KM: Yayasan Sabah nadi pembangunan Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TAMBUNAN: Kumpulan Yayasan Sabah, dengan mandat memastikan hasil negeri dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Sabah, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri sejak ditubuhkan pada tahun 1966, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Kumpulan Yayasan Sabah bukan sekadar sebuah institusi. Ia adalah legasi perjuangan yang diasaskan oleh pemimpin ulung negeri ini, Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun pada tahun 1966.
“Tahun hadapan menandakan ulang tahun ke-60 Kumpulan Yayasan Sabah, dan ini merupakan pencapaian luar biasa bagi sebuah organisasi yang ditubuhkan demi rakyat,” katanya pada majlis perasmian Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 di Dataran Pisompuruan di sini hari ini.
Beliau berkata, YSBR 2025 di sini membuktikan bahawa kerajaan negeri kekal komited turun padang bertemu rakyat di semua peringkat, dari bandar hingga ke pelosok desa, untuk memahami dan menangani keperluan sebenar rakyat.
Menerusi bantuan pendidikan Yayasan Sabah, ramai anak-anak Sabah berjaya keluar daripada kitaran kemiskinan dan menjadi profesional serta pemimpin, katanya.
Beliau berkata lagi, institusi pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah iaitu Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF) telah menjadi platform utama dalam melahirkan generasi berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Kerajaan Negeri juga melalui Kumpulan Yayasan Sabah telah memperkenalkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya golongan B40.
“Inisiatif ini membuktikan bahawa tiada seorang pun anak Sabah akan tercicir dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi hanya kerana kekangan kewangan. Sejak diperkenalkan pada 2022, sebanyak RM17.8 juta telah dibelanjakan bagi TPNS, memberi manfaat kepada 10,912 pelajar,” katanya.
Hajiji, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata Kumpulan Yayasan Sabah turut diiktiraf sebagai peneraju dalam pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.
Sehingga 2025, seluas 199,146 hektar atau 94.5 peratus daripada jumlah kawasan pemuliharaan Kumpulan Yayasan Sabah seluas 210,725.6 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan).
“Kawasan pemuliharaan seperti Lembah Danum, Banjaran Maliau, Imbak Canyon, Sungai Taliwas dan Pantai Silam, yang diiktiraf sebagai rujukan saintifik bertaraf dunia, menjadi contoh komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam memelihara alam sekitar semula jadi Sabah.
“Usaha pemuliharaan ini bukan sahaja tentang melindungi alam, tetapi juga mengukuhkan identiti Sabah sebagai sebuah negeri yang menghormati warisan semula jadinya untuk generasi akan datang,” katanya.
Hajiji berkata, YSBR 2025 merupakan kesinambungan usaha membawa agensi, peluang dan perkhidmatan terus kepada rakyat agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.
Hajiji diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar telah menyampaikan antaranya tajaan pendidikan Yayasan Sabah dan bantuan TPNS kepada pelajar serta warta Tapak Kampung.
Tamat
English Version
TAMBUNAN: The Yayasan Sabah Group, with its mandate to ensure that all Sabahans share the state's resources, has played a vital role in the state's development since its inception in 1966, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"The Yayasan Sabah Group is not merely an institution. It is a legacy of the struggle founded by the late leader of this state, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, in 1966.
"Next year marks the 60th anniversary of the Yayasan Sabah Group, and this is an extraordinary achievement for an organisation established for the people," he said at the Yayasan Sabah with the People Roadshow (YBSR 2025) held at the Pisompuruan Square here today.
The YBSR 2025 is evidence that the state government remains committed to reaching out to the people at all levels, from the cities to the most remote villages, to understand and respond to the real needs of the rakyat.
Through Yayasan Sabah's educational assistance, many children from Sabah have successfully broke free from the poverty cycle, going on to become professionals and leaders, he said.
He said the Yayasan Sabah Group's educational institutions - Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) and University College Sabah Foundation (UCSF), have been the primary platforms for building a knowledgeable and highly skilled generation.
The State Government, through the Yayasan Sabah Group, has also introduced the Sabah State Education Fund (TPNS) to assist students from low-income families, particularly those in the B40 group.
"This initiative has proven that no Sabahan child will be left behind in pursuing higher education opportunity simply because of financial constraints. Since it was introduced in 2022, a total of RM17.8 million has been spent on TPNS, benefiting 10,912 students," he said.
Hajiji, who is also the Chairman of the Yayasan Sabah Board of Trustees, said the Yayasan Sabah Group is also recognised as a leader in conservation and environmental sustainability.
As of 2025, 199,146 hectares or 94.5 per cent of Yayasan Sabah Group's total conservation area of 210,725.6 hectares have been designated as Class 1 Forest Reserves (Protection).
"Conservation areas such as Danum Valley, Maliau Basin, Imbak Canyon, Taliwas River and Silam Coastline, which are globally recognised scientific references, stand as examples of Yayasan Sabah Group's commitment to preserving Sabah's natural environment.
"These conservation efforts are not merely about protecting nature, but also about strengthening Sabah's identity as a state that respects its natural heritage for future generations," he said.
Hajiji said that the YSBR 2025 is a continuation of efforts to bring agencies, opportunities, and services directly to the people so that they are not left behind in mainstream development.
Later, Hajiji accompanied by Deputy Chief Minister Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam and Yayasan Sabah Director Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar presented among others, the Yayasan Sabah Education sponsorship and TPNS assistance to students and village gazettes.
Ends
