Sabah destinasi pelayaran baharu (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Kehadiran lebih 100 pelayar dan 29 kapal layar dari 16 negara sempena Dalit Bay  Nautica ini adalah bukti bahawa Sabah sedang dilihat dan dihargai oleh dunia untuk destinasi  pelayaran, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berharap pelancongan nautika seperti ini akan menjadi salah satu daya tarikan atau  aktiviti pelancongan utama dalam masa terdekat di negeri ini. 

“Sabah menawarkan pelbagai pengalaman berlayar dan sebenarnya terdapat potensi untuk  menjadi destinasi pelayaran memandangkan kita mempunyai pantai yang menarik dan bersih. 

“Saya yakin pelancongan nautika atau aktiviti rekreasi pelayaran juga akan berpotensi  membawa pengunjung ke Sabah sekali gus mampu menjana limpahan ekonomi kepada  penduduk setempat.  

“Justeru, kita perlu memanfaatkan prospek aktiviti pelayaran itu memandangkan lokasi negeri  ini yang mempunyai kelebihan dan banyak laluan air. Seperti Pantai Dalit ini, dengan memiliki  pantai yang memukau, kepelbagaian budaya yang ada, dan lokasi strategik berhadapan Laut  China Selatan, kawasan ini memiliki potensi besar sebagai destinasi pelancongan kelas dunia,”  katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Dalit Bay Nautica 2025 di sini, pada Jumaat. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam  Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai.  

Ketua Menteri berkata acara ini juga sudah pasti akan membantu meningkatkan pelancongan,  mempromosikan warisan budaya, dan merangsang aktiviti ekonomi di negeri ini. 

“Ini sudah pasti akan meletakkan negeri Sabah pada peta pantai global dan menjadi satu  petanda yang baik dalam meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini. Sudah pasti acara ini  akan membantu mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan sekali gus dapat membantu kita  mencapai sasaran 3.5 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini. 

“Sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, Sabah mempunyai segala-galanya untuk  ditawarkan dari lautan yang dalam hingga ke gunung yang tinggi. Ini menjadikan Sabah adalah  di antara destinasi pelancongan bertaraf dunia.  

“Keindahan dan kekayaan flora serta fauna dan keajaiban alam semula jadi seperti lautan serta  kepulauannya dan gunung-ganang serta hutan simpannya adalah khazanah alam yang  dinikmati dan dikagumi ramai,” katanya. 

Tamat

 

English version

TUARAN: The presence of more than 100 sailors and 29 yachts from 16 countries for the  Dalit Bay Nautica event is proof that Sabah is now being recognised and appreciated  globally as a sailing destination, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor. 

He expressed hope that nautical tourism such as this will soon become one of the main  tourist attractions or activities in the state. 

“Sabah offers a variety of sailing experiences and in fact, there is strong potential to become  a sailing destination given our beautiful and pristine beaches. 

“I believe nautical tourism or recreational sailing activities have the potential to attract more  visitors to Sabah, and in turn, generate economic spillovers for the local communities. 

“Therefore, we need to seize the prospects of sailing activities given the state’s strategic  location with its natural advantages and many waterways. Just like Dalit Beach, with its  stunning coastline, rich cultural diversity, and strategic location facing the South China Sea,  this area holds great potential to become a world-class tourism destination,” he said. 

He said this when officiating the Dalit Bay Nautica 2025 event here on Friday.His speech  was delivered by Assistant Minister of Tourism, Culture and Environment Datuk Joniston  Bangkuai. 

The Chief Minister said the event will also help to boost tourism, promote cultural heritage,  and stimulate economic activity in the state. 

“This will definitely put Sabah on the global coastal map and is a good indicator of growth in  the state’s tourism sector. Without a doubt, this event will further diversify our tourism  offerings and help us achieve our target of 3.5 million tourist arrivals to Sabah this year. 

“As the second-largest state in Malaysia, Sabah has everything to offer—from deep seas to  towering mountains. This makes Sabah one of the world-class tourism destinations. 

“The beauty and richness of our flora and fauna, and the wonders of nature such as our  oceans, islands, mountain ranges, and forest reserves are natural treasures enjoyed and  admired by many,” he said. 

Ends