Lebih 30,000 pekebun kecil sawit Sabah capai pensijilan MSPO (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Lebih 30,000 pekebun kecil di Sabah, meliputi lebih 191,000 hektar  ladang, telah memperoleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat  April 2025. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, ini mewakili kadar  pensijilan sebanyak 97.62 peratus, iaitu antara yang tertinggi di negara ini. 

“Pencapaian ini melambangkan kemajuan kolektif kita dan kepentingan kerjasama  berterusan antara agensi kerajaan, pemain industri, dan komuniti pekebun kecil,”  katanya pada Forum Minyak Sawit Malaysia Timur (EMPOF2025) di Hotel Marriot, di  sini hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan  Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe. 

Ketua Menteri berkata, dalam menghadapi tekanan global untuk rantaian bekalan bebas  pembalakan, adalah penting bagi Malaysia meningkatkan usaha pensijilan dan  kebolehkesanan untuk mengekalkan pengiktirafan dan kredibiliti di mata pihak  berkepentingan, sama ada di dalam mahupun luar negara. 

“Di Sabah, kita telah mencapai kemajuan di mana kira-kira 97 peratus kawasan tanaman  dan lebih 92 peratus di Sarawak kini telah disijilkan di bawah MSPO. Namun begitu, kita  mesti berusaha mencapai 100 peratus, khususnya melibatkan Pekebun Kecil  Persendirian. 

“Kita sedar sepenuhnya cabaran yang dihadapi industri. Memenuhi piawaian global  yang sentiasa berubah, memastikan kelestarian alam sekitar, dan berdepan tekanan  pasaran memerlukan tindakan proaktif serta inovatif,” katanya. 

Sehubungan itu, Hajiji menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah melaksanakan  penyelesaian transformasi yang dikenali sebagai Pendekatan Bidang Kuasa untuk  Minyak Sawit Mampan (JASPO). 

Dilancarkan pada tahun 2015, inisiatif JASPO menetapkan sasaran berani untuk  mencapai 100 peratus pengeluaran minyak sawit mampan di seluruh negeri menjelang  2030.

Menurutnya, pendekatan ini bukan sekadar pentadbiran, sebaliknya ia merupakan  mekanisme tadbir urus yang membolehkan semua pemain dalam rantaian nilai sawit  bekerjasama di bawah satu kerangka bersama. 

“Ia menyelaraskan aspirasi Sabah dengan piawaian nasional dan antarabangsa seperti  MSPO, RSPO dan Peraturan Pembalakan EU (EUDR), serta memastikan tiada pihak  berkepentingan tercicir, khususnya pekebun kecil yang menyumbang lebih 27 peratus  daripada pengeluaran Sabah,” katanya. 

Hajiji berkata, Sabah terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dengan 1.48  juta hektar kawasan tanaman serta pengeluaran tahunan melebihi 4.2 juta tan metrik  minyak sawit mentah (CPO). 

Katanya, Sabah dan Sarawak secara bersama menyumbang lebih 55 peratus daripada  jumlah kawasan sawit negara, sekali gus membentuk kedudukan Malaysia sebagai  pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia serta sumber utama rantaian bekalan  yang mampan dan diurus secara bertanggungjawab. 

Namun, kejayaan ini bukanlah berlaku sekelip mata, sebaliknya hasil daripada puluhan  tahun kerja keras, ketabahan serta kerjasama merentasi rantaian bekalan daripada  pekebun kecil, pengilang, penapis, pedagang, penyelidik hingga ke pembuat dasar,  katanya. 

“Lebih penting lagi, ia merupakan bukti komitmen bersama kita dalam mengimbangi  pembangunan ekonomi dengan pemeliharaan alam sekitar dan kemajuan sosial,”  katanya. 

Bagaimanapun, Hajiji menegaskan ia bukan sekadar kisah mengenai keluasan hektar  atau jumlah tan, tetapi lebih utama ialah kisah perubahan kehidupan. 

“Di seluruh Malaysia, industri sawit secara langsung dan tidak langsung menyara  kehidupan lebih 300,000 rakyat Malaysia serta menyokong lebih 85,000 pekebun kecil. 

