the school's  teachers quarters were also affected in the Oct 12 evening fire. 

Also present were Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Ariffin Arif,  District Officer Sobitul Makajil, State Islamic Religious Affairs (JHAEINS) Director  Jumain Abdul Ghani and YKS Director Datuk Diyanah Abdullah. 

Ends