CM: Teruskan semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak rakyat agar terus memupuk semangat patriotisme, mengekalkan perpaduan serta memelihara keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.
Dalam perutusan Hari Sabah dan Hari Kebangsaan 2025, Ketua Menteri berkata dua perayaan ini menjadi wadah untuk mengimbau sejarah, memperkukuh jati diri serta menyemai rasa cinta terhadap negeri.
Beliau berkata bahawa tarikh 31 Ogos mempunyai makna penting dalam sejarah Sabah. "Pada tarikh ini, kita meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, dua peringatan yang boleh berfungsi sebagai faktor penyatuan untuk semua rakyat Malaysia dari latar belakang yang pelbagai."
"Sesungguhnya, tarikh bersejarah ini bukan sekadar kesempatan untuk diingati dan diraikan tetapi juga saat untuk menghargai pengorbanan yang dibuat oleh pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan berani untuk kemerdekaan."
Hajiji berkata bahawa tema Hari Kebangsaan 2025 "Malaysia Madani: Rakyat Disantuni" dan tema Hari Sabah 2025 "Untukmu Sabah Tanah Airku" menekankan mesej yang sama berlandaskan pada prinsip Madani dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.
"Marilah kita terus waspada terhadap sebarang elemen negatif yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan, yang boleh membawa kepada perpecahan," katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called upon the people to continue fostering the spirit of patriotism, preserve unity and maintain harmony among the diverse races and religions in the state.
In his Sabah Day and National Day 2025 message, the Chief Minister said the dual celebrations provide the opportunity to reflect on history, strengthen identity and nurture love for the state.
He said that August 31 holds significance in Sabah’s history, adding that “On this date, we celebrate the National Day and Sabah Day, two commemorations that can serve as a unifying factor for all Malaysians from diverse backgrounds.
"Indeed, this historic date is not merely occasions of remembrance and to be celebrated but also moments to deeply appreciate the sacrifices made by the nation's freedom fighters, who fought valiantly for independence.
Hajiji said that both the National Day 2025 theme "Malaysia Madani: Rakyat Disantuni" and the Sabah Day 2025 theme "Untukmu Sabah Tanah Airku" highlight a shared message rooted in the principles of Madani and the Sabah Maju Jaya Development Plan.
"Let us remain vigilant against any negative elements that could undermine harmony and unity, leading to division," he said.
Ends
