Formula kerjasama GRS-PH diteruskan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

RANAU: Ketua Menteri dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  menegaskan bahawa majlis tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju  untuk mengekalkan formula kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) pada  pilihan raya negeri akan datang. 

Beliau berkata sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah kerajaan negeri itu  memerlukan hubungan yang kukuh dengan Kerajaan Persekutuan. 

“Kita mahu hubungan yang erat dengan Kerajaan Persekutuan. Kita mahu kestabilan,  dan kita berharap rakyat memahami bahawa kita sedang melakukan yang terbaik untuk  mereka. Untuk membawa kemakmuran kepada mereka,” katanya pada majlis pecah  tanah Projek Bandar Baharu Paginatan di dewan terbuka Memorial Nunuk Ragang,  dekat sini. 

Ketua Menteri itu berkata, rekod pencapaian Kerajaan Negeri GRS-PH dalam  membawa kemajuan kepada Sabah telah terbukti. 

“Kita mempunyai lebih 400 inisiatif di bawah agenda pembangunan Hala Tuju Sabah  Maju Jaya, dan kira-kira 94 peratus daripadanya telah berjaya dilaksanakan,” katanya. 

Hajiji berkata perkara ini bertentangan dengan dakwaan pembangkang yang  menurutnya bertujuan menipu rakyat. 

Hajiji berkata, Kerajaan GRS-PH telah meluluskan pelbagai program bantuan untuk  pembangunan pendidikan negeri dan kesejahteraan rakyat, yang tidak pernah dilakukan  oleh mana-mana kerajaan negeri sebelum ini. 

“Tahun ini sahaja, kita memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada hampir  100,000 golongan miskin tegar, dan inisiatif ini akan diteruskan jika rakyat  mengembalikan mandat kepada GRS-PH pada pilihan raya akan datang,” katanya. 

Beliau turut berkata, Kerajaan Negeri GRS-PH telah berjaya mendapatkan penyertaan  yang lebih besar dalam sektor minyak dan gas melalui pemeteraian bersejarah  Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas pada tahun 2021. 

Terdahulu, beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pembangunan  Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB) komited meneruskan agenda menangani  

masalah kemiskinan bandar dan luar bandar di negeri ini melalui program pembangunan  bandar baharu. 

Beliau berkata, projek Bandar Baharu Paginatan yang telah lama dinantikan dijangka  akan memacu ekonomi tempatan di kawasan itu, selaras dengan pelan pembangunan  Sabah Maju Jaya (SMJ) yang pada intinya sentiasa mengutamakan kesejahteraan  rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka.  

Bandar baharu seluas 200 ekar yang terletak kira-kira 43 km dari sini akan dibangunkan  dalam lima fasa, melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan penting termasuk pejabat  kerajaan, kedai, perumahan kos rendah, dewan serba guna, perpustakaan, pusat  kesihatan, pasar, balai polis dan balai bomba. 

Apabila siap kelak, penduduk di Paginatan tidak lagi perlu ke Ranau atau Telupid untuk  berurusan dengan jabatan kerajaan, katanya. 

Hajiji juga memberi jaminan bahawa isu-isu yang dihadapi rakyat di kawasan DUN  Paginatan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangannya, Datuk Abidin Madingkir,  akan diberi perhatian. 

Tamat

 

English Version

RANAU: Chief Minister and GRS Chairman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  reiterated that the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supreme council has agreed to  maintain the present formula of cooperation with Pakatan Harapan (PH) in the upcoming  state election. 

He said history has shown that a state government needs to have a strong relationship  with the Federal Government. 

"We want strong ties with the Federal Government. We want stability and we hope the  people will understand that we are doing the best for them. To bring prosperity to them,"  he said this during the ground-breaking ceremony for the Paginatan new township held  at the Nunuk Ragang Memorial open-air hall, near here.  

The Chief Minister said the present GRS-PH State Government's track record of bringing  progress to Sabah has been proven. 

"We have more than 400 initiatives under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya development  agenda, and about 94 per cent of them have already been implemented," he said. 

Hajiji said this was contrary to the opposition's claim, which he said was intended to pull  wool over the peoples’ eyes.  

Hajiji said the GRS-PH government had approved numerous assistance programmes  for the state's education development and people's prosperity, which had never been  done by other state governments before. 

"This year alone, we are giving monthly assistance of RM300 to nearly 100,000 hardcore  poor, and this initiative will be continued if the people returned the mandate to GRS-PH  in the coming election," he said. 

He also said that the GRS-PH State Government had succeeded in getting greater  participation in the oil and gas sector through the historic signing of the Commercial  Collaborative Agreement (CCA) with Petronas in 2021. 

Earlier, he said that the State Government, through the Sabah Housing and Town  Development Authority (SHTDA), is committed to continuing its agenda of addressing  urban and rural poverty in the state through the new township development programme.

He said the long-awaited Paginatan New Township project is expected to drive the local  economy in the area, in line with the Sabah Maju Jaya (SMJ) development roadmap,  which at its core, aims at prioritising the well-being of the people and improving their quality of life.  

The 200-acre new township, located approximately 43 km from here, will be developed  in five phases, involving the construction of various important amenities, including  government offices, shops, low-cost housing, multi-purpose hall, library, health centre,  market, police and fire stations. 

Once completed, the people in Paginatan would no longer have to go to Ranau or  Telupid to deal with government departments, he said. 

Hajiji also assured that issues affecting the people in Paginatan constituency that were  raised by its Assemblyman, Datuk Abidin Madingkir, would be addressed. 

Ends