KM hadir Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Ke-19

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun  Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman menyempurnakan Majlis Istiadat  Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Ke-19 di Pusat  Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hadir pada jam 9.20 pagi  sebelum keberangkatan tiba TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah yang seterusnya  merasmikan majlis berkenaan. 

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi  merangkap Exco Agama dan Pendidikan Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Mohd Arif;  serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin  Suhaimee. 

Majlis penganugerahan melibatkan seramai 305 graduan yang berjaya menamatkan  pengajian Diploma Dakwah Islamiah, Sijil Pengajian Islam dan Sijil Asas Pengajian  Islam Malaysia.  

Turut disampaikan ialah Anugerah Alumni IPDAS, Anugerah Yang di-Pertua Majlis  Ugama Islam Sabah (MUIS), Anugerah Ketua Pengarah JAKIM, Anugerah Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Anugerah Ketua Menteri Sabah serta  Pingat Emas TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah. 

Tamat