Peringatan Hari Sandakan pupuk persefahaman dan persahabatan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
SANDAKAN: Peringatan Hari Sandakan akan menjadi penghubung untuk memupuk persefahaman, persahabatan dan kepercayaan antara Sabah, Australia dan Britain, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Sebagai Ketua Menteri Sabah, saya memberi jaminan bahawa legasi ini akan terus dipelihara, dihormati dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya pada Majlis Peringatan Hari Sandakan di Taman Peringatan Sandakan di sini, hari ini.
Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong.
Beliau berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua, namun bagi ramai keluarga terutamanya mereka yang datang dari Australia, United Kingdom dan negara lain, memori orang tersayang yang terkorban di Sandakan masih segar dalam ingatan.
“Perhimpunan kita pagi ini melangkaui sekadar memperingati. Ia adalah satu penghormatan yang membawa makna. Sandakan bukan hanya lokasi tragedi. Di sinilah semangat kemanusiaan bersinar terang di tengah-tengah kekejaman.
“Ia adalah tempat di mana hubungan terjalin daripada dugaan, di mana tindakan mulia rakyat tempatan Sabah menyerlah seiring dengan perjuangan askar Bersekutu. Di sini dan sekarang, kita menegaskan semula komitmen kita terhadap keamanan, perpaduan, dan memori,” katanya.
Menurut beliau, Kawad Maut Sandakan dan kekejaman kem tahanan perang terpahat dalam sejarah bukan sahaja kerana kekejaman yang berlaku, tetapi juga kerana detik-detik kemanusiaan bersama, seperti tindakan kebaikan dalam senyap dan harapan yang tidak pernah padam daripada mereka yang berpegang teguh kepada idea kebebasan walau dalam keadaan getir.
“Kepada keluarga mereka yang tewas, kehadiran anda di sini amat bermakna. Orang tersayang anda sama ada askar atau rakyat Sabah yang mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan mereka tidak akan dilupakan. Kami menghormati kekuatan, pengorbanan, dan kemanusiaan mereka yang tinggi nilainya. Di Sabah, anda akan sentiasa menemui tempat perlindungan untuk mengenang mereka. Sandakan juga adalah tanah suci bagi anda.
“Marilah kita mengiktiraf wira-wira dalam kalangan kita rakyat tempatan Sabah yang turut mengalami kehilangan dan keganasan. Ramai yang mengorbankan nyawa untuk melindungi atau membantu askar Bersekutu. Keberanian mereka terus hidup dalam kisah-kisah yang diwariskan dari generasi ke generasi dan menjadi sebahagian sejarah bersama yang tidak dapat dipadamkan,” katanya.
Ketua Menteri menyeru semua untuk memikirkan tentang harga sebenar konflik serta betapa tidak ternilainya keamanan.
Yang turut hadir adalah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Michael Wehi Mailetonga Walsh, pegawai kanan dari Pesuruhjaya Tinggi Australia dan Kedutaan Amerika Syarikat serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan.
Tamat
English version
SANDAKAN: The Sandakan Day Memorial will stand as a living bridge to forge understanding, friendship and trust between Sabah, Australia, and Britain, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“As Chief Minister of Sabah, I assure you that this legacy will be preserved, ensuring it is honoured and passed on to future generations,” he said during the Sandakan Day Memorial held at the Sandakan Memorial Park, here today.
Sandakan MP, Vivian Wong delivered his speech.
He said this year marked the 80th anniversary of the end of World War II, and yet, for many families, especially those who have journeyed here from Australia, the United Kingdom, and beyond, the memories of loved ones lost in Sandakan remain vividly alive.
“Our gathering this morning goes beyond mere remembrance. It’s a tribute with purpose. Sandakan isn’t just a site of tragedy. It’s where the human spirit shone brightly amidst cruelty.
“It is a place where bonds were forged from adversity, where the noble actions of local Sabahans shone alongside the struggles of Allied soldiers. Here and now, we reaffirm our dedication to peace, unity, and memory,” he said.
The Chief Minister said the Sandakan Death Marches and the horrors of the prisonerof-war camps have been etched into history, not only because of the atrocities but also due to the moments of shared humanity, such as the quiet acts of kindness and persistent hope of those who clung to the idea of freedom against all odds.
“To the families of the fallen, your presence here means everything. Your loved ones, whether soldiers or Sabahans, who risked everything to save them, are not forgotten. We honour their strength, their sacrifice, and their profound humanity. In Sabah, you will always find a sanctuary to remember them. Sandakan is sacred ground for you, too.
“Let us acknowledge the quiet heroes among us, the local Sabahans, whose families also endured loss and violence. Many gave their lives to shelter or assist Allied soldiers. Their bravery endures in the stories shared through generations and forms an indelible part of our shared history,” he said.
The Chief Minister called upon everyone to pause momentarily and think about the actual cost of conflict and the invaluable treasure of peace.
In attendance were British High Commissioner to Malaysia, Ajay Sharma, New Zealand High Commissioner to Malaysia, Michael Wehi Mailetonga Walsh, senior officials from the Australian High Commission and the United States Embassy as well as officials from the Ministry of Tourism, Culture and Environment and local authorities.
Ends
