RM600,000 bantu pekerja e-hailing buka akaun KWSP di Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan memperuntukkan hampir RM600,000 bagi  membantu pekerja gig dalam sektor e-hailing untuk membuka akaun Kumpulan Wang  Simpanan Pekerja (KWSP). 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, sebanyak 11,109  permohonan telah diterima daripada pekerja e-hailing untuk membuat caruman KWSP. 

“Saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan hampir  RM600,000 bagi membantu mereka (pekerja e-hailing) yang masih belum membuka  akaun KWSP,” katanya pada Program Sabah Moto Day 8.0 di Padang Kawad Universiti  Malaysia Sabah (UMS) dekat sini, hari ini. 

Hajiji turut gembira melihat program Sabah Moto Day terus berkembang pesat, menarik  kehadiran kira-kira 60,000 penunggang motosikal dan peminat permotoran dari seluruh  Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun ini. 

Kehadiran ramai penunggang serta pengunjung membuktikan bahawa aktiviti  permotoran masih dekat di hati golongan belia dan masyarakat umum, katanya. 

“Saya kagum melihat sokongan yang ditunjukkan oleh semua peserta, tanpa mengira  usia, bangsa, dan agama, yang berkumpul demi minat yang sama. Kita harus melihat  himpunan ini dari sudut yang positif kerana ia boleh menyumbang, sedikit sebanyak,  kepada penjanaan ekonomi negeri kita berikutan jumlah peserta dan pengunjung yang  ramai sempena program ini,” katanya. 

Menyeru para peserta Sabah Moto Day agar mengutamakan keselamatan di jalan raya,  Hajiji turut berharap himpunan itu dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran  keselamatan dalam kalangan peminat sukan permotoran dua roda. 

Ketua Menteri turut memaklumkan kepada peserta bahawa Kerajaan Negeri melihat  belia sebagai aset, justeru pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk membangunkan  modal insan.

Katanya, Kerajaan Negeri pada hari ini telah membelanjakan sejumlah RM1.33 bilion  termasuk RM848.26 juta bagi bantuan pendidikan dan RM485 juta khusus untuk  program pembangunan bakat serta kemahiran dari tahun 2021 hingga 2025. 

“Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu. Kita komited  membangunkan golongan belia yang merupakan pemimpin masa depan kita,” katanya. 

Di akhir ucapannya, Hajiji turut mengajak para peserta untuk sedekahkan al-Fatihah  kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir. 

Tamat

English Version

KOTA KINABALU: The State Government will allocate about RM600,000 for gig workers  in the e-hailing sector to open up Employees Provident Fund (EPF) account. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said a total 11,109 applications  have been received from e-hailing workers to contribute to the EPF. 

“I would like to announce that the State Government is allocating nearly RM600,000 to  assist those (e-hailing workers) who have yet to open up their EPF account,” he said at  the Sabah Moto Day 8.0 at Universiti Malaysia Sabah (UMS) Drill Field near here today. 

Hajiji was also glad to note that Sabah Moto Day continued to grow exponentially  attracting about 60,000 motorcylists and motor enthusiasts from all over Sabah,  Sarawak and Brunei this year. 

The presence of many riders and visitors proved that motorcycling activities continue to  hold a place in the hearts of youths and the general public, he said. 

‘I am impressed to see the support shown by all participants, regardless of age, race,  and religion, coming together to share the same passion.  

“We should view this gathering from a positive perspective, as it can contribute, to some  extent, to the economic generation of our state due to the large number of participants  and visitors in conjunction with this programme, he said. 

Advising participants of the Sabah Moto Day to prioritise safety while on road, Hajiji also  hoped the gathering would also helped greater safety awareness among the two wheeler enthusiasts. 

The Chief Minister also informed the participants that the State Government viewed  youths as asset, hence various initiatives have been implemented to develop the human  capital. 

The State Government of today had spent a total RM1.33 billion including RM848.26  million for education assistance and RM485 million specifically for talent and skills  development programmes from 2021 to 2025, he said.

“This has never been done by previous state governments. We are committed to develop  our youths who are our future leaders,” he said. 

At the end of his speech, Hajiji also led the participants to offer Al-Fatihah prayer for the  late Zara Qairina Mahathir. 

Ends