Inisiatif luar biasa untuk bantu pelajar Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri hari ini telah melaksanakan banyak inisiatif yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk membantu pelajar di bawah agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

“Belum pernah sebelum ini begitu banyak inisiatif dilaksanakan bagi pembangunan modal insan dan pendidikan di negeri ini. Dalam tempoh hampir lima tahun, kita telah membelanjakan sejumlah RM1.33 bilion untuk tujuan ini,” katanya. 

Berucap pada majlis perasmian Dewan SK Bundung, yang dinamakan sempena nama beliau, di Topokon dekat sini hari ini, Hajiji berkata malah biasiswa negeri yang diagihkan kepada pelajar tahun ini juga telah meningkat kepada RM138 juta berbanding kira-kira RM50 juta sebelum ini. 

“Namun jumlah ini masih belum mencukupi, dan saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menambah peruntukan tahun depan supaya lebih ramai pelajar Sabah yang cemerlang dapat menikmati bantuan ini,” katanya. 

Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan tunai RM200 kepada kira-kira 40,000 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM setiap tahun. 

“Saya faham bahawa dalam kalangan 40,000 pelajar ini, pasti ada yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan. Saya masih ingat ketika saya hendak menduduki peperiksaan LCE (Lower Cambridge Examination) pada tahun 1971, ibu saya terpaksa pergi meminjam wang daripada saudara-mara untuk membayar yuran peperiksaan sebanyak RM15. Jadi saya amat memahami betapa sukarnya keadaan itu,” katanya. 

Hajiji memberi jaminan bahawa pembangunan modal insan dan pendidikan akan terus menjadi keutamaan utama Kerajaan Negeri masa kini. 

“Pembangunan modal insan dan pendidikan merupakan tumpuan utama pembangunan negeri secara keseluruhan di bawah Hala Tuju SMJ. Kita telah mencapai kemajuan ketara dalam membangunkan ekonomi Sabah melalui sektor pertanian, pelancongan dan perindustrian. Namun perjuangan kita tidak akan lengkap jika kita gagal membangunkan sektor pendidikan,” katanya. 

Ketua Menteri turut menggesa para guru supaya membantu menyampaikan maklumat yang tepat mengenai dasar serta program pembangunan kerajaan. 

“Jangan terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pihak pembangkang. Mereka tidak nampak semua pencapaian Kerajaan Negeri,” katanya. 

Hajiji berkata rekod pencapaian Kerajaan Negeri dalam membawa masuk pelabuhan berimpak tinggi ke Sabah dan mewujudkan peluang pekerjaan sudah terbukti. 

“Kalau betul kita buat salah, kenapa begitu ramai pelabur datang ke Sabah?” katanya, sambil menambah bahawa terbaharu ialah syarikat dari Singapura yang akan melabur sebanyak RM31 bilion dalam tiga fasa di Sipitang. 

Kemudian, Hajiji turut menyaksikan majlis pemotongan kek perpisahan bagi meraikan persaraan Guru Besar SK Bundung, Grace Subramaniam. 

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Panglima Jahid Jahim. 

Tamat

 

English Version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the present State Government has implemented an unprecedented number of initiatives to assist students under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) development agenda. 

"Never before has so many initiatives been implemented for the development of human capital and education in the state. In nearly five years, we have spent a total of RM1.33 billion for this purpose," he said. 

Speaking at the official opening of the SK Bundung Hall, named after him, at Topokon near here today, Hajiji said that even the state scholarship disbursed to students this year has increased to RM138 million, compared to about RM50 million previously. 

"Even this is not sufficient, and I have asked the State Secretary to increase the amount next year so that more high-achieving Sabah students have access to this assistance," he said. 

Hajiji said the State Government also provided RM200 cash assistance to about 40,000 students sitting for their SPM and STPM examinations each year. 

"I understand that among the 40,000 students, there are bound to be those who come from not well-to-do families. 

"I remember when I was about to sit for my LCE (Lower Cambridge Examination) in 1971, my mother had to go around and borrow money from our relatives to pay for the RM15 examination fee. So, I understand just how hard it is," he said. 

Hajiji assured that human capital and education development would remain the present State Government's top priority. 

"Human capital and education development are the focal points for the state's overall development under the Hala Tuju SMJ. We have been making significant strides in developing Sabah's economy through the agriculture, tourism and industrial sectors. Still, our struggle will not be complete if we fail in developing the education sector," he said.

The Chief Minister also called upon teachers to help disseminate correct information on the government's policies and development programmes. 

"Do not be swayed by the opposition’s slanders and lies.They are oblivious to all the State Government’s achievements,” he said. 

Hajiji said the State Government's track record in bringing high-impact investments to Sabah and creating job opportunities has been proven. 

"If it is true that we are doing it wrong, then why are so many investors coming to Sabah?" he said, adding that the latest was the company from Singapore, which will invest RM31 billion in three phases in Sipitang. 

Later, Hajiji also witnessed the farewell cake-cutting ceremony for retiring SK Bundung headmistress Grace Subramaniam. 

Also present was Rural Development Minister Datuk Seri Panglima Jahid Jahim. 

Ends