RM13.66 juta diperuntukkan bagi pemeliharaan warisan budaya dan seni tahun ini (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TAWAU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13.66 juta tahun ini bagi memastikan warisan budaya dan seni Sabah terus dipelihara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"Kerajaan negeri akan terus mempergiat usaha bagi menambah baik pemeliharaan warisan budaya untuk terus memacu dan memperkasa industri pelancongan di negeri ini," katanya semasa Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT).
Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.
Acara yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau malam ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin.
"Saya yakin festival ini antara yang akan membawa impak besar terhadap sektor pelancongan dan ekonomi tempatan. Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa sempena festival ini bukan setakat untuk mengenali khazanah budaya kita tetapi turut memberi limpahan rezeki kepada semua yang terlibat secara tidak langsung.
"Ini termasuk usahawan, pengusaha homestay, penggiat seni dan peniaga kecil, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.
"Festival ini juga merupakan satu medium untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga dan menghargai khazanah budaya yang tak ternilai," katanya.
Ketua Menteri turut memaklumkan bahawa pembinaan Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC), yang dijadualkan siap pada Disember 2027, sudah pasti akan menjadi hab kebudayaan dan pentas utama pertembungan seni serta warisan pelbagai etnik apabila siap kelak.
"Ini sekali gus akan melonjakkan Tawau sebagai pusat kebudayaan antarabangsa yang berdaya saing," ujarnya.
Seiring dengan tema "Kepelbagaian Budaya: Pahlawan, Kraf Tangan dan Perkahwinan", FKAT adalah manifestasi keindahan dan keunikan masyarakat pelbagai kaum di Sabah, katanya.
Ketua Menteri berkata festival ini bukan sahaja menjadi ruang pameran budaya, tetapi juga medan interaksi antara komuniti daripada pelbagai latar belakang, termasuk peserta dari Kazakhstan, Indonesia dan Filipina.
"Ia turut memperkukuh peranan Tawau sebagai bandar sempadan yang kaya dengan jaringan diplomasi budaya dan kerjasama serantau.
"Oleh itu, festival ini menjadi wadah untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum, mempertingkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya serta memupuk rasa hormat dan penghargaan terhadap warisan nenek moyang kita," katanya.
Tamat
English Version
TAWAU: The State Government has allocated RM13.66 million for this year to ensure Sabah's cultural and arts heritage continues to be preserved, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
"The State Government will continue to intensify efforts to improve the preservation of cultural heritage to further drive and strengthen the tourism industry in the state," he said at the Tawau International Cultural Festival (FKAT).
State Science, Technology and Innovation Minister Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif delivered his speech.
Held at the Tawau Municipal Council Square tonight, the event was graced by Head of State Tun Musa Aman and his wife, Toh Puan Faridah Tussin.
"I am confident that this festival will be one of those that brings significant impact to the tourism sector and the local economy. The influx of domestic and international tourists during this festival is not only an opportunity to appreciate our cultural treasures but also brings economic spillovers to all indirectly involved.
"They include entrepreneurs, homestay operators, artists, and small traders, thereby contributing to the economic growth of the local community.
"This festival also serves as the medium to educate the younger generation about the importance of protecting and valuing our priceless cultural heritage," he said.
The Chief Minister said that the construction of the Tawau International Cultural Centre (TICC), scheduled for completion in December 2027, will undoubtedly become a cultural hub and a key stage for the convergence of various ethnicities' arts and heritage once completed.
"This will, in turn, elevate Tawau as a competitive international cultural centre," he said.
In line with the theme "Cultural Diversity: Warriors, Handicrafts, and Marriage," the FKAT is a manifestation of the beauty and uniqueness of Sabah's multiracial society, he said.
The Chief Minister said this festival is not only a space for cultural exhibition but it is also a platform for interaction between communities from various backgrounds, including participants from Kazakhstan, Indonesia, and the Philippines.
"It further strengthens Tawau's role as a border town rich in cultural networks and regional cooperation.
"Therefore, this festival serves as a platform to strengthen interracial unity, raise awareness of cultural diversity, and foster respect and appreciation for the heritage of our ancestors," he said.
Ends
