Program JoW perlu diperluas ke lebih banyak kawasan pedalaman (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap agar  program Justice on Wheels (JoW) Jabatan Bantuan Guaman (JBG) akan dapat  diperluaskan ke lebih banyak kawasan pedalaman supaya lebih ramai rakyat di Sabah  dapat menikmati akses kepada perkhidmatan bantuan guaman. 

“Ini adalah aspek penting kepada kesejahteraan rakyat kerana ia memastikan sistem  keadilan kita bersifat inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. 

“Program ini, yang menumpukan kepada penyampaian keadilan secara menyeluruh dan  efisien terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau kurang  bernasib baik, juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri bahawa tiada seorang pun  rakyat yang tertinggal dalam mendapatkan akses kepada keadilan,” katanya pada  program JoW yang diadakan di Dewan Seri Sulaman di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid  Jahim. 

Menerusi program ini, katanya, ia mencerminkan komitmen dan kesungguhan kerajaan  dalam mengutamakan peranan JBG untuk membela hak golongan kurang  berkemampuan dalam mendapatkan keadilan yang saksama. 

“Pelbagai pembaharuan telah diusahakan bagi mempromosi perkhidmatan bantuan  guaman serta menyebarkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai tentang  kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan. 

“Ini penting untuk memastikan tiada siapa yang terpinggir daripada proses perundangan  yang adil hanya masalah ketidakmampuan atau kurangnya pengetahuan tentang  kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan sejak 54 tahun lalu,” katanya. 

Ketua Menteri berkata, perolehan sebuah van khas untuk Sabah, dikenali sebagai van  JoW Sabah, bagi melaksanakan program ini yang dilancarkan di Penampang pada  Januari 2024, adalah bukti komitmen kerajaan MADANI selaras dengan aspirasi  Kerajaan Negeri untuk menyediakan akses kepada keadilan bagi setiap lapisan  masyarakat tanpa mengira lokasi. 

Sepanjang tahun 2024, JBG telah melaksanakan 28 program di Sabah, Sarawak, Johor,  Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kedah dan Terengganu.

Tahun lalu, program JoW telah dilaksanakan di lima daerah di Sabah, iaitu Pitas,  Tongod, Papar, Sipitang dan Paitan. 

Tahun ini, JoW dimulakan di Kampung Gas, Batu Sapi, Sandakan; Dewan Masyarakat  Tawau; dan Mahkamah Syariah Lahad Datu pada Februari, diikuti Dataran Bagandang,  Beaufort pada Julai, sebelum berlangsung di Tuaran hari ini. 

Tamat

 

English Version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hoped the Legal Aid  Department’s (LAD) Justice on Wheels (JoW) programme will be expanded to more  interior areas so that more people in Sabah can gain access to legal aid services. 

“This is an important aspect of the people’s well-being, as it ensures that our justice  system is inclusive and easily accessible to all levels of society. 

“This programme, which focuses on delivering justice comprehensively and efficiently  especially to those living in rural areas or who are less fortunate is also in line with the  State Government’s aspiration that no one should be left behind in gaining access to  justice,” he said at the JoW programme held at Dewan Seri Sulaman here today. 

His speech was delivered by Rural Development Minister Datuk Jahid Jahim. 

Through the programme, he said, the government’s commitment and determination to  prioritise the role of LAD in defending the rights of the underprivileged to obtain fair  justice is clearly reflected. 

“Various reforms have been undertaken to promote legal aid services and to spread  knowledge and public awareness of the facilities provided by the Government. 

“This is important to ensure that no one is excluded from the process of fair justice merely  due to financial constraints or lack of knowledge about what has been made available  by the Government over the past 54 years,” he said. 

The Chief Minister noted that the acquisition of a dedicated van for Sabah, known as the  JoW Sabah van, to implement this programme that was launched in Penampang in  January 2024, represented the MADANI government’s commitment, in line with the  State Government’s aspiration to provide access to justice for every level of society,  regardless of location. 

In 2024, LAD carried out 28 programmes across Sabah, Sarawak, Johor, Negeri  Sembilan, Pahang, Perak, Kedah, and Terengganu. 

Last year, the JoW programme was implemented in five districts in Sabah, namely Pitas,  Tongod, Papar, Sipitang, and Paitan. 

This year, JoW began in Kampung Gas, Batu Sapi, Sandakan; Tawau Community Hall;  and the Lahad Datu Syariah Court in February, followed by Dataran Bagandang,  Beaufort, in July, and now in Tuaran. 

Ends