Sabah komited memperkukuh hubungan dengan China (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah terus memberikan keutamaan tinggi dalam  memupuk kerjasama yang saling menguntungkan dengan China, kata Ketua Menteri  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“Kami komited untuk menyelaraskan strategi pembangunan, mengenal pasti peluang  baharu dan meneroka bidang kerjasama yang lebih luas. 

“Kami bersedia bekerjasama rapat dengan Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu  serta semua pihak berkepentingan di Sabah bagi mengukuhkan lagi persahabatan  jangka panjang kita, seterusnya menyumbang kepada pembinaan komuniti Sabah– China dan Malaysia–China yang berkongsi masa depan,” katanya pada Majlis  Sambutan Ulang Tahun Ke-76 Penubuhan Republik China di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerajaan Tempatan  dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

Hajiji berkata Sabah, dengan kepelbagaian budaya serta keharmonian sosialnya, amat  menghargai persahabatan yang telah lama terjalin dengan rakyat China. 

“Kami bersedia memainkan peranan unik dalam memajukan hubungan Malaysia–China  serta menyumbang kepada pembinaan Komuniti Malaysia–China yang berkongsi masa  depan,” katanya. 

Menurut beliau, hubungan Malaysia–China kini telah mencapai tahap yang belum  pernah dicapai sebelum ini. 

Beliau berkata lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu, serta  pertemuan beliau baru-baru ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  semasa Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai, mencerminkan kekuatan  perkongsian tersebut. 

“Perdana Menteri kita telah mengulangi komitmen Malaysia untuk memperdalam  kerjasama dengan China, yang membawa manfaat nyata kepada kedua-dua negara.  Hubungan rapat di peringkat tinggi ini turut memberi momentum baharu kepada  hubungan serta kerjasama Sabah–China,” katanya.

Hajiji menegaskan bahawa China kini merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dan  juga Sabah. 

“Kerjasama Sabah–China merangkumi pelbagai sektor yang mencerminkan tumpuan  ekonomi serta hubungan rakyat dengan rakyat. Kolaborasi Sabah–China merentasi  bidang pertanian dan perikanan, tenaga boleh diperbaharui, minyak dan gas,  infrastruktur, perdagangan, pembuatan, pelancongan, pendidikan serta kerjasama  budaya, yang memberikan manfaat nyata kepada kedua-dua pihak. 

“Marilah kita memperdalam kerjasama supaya bersama-sama kita dapat menyumbang  kepada perkongsian Malaysia–China yang lebih kukuh serta rantau yang stabil dan  makmur. Bersama-sama, kita membina kepercayaan, berkongsi kemajuan dan  membentuk masa depan,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The Sabah State Government continues to place the highest  importance on fostering mutually beneficial cooperation with China, said Chief Minister  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“We are committed to aligning development strategies, identifying new opportunities,  and expanding into new areas of cooperation.  

“We stand ready to work closely with the Chinese Consulate General here in Kota  Kinabalu and all stakeholders in Sabah to strengthen our long-standing friendship further  and contribute to the building of a Sabah-China and Malaysia-China community with a  shared future,” he said at the 76th Anniversary of the Founding of the Republic of China  at the Sabah International Convention Centre (SICC) here tonight. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister II/Local Government and Housing  Minister Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

Hajiji said Sabah, with its rich cultural diversity and social harmony, values its enduring  friendship with the Chinese people.  

“We are ready to play our unique role in advancing Malaysia–China relations and  contributing to the building of a China–Malaysia Community with a shared future,” he  said. 

According to him, Malaysia–China relations have reached unprecedented heights.  

He said China President Xi Jinping’s state visit to Malaysia in April, and his recent  meeting with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim during the Shanghai Cooperation  Organisation Summit, reflected the strength of this partnership.  

“Our Prime Minister reaffirmed Malaysia’s commitment to deepen cooperation with  China, bringing tangible benefits to both countries. These close, high-level engagements  have also given new momentum to Sabah–China relations and cooperation,” he said. 

Hajiji noted that China is now the largest trading partner of both Malaysia and Sabah. 

“Sabah-China cooperation covers a wide range of sectors reflecting both economic  focus areas and people-to-people links. The Sabah-China collaboration spans across  agriculture and fisheries, renewable energy, oil and gas, infrastructure, trade,  manufacturing, tourism, education, and cultural cooperation, delivering concrete benefits  on both sides.  

“Let us deepen our cooperation so that together we will contribute to a stronger  Malaysia–China partnership and a stable, prosperous region. Together, we build trust,  share growth, and shape the future,” he said. 

Ends