Mesyuarat Rundingan Tahunan ke-13 Malaysia Indonesia di Jakarta (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kepada Presiden Indonesia, Probowo Subianto, sejurus tiba di Istana Merdeka, sempena Mesyuarat Rundingan Tahunan Ke-13 Malaysia-Indonesia, pada Selasa di Jakarta. Turut hadir ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Ketua Menteri dan rombongan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Ag Sahari dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew tiba di Jakarta pada Isnin. Pada Isnin, Hajiji turut menghadiri mesyuarat pre-council yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Tamat
English version
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim introduced Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, to the President of Indonesia, Prabowo Subianto, upon arrival at the Merdeka Palace in Jakarta, Tuesday for the 13th Malaysia-Indonesia Annual Consultation Meeting. The Premier of Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg was also present.
The Chief Minister and his entourage which included State Secretary Datuk Seri Panglima Safar Untong, State Attorney General, Datuk Brenndon Keith Soh, Internal Affairs and Research Secretary, Datuk Awang Shaminan Ag Sahari and Director of Lands and Survey Department, Datuk Bernard Liew, arrived in Jakarta on Monday. On Monday, Hajiji also attended the pre-council meeting chaired by the Prime Minister.
Ends
