Kerajaan Negeri sokong inisiatif tubuhkan Hospis Kanak-Kanak pertama Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyokong visi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Penjagaan Paliatif Pediatrik Malaysia (MAPPAC) untuk menubuhkan hospis kanak-kanak pertama di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“Kerajaan Negeri mengiktiraf kepentingan penjagaan paliatif untuk kanak-kanak. Menangani cabaran ini merupakan satu langkah penting dalam usaha berterusan kita untuk memperkukuh keadilan dalam sistem kesihatan dan meneguhkan komitmen kita terhadap pembangunan berteraskan rakyat,” katanya. 

Inisiatif MMA dengan kerjasama MAPPAC untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran bagi membina Hospis Kanak-Kanak di Sabah menerusi SEPEDA Amal Borneo 2025, satu kempen berbasikal rentas Borneo, merupakan satu usaha yang mulia, katanya pada majlis makan malam kutipan dana SEPEDA di Hotel Hilton malam ini. 

Ucapan beliau telah disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew. 

“Kanak-kanak yang mengalami penyakit serius dan tidak dapat disembuhkan bukan sahaja memerlukan perhatian perubatan, tetapi juga maruah, keselesaan dan ketenangan – di mana jua mereka berada, sama ada di hospital atau di rumah. 

“Keluarga mereka pula memerlukan sokongan, pemahaman dan keyakinan bahawa mereka tidak menempuh perjalanan yang sukar ini bersendirian. 

“Secara keseluruhan, dianggarkan 80,000 kanak-kanak di seluruh negara memerlukan penjagaan sebegini, dan di Sabah sahaja, sekitar 9,000 kanak-kanak mengidap penyakit yang mengancam nyawa serta tidak boleh disembuhkan. 

“Kanak-kanak ini dan keluarga mereka berhak mendapat bukan sahaja rawatan perubatan, tetapi juga belas kasihan, maruah dan sokongan sepanjang perjalanan hidup mereka,” katanya. 

Ketua Menteri berkata walaupun kemajuan telah dicapai, akses kepada penjagaan paliatif pediatrik khusus masih terhad di beberapa kawasan di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman.

“Saya dimaklumkan bahawa pada masa ini, penjagaan paliatif pediatrik hanya disediakan oleh satu pasukan berdedikasi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas, sejak tahun 2013. Unit ini menerima lebih 100 rujukan setiap tahun dan jumlah ini semakin meningkat,” katanya. 

Sehubungan itu, Hajiji memuji dedikasi Kementerian Kesihatan kerana terus membangunkan perkhidmatan ini di Sabah serta usaha MAPPAC membawa perkhidmatan penjagaan paliatif secara percuma berasaskan rumah ke komuniti di seluruh Sabah. 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada 17 penunggang basikal dari seluruh dunia yang menyertai perjalanan mencabar ini demi amal, bermula dari Sandakan seminggu lalu dan tiba di Kota Kinabalu hari ini. 

“Kempen berbasikal rentas Borneo ini bukan sekadar satu ujian ketahanan; ia adalah perjalanan penuh belas kasihan dan harapan. Dengan mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran bagi penubuhan Hospis Kanak-Kanak di Kota Kinabalu, anda sedang membantu membina tali hayat untuk kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan,” katanya. 

Beliau berkata kepimpinan MMA dalam usaha ini mencerminkan komitmen mendalam terhadap khidmat masyarakat, yang melangkaui klinik dan hospital, sekaligus menjadi lambang sebenar profesion perubatan. 

“Dalam hal ini, saya memuji usaha dan kerjasama MMA dalam berkhidmat kepada masyarakat dan memperluas sumber untuk penjagaan paliatif pediatrik, sekaligus melengkapi peranan kerajaan ke arah Sabah yang lebih inklusif dan penyayang,”katanya. 

“Inisiatif anda ini akan memperkayakan struktur masyarakat kita dan secarasignifikanmeningkatkan kesejahteraan komuniti kita. Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya mengucapkan terima kasih atas usaha cemerlang anda,” katanya. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: The State Government supports the vision of the Malaysia Medical Association (MMA) and Malaysian Association of Paediatric Palliative Care (MAPPAC) to establish the state's first children's hospice, said Chief Minister Datuk Seri PanglimaHaji Hajiji Haji Noor. 

"The State Government recognises the importance of palliative care for children. Addressing these challenges will be an important step in our ongoing efforts to strengthen healthcare equity and uphold our commitment to people-centred development," he said. 

The initiative by the MMA in collaboration with MAPPAC to raise funds and awareness to build the Children Hospice in Sabah through the SEPEDA Amal Borneo 2025, across-Borneo cycling campaign, is a noble effort, he said at the SEPEDA fundraising dinner at the Hilton Hotel here tonight. 

Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Panglima  Christina Liew delivered his speech. 

"Children with serious and life-limiting illnesses deserve not only medical attention, but also dignity, comfort, and a sense of peace – wherever they are, whether in hospital orat home. 

"Their families need support, understanding, and the assurance that they are not walking this arduous journey alone. 

"Nationwide, an estimated 80,000 children are in need of such care, and right here in Sabah, around 9,000 children live with life-limiting and non-curable illnesses. 

"These young children and their families deserve not only medical care, but compassion, dignity and support throughout their journey," he said. 

The Chief Minister noted that while progress has been made, access to specialised paediatric palliative care can still be limited in certain parts of Sabah, particularly in rural and interior areas.

"I was told that at the moment, paediatric palliative care is provided solely by a dedicated team at the Sabah Women's and Children's Hospital, Likas, since 2013. The unit receives more than 100 referrals a year and this number is increasing," he said. 

In this regard, Hajiji lauded the dedication of the Ministry of Health for continuing to develop this service in Sabah as well as the MAPPAC for its efforts to bring free home-based palliative care services to communities across Sabah. 

He also congratulated the 17 cyclists from around the world for embarking on this challenging journey in the name of charity, having cycled from Sandakan one week ago and arrived in Kota Kinabalu today. 

"This cross-Borneo cycling campaign is not just a show of endurance; it is a journey of compassion and hope. By raising both funds and awareness for the establishment of the Children's Hospice in Kota Kinabalu, you are helping to build a lifeline for children and families in need," he said. 

He said the MMA's leadership in this cause reflects a deep commitment to public service, extending beyond the clinic and the hospital, which is a testament to what the medical profession stands for. 

"In this regard, I applaud the MMA's efforts and synergy in serving communities and in this regard, expanding resources to paediatric palliative care, complementing the government's role for a more inclusive and compassionate Sabah," he said. 

"The impact of your initiative will enrich the fabric of our society and significantly enhance the overall well-being of our communities. On behalf of the State Government of Sabah, I thank you for your exemplary efforts," he said. 

Ends