Pemeliharaan warisan budaya etnik Sabah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TUARAN: Kerajaan Negeri sentiasa menyokong mana-mana NGO yang menganjurkan aktiviti bertujuan memelihara warisan budaya pelbagai etnik di Sabah, asalkan ia tidak bertindih dengan program-program serupa anjuran Kerajaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata penganjuran program seni dan budaya seperti Festival Kebudayaan Rumpun Bajausamah mampu mengangkat khazanah budaya negeri ke tahap yang lebih tinggi sekali gus menaikkan imej negeri di persada dunia.
Selain itu, program seumpama ini juga merupakan pengukuh silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama, katanya semasa majlis perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Lok Batik, di sini hari ini.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri Toh Puan Faridah Tussin.
"Selaras dengan tema festival ini, ‘Budaya Tradisi Teras Perpaduan Malaysia Madani’, adalah menjadi tanggungjawab Persatuan Rumpun Bajausamah untuk mengangkat agenda perpaduan sebagai teras perjuangan kerana matlamat sebenar kita dalam memartabatkan budaya bangsa ialah mencipta keharmonian dan mengekalkan perpaduan.
"Sejak turun-temurun dan sejak berabad-abad lamanya, penduduk di negeri ini telah mengamalkan budaya hidup hormat menghormati, bekerjasama dan saling bantu membantu tanpa mengira warna kulit dan fahaman agama," katanya.
Hajiji berkata semangat kekitaan dan saling bertoleransi dikalangan penduduk di negeri ini telah membentuk masyarakat Sabah dengan identiti yang unik dan memikat.
"Dengan 35 kumpulan etnik dan 217 sub-etnik yang wujud dalam komuniti Sabah menjadikan masyarakat kita ini sedemikian rencam dan benar-benar majmuk dalam konteks Malaysia.
"Pun demikian, rakyat Sabah kekal hidup harmoni dengan semangat perpaduan yang tinggi sesuai dengan slogan ‘Kesatuan Dalam Kepelbagaian'," katanya.
Ketua Menteri berkata terdapat banyak manfaat dan hikmah dalam kehidupan yang harmoni dan bersatu padu, sama ada dalam keluarga, organisasi, persatuan, komuniti atau negara.
"Hanya dengan perpaduan sahajalah kita akan menjadi kuat, dihormati dan disegani. Jika kita berpecah belah, bercerai-berai kita akan menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh orang lain yang ingin menguasai atau menjajah kita. Sesungguhnya, kesatuan dan kekuatan itu adalah kunci kepada kejayaan dan kemajuan kita," katanya.
Dalam konteks Persatuan Rumpun Bajausamah, beliau berkata, persatuan ini juga bercita-cita untuk menjadi seperti persatuan kebudayaan atau etnik lain yang berperanan sebagai penjaga dan pemelihara adat tradisi bangsa, sekaligus memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
"Jika gerakan yang mulia ini dapat dikekalkan dan terus diperhebatkan, insya-Allah, Sabah akan dapat kita bangunkan bukan sahaja maju dari segi pembangunan fizikal tetapi juga sebagai sebuah negeri yang kaya dengan nilai adat dan budaya masyarakatnya," katanya.
Hajiji yakin bahawa melalui penganjuran festival seperti ini, dengan pelbagai acara yang disusunatur, termasuk pertandingan tarian tradisional seperti Limbai dan Runsai, pertandingan nyanyian Bintang Soromas, dan pertandingan Betitik, bakat baharu dalam setiap bidang dapat dicungkil dan seterusnya memelihara warisan budaya.
Sementara itu, acara kemuncak seperti pertandingan Ratu Serimpak bukan sahaja menjadi tarikan utama festival, tetapi juga menyerlahkan mutu seni tenunan dan motif etnik Bajau yang ditampilkan dalam busana para peserta.
Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Tun Musa atas sokongan beliau dalam penubuhan Persatuan Rumpun Bajausamah 12 tahun lalu dan pembangunan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Lok Batik bermula pada tahun 2017 semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah.
Tamat
English Version
TUARAN: The State Government always supports any NGO that organises activities aimed at preserving the cultural heritage of the various ethnic groups in Sabah, as long as they do not overlap with similar government-organised programmes.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that the organisation of arts and cultural programmes, such as the Rumpun Bajausamah Cultural Festival, can elevate the state's cultural treasures to a higher level, thereby enhancing the state's image at the global stage.
Such programmes also strengthened the bonds of unity among the local community, regardless of race or religion, he said at the opening of the Rumpun Bajausamah Cultural Festival at the Rumpun Bajausamah Cultural Centre at Lok Batik here today.
The event was graced by Head of State, Tun Musa Aman and his wife, Toh Puan Faridah Tussin.
"In line with the festival's theme ‘Budaya Tradisi Teras Perpaduan Malaysia Madani’, it becomes the responsibility of the Rumpun Bajausamah Association to uphold the unity agenda as a central cause. This is because the goal of elevating our cultural heritage is to create harmony and preserve unity.
"For generations, and centuries, the people of this state have practised a way of life grounded in mutual respect, cooperation, and helping one another regardless of skin colour or religious belief," he said.
Hajiji said the spirit of togetherness and mutual tolerance among the people of this state has shaped Sabah society into one with a unique yet captivating identity.
"With 35 ethnic groups and 217 sub-ethnic groups present within the Sabah community, our society is indeed diverse and truly plural in the Malaysian context.
"Even so, the people of Sabah continue to live in harmony with a strong sense of unity, in line with the slogan 'Unity in Diversity'," he said.
The Chief Minister said there are great benefits and wisdom in living harmoniously and in unity, whether it is unity within families, organisations, associations, communities, or the nation.
"Only through unity can we become strong, respected, and admired. If we are divided and disunited, we will become weak and easily dominated by others who wish to control or colonise us. Indeed, unity and strength are the keys to our success and progress," he said.
In the context of the Rumpun Bajausamah Association, he said it also aspires to be like other cultural or ethnic associations that serve as custodians and preservers of their people's traditional customs, ultimately nurturing the unity spirit among the rakyat.
"If this noble movement is sustained and further strengthened, God willing, we can develop Sabah not only in terms of physical development but also as a state rich in its community cultural and traditional values," he said.
Hajiji believed that through festivals such as this, with a variety of carefully curated events, including traditional dance competitions like Limbai and Runsai, the Bintang Soromas (singing) competition, and the Betitik competition, new talents in each respective field can be unearthed while preserving cultural heritage.
Meanwhile, highlight events like the Ratu Serimpak (traditional beauty pageant) competition not only serve as a major attraction of the festival, but also showcase the quality of weaving arts and the ethnic Bajau motifs displayed in the garments worn by the participants.
Hajiji also paid tribute to Tun Musa for his support to the formation of the Rumpun Bajausamah Association 12 year ago and in the development of the Rumpun Bajausamah Cultural Centre in Lok Batik beginning in 2017 during his tenure as Chief Minister of Sabah.
Ends
