KM terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Singapura

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menerima  kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama  Vanu Gopala Menon di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis. 

Dalam pertemuan tersebut, Hajiji merakamkan penghargaan kepada Vanu atas peranan  beliau yang sentiasa menyokong usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi  pelaburan utama di rantau ini 

“Kerajaan Negeri amat menghargai komitmen Singapura dalam memperkukuh  hubungan dengan Sabah. Kami mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari republik  itu", katanya. 

Sementara itu, Vanu memaklumkan bahawa Singapura bersedia menyokong Sabah  dalam pelbagai bentuk kerjasama lain termasuk dalam aspek latihan, perkongsian  kepakaran teknikal, sektor pendidikan dan lain-lain. 

Hajiji dan Vanu turut bertukar pandangan mengenai cara untuk mengeratkan lagi  hubungan antara kedua-dua pihak. 

Kunjungan itu turut dihadiri beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dan pegawai  Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia. 

Tamat