Kerajaan Negeri tubuh Majlis Penasihat Reformasi Undang-Undang Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Penasihat Reformasi Undang Undang Sabah (SLRAC) sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, memperkukuh tadbir urus dan mempromosi reformasi perundangan di Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata penubuhan SLRAC merupakan satu inisiatif penting yang bertujuan untuk memodenkan dan menambah baik kerangka perundangan di Sabah bagi memenuhi keperluan rakyatnya dengan lebih berkesan.
“Kerajaan Negeri mengalu-alukan pandangan dan syor berharga daripada SLRAC, yang dijangka menjadi asas kepada reformasi undang-undang yang bermakna dan berkekalan di Sabah,” kata beliau.
Kata Ketua Menteri, penubuhan majlis ini juga selaras dengan visinya untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang progresif, inklusif dan berpandangan jauh ke hadapan, di mana pembangunan undang-undang bergerak seiring dengan kemajuan sosial dan ekonomi, sambil memelihara warisan unik negeri ini.
Hajiji berkata demikian selepas menyampaikan surat pelantikan kepada ahli-ahli SLRAC yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri David Wong Dak Wah, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, di Menara Kinabalu hari ini.
Ahli-ahli lain dalam Majlis tersebut ialah Datuk Daniel Tan Jwee Peng, Dr David Fung Yin Kee, Datuk John Sikayun, Datuk Roger Chin Ken Fong, dan Shakinur Ain Karama, manakala Janice Junie Lim akan bertindak sebagai Setiausaha.
SLRAC merupakan sebuah badan penasihat bebas yang ditugaskan untuk menjalankan kajian menyeluruh terhadap undang-undang negeri sedia ada dan mencadangkan reformasi khusus bagi meningkatkan kejelasan, kecekapan, keadilan dan kesesuaian undang-undang.
Majlis ini juga akan memastikan agar reformasi yang dicadangkan akan berpegang teguh kepada nilai, adat dan realiti sosio-budaya yang unik di Sabah.
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government has established the Sabah Law Reform Advisory Council (SLRAC) as part of a broader effort to uphold the rule of law, enhance governance and promote legal reform in Sabah.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the establishment of the SLRAC is a significant initiative aimed at modernising and improving the legal framework in Sabah to better serve the needs of its people.
“The State Government looks forward to the valuable insights and recommendations from the SLRAC, which are expected to form the foundation for meaningful and enduring legal reform in Sabah,” he said.
The Chief Minister said it also aligned with his vision for a progressive, inclusive, and forward-looking Sabah, where legal development advances in tandem with social and economic progress, while preserving the state’s unique heritage.
Hajiji said this after presenting the appointment letters to members of the SLRAC, led by its Chairman, Tan Sri David Wong Dak Wah, who is the former Chief Judge of Sabah and Sarawak, at Menara Kinabalu here today.
The other members of the Council are Datuk Daniel Tan Jwee Peng, Dr David Fung Yin Kee, Datuk John Sikayun, Datuk Roger Chin Ken Fong, and Shakinur Ain Karama, while Janice Junie Lim will serve as the Secretary.
The SLRAC is an independent, non-partisan advisory body tasked with conducting a comprehensive review of existing State laws and recommending targeted reforms to improve legal clarity, efficiency, fairness and relevance.
The Council will ensure that the proposed reforms stay rooted in the values, customs and socio-cultural realities unique to Sabah.
Also present were State Secretary, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong and State Attorney-General, Datuk Brenndon Keith Soh.
Ends
