KM: Perpaduan teras kekuatan Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini adalah kunci utama kepada kekuatan dan kemakmuran Sabah yang berterusan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Beliau menyeru seluruh rakyat agar terus memelihara keharmonian yang dinikmati hari ini sebagai warisan paling berharga untuk generasi akan datang.
“Perpaduan dalam kepelbagaian adalah kekuatan sebenar Sabah. Ia bukan kelemahan, sebaliknya keunikan yang harus kita banggakan dan pelihara,” katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2025 di Magellan Sutera Harbour Resort, di sini pada Jumaat.
Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab menjadikan ruang seperti sekolah, tempat kerja, premis perniagaan, rumah ibadat dan ruang digital sebagai wadah memperkukuh persefahaman, bukannya menyemai perpecahan.
Mengulas kemajuan pembangunan negeri ini, beliau berkata pencapaian Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 setakat Mei 2025 menunjukkan kejayaan memberangsangkan dengan purata pelaksanaan mencecah 94 peratus daripada 467 inisiatif yang dirancang.
“Antara sektor yang terus menjadi keutamaan adalah pertanian, perindustrian dan pelancongan, selain usaha memperkukuh modal insan, kesejahteraan rakyat, jaringan infrastruktur dan kelestarian alam sekitar,” katanya.
Hajiji berkata, pelbagai bentuk bantuan rakyat turut disalurkan, termasuk memperkukuh akses pendidikan serta pengenalan Skim Insurans Perlindungan Rakyat Sabah yang memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.
Beliau turut mengajak seluruh lapisan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mana-mana sahaja –sebagai simbol kesetiaan dan semangat cinta negara.
“Pelancaran hari ini bukan sekadar satu acara simbolik, tetapi satu seruan untuk kita menghayati makna sebenar kemerdekaan – bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada kemiskinan dan perpecahan,” katanya.
Menurutnya, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang diraikan setiap Ogos merupakan detik bersejarah yang mengingatkan rakyat tentang perjuangan nenek moyang mempertahankan tanah air dan maruah bangsa.
“Sebagai rakyat Malaysia di Sabah, kita mempunyai tanggungjawab besar untuk mempertahankan nikmat kemerdekaan dan meneruskan legasi perjuangan ini,” tambahnya.
Majlis pelancaran itu diserikan dengan penyerahan bendera kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, wakil persatuan dan pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The unity of the diverse races and religions in Sabah is key to the state’s strength and prosperity, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
The Chief Minister urged all citizens to continue preserving the harmony enjoyed today as the most valuable legacy for future generations.
“Unity in diversity is Sabah's true strength. It is not a weakness, rather it is a uniqueness that we should be proud of and safeguard,” he said at the launch of the National and Sabah Day, and the 2025 Flag Waiving Campaign at the Magellan Sutera Harbour Resort here Friday.
The Chief Minister said every individual is responsible for making places like schools, workplaces, business premises, places of worship, and digital platforms to strengthen understanding, rather than sowing division.
On the progress of Sabah's development, he said the achievements of the Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 Roadmap as of May 2025 showed encouraging success, with an average implementation rate reaching 94 percent of the 467 initiatives planned.
“Among sectors that continue to be prioritized are agriculture, industry, and tourism, along with efforts to enhance human capital, the peoples’ welfare, infrastructure networks, and environmental sustainability,” he said.
Hajiji said various forms of assistance have also been provided to the people, including access to education and introducing the Sabah People's Protection Insurance Scheme that offers comprehensive benefits to citizens.
He also urged all segments of society to fly the Jalur Gemilang everywhere - as a symbol of loyalty and love for the nation.
“Today's launch is not just a symbolic event, but a call for us to understand the true meaning of independence - not just freedom from colonization, but also freedom from poverty and division,” he said.
The National Day and Sabah Day celebration of, held every August, is a historic moment that reminds the people of the struggle of their forefathers in defending the homeland and the dignity of the nation.
“As Malaysians in Sabah, we have a great responsibility to safeguard the blessings of independence and continue this legacy of struggle,” he added.
The launching event was marked by the handing over of flags to state and federal government departments and agencies, representatives of associations, and the launch of the Merdeka Jalur Gemilang Expedition.
Ends
