Pertandingan Forum Pelajar wadah menyemai kecintaan terhadap bahasa kebangsaan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Pertandingan Forum Pelajar Keban xdi wadah terbaik untuk menyemai dan memupuk rasa cinta serta bangga terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Pertandingan Forum Pelajar Kebangsaan yang kini memasuki tahun ke-33 perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah satu pendekatan untuk memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai medium integrasi dan perpaduan, sekali gus dalam pembinaan negara bangsa.
“Program ini juga berjaya melahirkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina yang mampu berbahas dan mengutarakan idea bernas.
“Pada masa yang sama, ia turut membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar, semangat berpasukan dan kreativiti. Saya percaya proses ini penting dalam membentuk generasi muda menjadi pemimpin hebat pada masa hadapan,” katanya pada majlis penutupan pertandingan itu di SM Kian Kok di sini, hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.
“Kita sedia maklum akan cabaran utama dalam menjaga martabat bahasa kebangsaan, khususnya pengaruh bahasa asing dan penggunaan bahasa rojak dalam pelbagai medium komunikasi seperti media sosial.
“Cabaran ini bukan sahaja dihadapi oleh bahasa kita, malah turut dialami oleh bahasa bahasa lain di seluruh dunia.
“Namun, kita tidak harus tunduk kepada cabaran ini kerana melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kita mempunyai penglibatan aktif dan sokongan semua kaum dalam usaha memelihara bahasa kebangsaan,” katanya.
Ketua Menteri turut menegaskan kepentingan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris, untuk penguasaan ilmu yang lebih luas juga tidak dapat dinafikan.
“Inilah sebabnya kita menyokong dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris,” katanya.
Beliau berkata, adalah satu penghormatan apabila Sabah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan tahun ini yang menyaksikan penyertaan pelajar dari seluruh negara.
Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas sokongan padu terhadap program ini dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persatuan Kebudayaan Han Malaysia serta Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif (PERSPEKTIF).
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The National Student Forum Competition has proven to be an excellent platform for inspiring and fostering a sense of love and pride for the national language among Malaysia's multi-racial society.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the National Student Forum competition, now in its 33rd year, must be maintained as it is one of the approaches to strengthen the role of the Malay language as a medium of integration and unity, and subsequently, in nation-building.
"This programme has also successfully produced Chinese Secondary Independent School students who are capable of debating and expressing insightful ideas.
"At the same time, it also helped to enhance the students' self-confidence, teamwork spirit, and creativity. I believe this process is crucial in shaping the younger generation to become great leaders one day," he said at the closing ceremony of the competition at SM Kian Kok here today.
Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Abidin Madingkir, delivered his speech.
"We are well aware of the main challenges in upholding the dignity of our national language, particularly the influence of foreign languages and the use of mixed or rojak language in various communication mediums such as social media.
"This challenge is not only faced by our language but also by other languages around the world.
"However, we should not bow to these challenges because, through the Dewan Bahasa dan Pustaka, we have active involvement and support from all communities in preserving the national language," he said.
The Chief Minister said that the importance of other languages, especially English, for broader knowledge acquisition cannot be denied either.
"This is why we support the MBMMBI policy, which is Upholding the Malay Language and Strengthening the English Language," he said.
He said it was an honour for Sabah to be selected as the host for this year's National Level Student Forum competition, which saw the participation of students from all over the country.
Hajiji also commended the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) for its unwavering support of the programme, in collaboration with the United Chinese School Committees' Association of Malaysia (Dong Zong), Malaysia Han Cultural Association and the Translator and Creative Writing Association (PERSPEKTIF).
Ends
