Hajiji sangkal dakwaan pembangkang GRS kerajaan gagal (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA BELUD: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menolak  dakwaan pembangkang bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah kerajaan yang  gagal. 

“Jika benar Kerajaan GRS gagal, kita tidak akan mampu menyalurkan begitu banyak  bantuan kepada rakyat, dan kita juga tidak akan mampu meningkatkan hasil negeri  kepada RM7 bilion berbanding hanya RM4 bilion sebelum ini. 

“Pembangkang hanya tahu menyebarkan fitnah dan pembohongan di media sosial.  Terutama kerajaan dua setengah tahun itu, mereka tidak mempunyai perancangan  (semasa berkuasa) tetapi sekarang bercakap besar seolah-olah mereka tahu segala galanya,” katanya. 

Berucap pada Program Ramah Mesra Komuniti SMJ bersama Ketua Menteri di  Kampung Pantai Emas di sini hari ini, beliau berkata: 

“Sejak mengambil alih pentadbiran, Kerajaan Negeri GRS telah memulakan kira-kira  400 inisiatif di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan sekitar  94 peratus daripadanya telah dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan  negeri.” 

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM1.49 bilion yang  memberi manfaat kepada 336,076 penerima bantuan kebajikan dari tahun 2021 hingga  2024, termasuk Skim Bantuan Am (SBAM), Skim Bantuan Anak Yatim (SBAY) dan lain lain. 

Beliau berkata, jumlah itu adalah tambahan kepada peruntukan RM385.5 juta pada  tahun ini untuk pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang memberi  manfaat kepada 100,000 penerima daripada golongan miskin dan miskin tegar. 

“Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM488.5 juta untuk  melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan,” katanya sambil menambah  Kerajaan Negeri menggunakan Pangkalan Data Sabah atau PADANs untuk mengenal  pasti bentuk intervensi bersesuaian berdasarkan profil Ketua Isi Rumah (KIR). 

Katanya, tahun ini Kerajaan Negeri juga kekal komited menyokong aspirasi Kerajaan  Persekutuan selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ dan Belanjawan  Negeri Sabah 2025 dalam agenda pembasmian kemiskinan. 

Selain itu, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri telah membelanjakan kira-kira  RM1.33 bilion bagi pembangunan modal insan khususnya dalam bidang pendidikan. 

“Perkara ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Kita telah meningkatkan peruntukan  biasiswa negeri kepada RM138 juta tahun ini berbanding hanya RM50 juta sebelum ini,”  katanya. 

Kerajaan Negeri juga telah menekankan aspek Ekonomi Biru untuk menjana kekayaan  baharu dan meningkatkan pendapatan negeri, katanya. 

Beliau berkata, ini adalah tambahan kepada hasil tambahan daripada sektor minyak dan  gas menerusi penglibatan lebih besar negeri selepas termeterainya Perjanjian  Kolaborasi Komersial (CCA) bersama Petronas. 

Hajiji turut berkata, Warisan sering bercakap seolah-olah merekalah yang memulakan  Program Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS), sedangkan program itu  sebenarnya telah lama dilaksanakan sebelum itu. 

“Saya perlu menyatakan perkara ini kerana saya tidak mahu rakyat di Kota Belud  terpedaya dengan pembohongan pembangkang,” katanya. 

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menyeru rakyat agar  memastikan kemenangan gabungan itu di semua empat kerusi DUN di sini. 

Selepas itu, Hajiji yang diiringi Ketua Penyelaras Sekretariat SMJ Datuk Datu Rosmadi  Datu Sulai, ADUN Pintasan Datuk Fairuz Renddan, ADUN Tempasuk Datuk Mohd  Arsad Bistari, Presiden Usno Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Gagasan Rakyat  Usukan Datuk Japlin Akim, menyampaikan geran tanah PANTAS kepada 10 penerima  mewakili 502 yang lain. 

Ketua Menteri turut menyampaikan bantuan kebajikan, kunci Rumah Mesra SMJ, serta  sumbangan kepada 66 buah sekolah di daerah ini melalui Pejabat Pendidikan Daerah  (PPD). 

Tamat

English Version 

KOTA BELUD: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has dismissed  the opposition's claim that Gabungan Rakyat Sabah (GRS) is a failed government. 

"If the GRS government has failed, we will not be able to provide so much assistance to  the people, and we will not be able to increase the state's revenue to more than RM7  billion from only RM4 billion previously. 

"The opposition only knows how to spread slander and lies on social media. Especially,  the two-and-a-half-year government, they have no planning (when they were in power)  but now talk big like they know everything," he said. 

Speaking at the SMJ Community Engagement Programme with the Chief Minister at  Kampung Pantai Emas here today, he said:  

"Since taking over the helm, the GRS State Government has initiated some 400  initiatives under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) development plan and about 94  per cent have been implemented for the people's prosperity and state progress." 

Hajiji said the State Government has spent a total of RM1.49 billion to benefit 336,076  welfare aid recipients from 2021 to 2024, which included the General Assistance  Scheme (SBAM), the Orphans Assistance Scheme (SBAY), among others. 

Hajiji said this was in addition to the RM385.5 million allocated this year for the  implementation of the Sentuhan Kasih Rakyat programme (SYUKUR), which benefits  100,000 recipients from the poor and hardcore poor groups. 

"For 2025, the State Government has allocated RM488.5 million to implement various  poverty eradication programmes," he said, adding the State Government utilises the  Sabah Database or PADANs to identify suitable intervention assistance based on the  household head (KIR) profile. 

This year, he said the State Government remains committed to supporting the  aspirations of the Federal Government in line with the Hala Tuju SMJ development plan  and the Sabah State Budget 2025 under the poverty eradication agenda. 

Apart from that, the Chief Minister said the State Government had spent about RM1.33  billion for the development of human capital, namely education. 

“This has never been done before. We have increased the state scholarship allocation  to RM138 million this year compared to just RM50 million previously,” he said. 

The State Government had also underlined the Blue Economy to create new wealth and  bring in more income for Sabah, he said. 

He said this was in addition to the extra revenue generated from the oil and gas sector  through the state's greater participation following the signing of the Commercial  Collaboration Agreement (CCA) with Petronas. 

Hajiji also said Warisan had been talking as though they were the ones who initiated the  Sabah Native Land Surveying Programme (PANTAS), while in fact it had been  implemented long before that. 

"I need to say all this because I don't want the people in Kota Belud to be hoodwinked  by the opposition's lies," he said. 

Hajiji, who is chairman of the Gabungan Rakyat Sabah (GRS), also called upon the  constituents to ensure victory for the coalition in all four state seats here. 

Later, Hajiji, accompanied by SMJ Secretariat Chief Co-ordinator Datuk Datu Rosmadi  Datu Sulai, Pintasan Assemblyman Datuk Fairuz Renddan, Tempasuk Assemblyman  Datuk Mohd Arsad Bistari, Usno President Tan Sri Pandikar Amin Mulia and Gagasan  Rakyat Usukan Chief Datuk Japlin Akim, presented the PANTAS land grant to 10  recipients representing 502 others. 

The Chief Minister also presented welfare aids, Rumah Mesra SMJ keys, as well as  contributions to the 66 schools in the district through the District Education Office (PPD). 

Ends