Projek Solar Berskala Besar Tawau perkukuh agenda tenaga mampan Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TAWAU: Kerajaan Negeri terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan tenaga mampan menerusi pelancaran Projek Solar Berskala Besar (LSS) Q-Solar Tawau, yang dijangka menjana 15 megawatt (MWac) tenaga bersih menjelang penghujung 2026.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, projek berimpak tinggi di atas tapak seluas lebih 45 ekar itu dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara Qhazanah Sabah Berhad (QSB), Qhazanah Energy Sdn Bhd (QESB) dan QSolar Tawau Sdn Bhd (QSolar).
Katanya, projek solar itu selain menjadi pemacu utama kestabilan tenaga di kawasan Pantai Timur negeri ini, juga bukti iltizam berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan ekosistem pembangunan mampan dan selari denganusaha menjadikan Sabah sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui.
“Kita bukan hanya ingin menyelesaikan isu bekalan elektrik, terutama di Pantai Timur, tetapi berusaha membentuk masa depan tenaga yang lebih bersih, stabil dan berdaya tahan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Solar Berskala Besar (LSS) Q-Solar (Tawau) Sdn.Bhd di Jalan Timur, Kubota pada Sabtu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan.
Beliau berkata, penjanaan tenaga 15MWac daripada projek ini merupakan langkah konkrit ke arah penstabilan sistem grid Sabah yang ketika ini masih terlalu bergantung kepada penjanaan tenaga berasaskan diesel dan gas asli.
“Projek ini akan memperkukuh keupayaan sistem grid negeri, mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, dan dalam masa yang sama mengimbangi pengagihan tenaga antara Pantai Barat dan Pantai Timur,” katanya.
Hajiji berkata, pelaksanaan projek ini adalah sejajar dengan pelan induk tenaga negeri, iaitu Sabah Energy Roadmap and Master Plan (SERAMP), yang menjadi kerangka hala tuju jangka panjang bagi transformasi sektor tenaga Sabah.
Menurutnya, pembangunan projek ini turut membawa limpahan manfaat ekonomi kepada komuniti setempat, bukan hanya dari aspek pembinaan dan pelaburan, malah melalui penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan kapasiti tempatan.
Katanya, fasa pembinaan, operasi dan penyelenggaraan ladang solar ini dijangka menjana pelbagai peluang pekerjaan, manakala kerja-kerja pembinaan dan perkhidmatan sokongan akan melibatkan kontraktor dan pembekal tempatan di Tawau.
“Anak-anak muda tempatan juga akan diberi latihan khusus untuk mengurus dan menyelenggara sistem solar ini. Ini membuktikan bahawa projek ini bukan bersifat sementara, tetapi bertujuan membina kapasiti tempatan jangka panjang,” katanya.
Menurutnya, aspek pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran dan penglibatan langsung rakyat Sabah dalam sektor tenaga hijau akan menjadi pemangkin ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih progresif dan inklusif.
Hajiji turut menyifatkan projek ini sebagai titik permulaan kepada perubahan landskap industri tenaga di Sabah, khususnya di Pantai Timur.
Beliau turut memuji peranan aktif QSB dan QESB yang terus melaksanakan mandat sebagai entiti pelaburan strategik negeri dengan menyokong dasar kerajaan dan menyumbang kepada pembangunan tenaga mampan di Sabah.
“Mensejahterakan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan hari ini, dan saya berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual serta memberi impak positif kepada rakyat dan negeri ini", katanya.
Tamat
English Version
TAWAU: The State Government continues to reinforce its commitment to sustainable energy development through the launch of the Tawau Q-Solar Large-Scale Solar (LSS) project, expected to generate 15 megawatts (MWac) of clean energy by the end of 2026.
Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, said this high-impact project on a site of over 45 acres is being developed through a strategic collaboration between Qhazanah Sabah Berhad (QSB), Qhazanah Energy Sdn Bhd (QESB), and QSolar Tawau Sdn Bhd (QSolar).
He said that the solar project not only serves as a major driver of energy stability in the Eastern region of the state but also demonstrates the state government's ongoing commitment to providing a sustainable development ecosystem in line with efforts to make Sabah a leader in renewable energy.
“We are not just looking to solve electricity supply issues, especially in the East Coast, but are striving to shape a cleaner, more stable, and resilient energy future,” he said at the groundbreaking ceremony for the Q-Solar Large-Scale Solar (LSS) Project at Jalan Timur, Kubota on Saturday.
His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan.
He said the generation of 15MWac from this project is a concrete step towards stabilizing Sabah's grid system, which is currently still overly reliant on diesel and natural gas-based generation.
“This project will strengthen the state grid’s capacity, reduce dependence on fuel, and at the same time balance energy distribution between the West Coast and East Coast,” he said.
Hajiji added that the implementation of this project aligns with the state energy master plan, the Sabah Energy Roadmap and Master Plan (SERAMP), which serves as the long-term framework for the transformation of Sabah's energy sector.
He said the development of this project also brings economic benefits to the local community, not just in terms of construction and investment, but also through job creation and local capacity development.
He stated that the construction, operation, and maintenance phases of this solar farm are expected to generate various job opportunities, while construction work and supporting services will involve local contractors and suppliers in Tawau.
"Local youths will also be provided with specific training to manage and maintain this solar system. This proves that the project is not temporary, but aims to build long-term local capacity," he said.
He noted that the aspects of technology transfer, skill development, and direct involvement of the people of Sabah in the green energy sector, will serve as a catalyst for more progressive and inclusive economic growth.
Hajiji also described this project as a starting point for changing the energy industry landscape in Sabah, particularly on the East Coast.
He applauded the active role of QSB and QESB, as a strategic state investment entity by supporting government policies and contributing to sustainable energy development in Sabah.
"Ensuring the welfare of the people is the responsibility of the government today, and I hope this project can be completed on schedule and have a positive impact on the people and this state," he said.
Ends