“Melangkaui angka ekonomi, ia telah mengubah landskap luar bandar dengan  membawa pembangunan infrastruktur penting, daripada jalan raya dan sekolah yang  lebih baik kepada klinik serta rangkaian digital. Di kawasan yang dahulunya terhad  peluang, kini muncul kemajuan serta janji masa depan yang lebih cerah,” katanya. 

Ketua Menteri yakin bahawa melalui pelaburan strategik, tadbir urus kukuh, dan  penglibatan berterusan dengan pihak berkepentingan, industri ini akan terus  berkembang serta membina sektor sawit yang bersedia untuk masa depan, memberi  manfaat bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga di peringkat global. 

“Marilah kita terus bekerjasama dan memperjuangkan inovasi, memperkasa komuniti  luar bandar, serta memelihara alam sekitar agar legasi yang kita tinggalkan bukan  sekadar kemajuan ekonomi semata-mata, tetapi kemajuan yang bermakna dan  berimpak untuk generasi akan datang,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: More than 30,000 smallholders in Sabah, covering over 191,000  hectares of plantation, have achieved the Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)  certification as of April 2025. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said this represented a  certification rate of 97.62 per cent, which is among the highest in the country. 

"This achievement underscores our collective progress and the importance of continued  collaboration between government agencies, industry players, and smallholder  communities," he said at the East Malaysia Palm Oil Forum (EMPOF2025) at Marriot  Hotel here today. 

His speech was delivered by Industrial Development and Entrepreneurship Minister  Datuk Phoong Jin Zhe. 

The Chief Minister said that amid global pressure for deforestation-free supply chains, it  was crucial for Malaysia to advance its certification and traceability efforts to maintain its  continued recognition and credibility among key stakeholders, both domestically and  internationally.  

"In Sabah, we are making progress where about 97 per cent of the planted area and  over 92 per cent in Sarawak are now certified under the MSPO. However, we must push  toward 100 per cent inclusion, particularly for Independent Smallholders.  

"We are fully cognisant of the challenges the industry faces. Meeting evolving global  standards, ensuring environmental integrity, and responding to market pressures  demand proactive and innovative action," he said. 

In this respect, Hajiji stated that the State Government has adopted a transformative  solution known as the Jurisdictional Approach for Sustainable Palm Oil (JASPO).  

Launched in 2015, the JASPO initiative sets a bold target to achieve 100 per cent  certified sustainable palm oil production across the entire state by 2030.  

According to him, this approach is not merely administrative as it is a governance  mechanism that allows all players in the palm oil value chain to work together under a  unified framework. 

"It aligns Sabah's ambitions with national and international standards such as MSPO,  RSPO, and the EU Deforestation Regulation (EUDR), and ensures that no stakeholder  is left behind, especially smallholders, who account for over 27 per cent of Sabah's  production," he said. 

Hajiji said Sabah has sustained its leadership with 1.48 million hectares under cultivation  and annual output surpassing 4.2 million metric tonnes of crude palm oil (CPO). 

He said that Sabah and Sarawak together accounted for over 55 per cent of the country's  total oil palm planted areas, which helped shape Malaysia's standing as the world's  second-largest palm oil producer and a leading source of a sustainable and responsibly  managed supply chain. 

However, this success story did not happen overnight, but it was the result of decades  of hard work, resilience and collaboration across the supply chain from smallholders,  millers, refiners to traders, researchers, and policymakers, he said. 

"More importantly, it is a testament to our shared commitment to balancing economic  development with environmental stewardship and social progress," he said. 

Nonetheless, Hajiji said it was not just about the story of hectares and tonnage, but it is,  above all, a story of lives changed.  

"Across Malaysia, the palm oil industry directly and indirectly sustains the livelihoods of  more than 300,000 Malaysians and supports over 85,000 smallholders.  

"Beyond economic figures, it has reshaped the rural landscape, bringing with it the vital  infrastructure, from improved roads and schools to clinics and digital connectivity. Where  opportunity was once scarce, there is now progress, and the promise of a better future,"  he said. 

The Chief Minister is confident that through strategic investment, strong governance,  and continued engagement with stakeholders, the industry will continue to thrive and  build a future-ready palm oil sector that benefits not only Malaysia but globally.  

"Let us continue to collaborate and to champion innovation, uplift rural communities, and  preserve our environment so that the legacy we leave behind is not only one of economic  progress but of impactful and meaningful progress for the generations to come," he said. 

Ends