Komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan belia kekal teguh (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

PUTATAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan  Negeri tidak akan berganjak daripada komitmennya untuk terus menjaga kepentingan  belia di Sabah. 

“Justeru, pembangunan belia telah dimasukkan sebagai salah satu tonggak  pembangunan negeri dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya. 

“Belia bukan sekadar penerima manfaat, tetapi juga ejen perubahan. Dalam dunia yang  penuh cabaran, golongan muda mesti menjadi pemimpin keharmonian masyarakat,  penjaga warisan budaya serta penyokong kemajuan teknologi,” katanya. 

Berucap pada Program Anak Muda di Dewan Sri Putatan di sini hari ini, Ketua Menteri  sekali lagi menegaskan bahawa Kerajaan Negeri telah merangka pelbagai inisiatif untuk  belia. 

“Kita mesti memahami keperluan mereka dan kita akan terus merangka pelan untuk  golongan belia,” katanya. 

“Bagi tempoh 2021–2025, sebanyak 14 inisiatif baharu telah diperkenalkan melibatkan  peruntukan sebanyak RM164.14 juta, yang telah memberi manfaat kepada 210,918  pelajar,” katanya. 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah melaksanakan banyak inisiatif termasuk geran  belia, latihan kemahiran, serta program inovasi dan keusahawanan bagi memastikan  anak muda Sabah mempunyai platform untuk berkembang. 

“Hari ini, penyerahan Geran Program Anak Muda berjumlah RM300,000 adalah bukti  komitmen kita untuk menyokong idea dan projek yang memberi manfaat kepada  masyarakat setempat.  

"Gunakanlah geran ini sebaik mungkin untuk melaksanakan program yang membawa  manfaat kepada belia di kawasan masing-masing,” katanya. 

Geran tersebut akan diagihkan kepada NGO belia di kawasan Dewan Undangan Negeri  Tanjung Aru, Petagas dan Tanjung Keramat dalam Parlimen Putatan.

Hajiji berkata, pembangunan Sabah tidak akan berjaya sekiranya generasi muda tidak  diberikan ruang, peluang dan sokongan kukuh untuk berkarya, berinovasi dan  memimpin. 

Beliau turut mengingatkan golongan belia supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah  dan pembohongan yang disebarkan oleh pihak pembangkang di media sosial. 

Dalam majlis yang sama, Hajiji turut menyaksikan penyerahan warta Tanah Perkuburan  Taman Sempelang, Sembulan daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk  Bernard Liew kepada Yang DiPertua MUIS Datuk Yahya Hussin. 

Terdahulu, Hajiji diiringi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya yang juga  Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad  Sah Awang Sahari, melawat tapak pembinaan Rumah Mesra SMJ untuk mangsa  kebakaran di Kampung Petagas. 

Tamat

English Version 

PUTATAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government will not relent in its commitment to continue safeguarding interest of youths  in Sabah. 

"It is for this reason, the development of youths have been included as among the pillars  of the state's development in the Hala Tuju Sabah Maju Jaya," he said. 

"Youths are not merely beneficiaries, but also agents of change. In a world full of  challenges, young people must be leaders of community harmony, guardians of cultural  heritage and supporters of technological progress," he said. 

Speaking at the Anak Muda Programme at Dewan Sri Putatan here today, the Chief  Minister reiterated that the State Government has drawn up various initiatives for youths. 

"We have to understand their needs and we will continue to draw up plans for the  youths," he said. 

"From 2021–2025, a total of 14 new initiatives have been introduced involving an  allocation of RM164.14 million, which has benefited 210,918 students," he said. 

He said the State Government has implemented many initiatives, including youth grants,  skills training, as well as innovation and entrepreneurship programmes, to ensure that  Sabah's young people have a platform to grow.  

"Today, the presentation of the Young People Programme grant amounting to  RM300,000 is proof of our commitment to support ideas and projects that benefit the  local community. Make the best use of this grant to carry out programmes that bring  benefits to the youth in your respective areas," he said. 

The grant would be distributed to youth NGOs in the Tanjung Aru, Petagas and Tanjung  Keramat state constituencies in the Putatan parliamentary constituency. 

Hajiji said Sabah's development will not succeed if the younger generation is not  provided the space, opportunities and strong support to create, innovate and lead.  

He also called upon youths not to be easily swayed by the slanders and lies being spread  by the oppositions in the social media.

In the same event, Hajiji also witnessed the presentation of Taman Sempelang,  Sembulan Burial Ground gazette from the Lands and Survey Department Director Datuk  Bernard Liew to MUIS President Datuk Yahya Hussin. 

Earlier, Hajiji accompanied by Deputy Chief Minister Datuk Shahelmey Yahya who is  Putatan MP and Petagas Assemblyman Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari visited  the Rumah Mesra SMJ construction site for fire victims at Kampung Petagas. 

Ends