Sabah mendahului usaha pemuliharaan alam sekitar dan ketahanan terhadap perubahan iklim (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

SEMPORNA: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kelulusan  Enakmen Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 semasa Persidangan Dewan Undangan  Negeri baru-baru ini telah meletakkan Sabah sebagai peneraju negara dalam tindakan  pemuliharaan alam sekitar dan daya tahan terhadap perubahan iklim. 

Beliau berkata pelaksanaan Enakmen tersebut akan memastikan penglibatan komuniti  Sabah serta melindungi hak mereka melalui prosedur Keizinan Termaklum Awal

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah komited dalam usaha  melindungi dan memulihara sumber asli, biodiversiti dan ekosistem negeri ini,” katanya  semasa sambutan Hari Biodiversiti Sedunia di Dewan Arena Belia, di sini hari ini. 

Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri,  Datuk Nizam Abu Bakar Titingan. 

Beliau berkata tema sambutan tahun ini, “Harmoni dengan Alam Semula Jadi dan  Pembangunan Lestari”, sangat bermakna kerana menekankan peranan penting kedua dua elemen dalam memelihara kesihatan planet, meningkatkan kesejahteraan manusia  dan memastikan masa depan yang mampan. 

“Tema ini juga amat bersesuaian dan menjadi peringatan kepada seluruh manusia,  khususnya rakyat Sabah, agar tidak leka dalam melaksanakan aktiviti pembangunan  tanpa mengambil kira kelestarian biodiversiti, kesejahteraan haiwan, tumbuhan dan  ekosistem yang memberi manfaat kepada kehidupan kita,” katanya. 

“Dengan memastikan alam semula jadi dilindungi dan dihargai, kita bukan sahaja  melindungi biodiversiti, malah menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial untuk  generasi kini dan akan datang. 

“Konsep ini juga selari dengan matlamat global Sustainable Development Goals (SDGs)  serta Strategi Biodiversiti Sabah 2024–2034. Pada masa yang sama, sambutan dan  tema hari ini turut mencerminkan aspirasi Halatuju Pembangunan Sabah Maju Jaya  (SMJ) Pada masa yang sama, sambutan dan tema pada hari ini juga merupakan satu  aspirasi kepada Halatuju Sabah Maju Jaya yang mana tunjang utama adalah  melestarikan amalan hijau dan menyokong pembangunan mampan,” ujarnya lagi.

Hajiji turut memaklumkan bahawa Sabah merupakan negeri pertama di Malaysia yang  sedang giat melaksanakan konsep Ekonomi Biru di bawah agenda Hala Tuju  Pembangunan SMJ. 

Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Sabah melihat potensi untuk melaksanakan Ocean  Thermal Energy Conversion (OTEC) di perairan Tawau sebagai sumber tenaga boleh  diperbaharui, katanya. 

“Selain itu Pusat Biodiversiti Sabah dan Yayasan Petronas, dengan kerjasama Universiti  Malaysia Sabah (UMS), sedang giat melaksanakan Projek Pemetaan Rumput Laut di  seluruh Sabah. Syabas!” katanya. 

Beliau juga memberi jaminan bahawa selaras dengan fokus untuk meneroka,  mempromosikan dan menyokong Ekonomi Biru, Kerajaan Negeri akan memastikan  bahawa aktiviti pelancongan di Semporna adalah terkawal dan tidak mengganggu  biodiversiti marin tetapi pada masa yang sama memberikan faedah dan manfaat kepada  rakyat Sabah. 

Namun begitu, beliau berkata usaha pemuliharaan memerlukan sokongan padu  daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, komuniti  setempat dan seluruh rakyat Sabah. 

“Saya menyeru agar kita terus melindungi kekayaan semula jadi Sabah agar generasi  kini dan akan datang dapat terus menikmati manfaat dan faedah daripada sumber sumber semula jadi ini,” katanya. 

Beliau menambah, bagi pihak Kerajaan Negeri ia akan terus melaksanakan program  pembangunan yang menekankan kelestarian hijau dengan memberi keutamaan kepada  penggunaan dan pengurusan sumber semula jadi secara bertanggungjawab, serta  memastikan perlindungan alam sekitar, kesejahteraan sosial dan pertumbuhan ekonomi  terpelihara untuk generasi akan datang. 

Tamat

English Version 

SEMPORNA: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the approval  of the Climate Change and Carbon Governance Enactment 2025 at the recent State  Assembly Sitting has positioned Sabah as the nation's leader in environmental  conservation and resilience against climate change. 

He said the implementation of the Enactment would ensure the involvement of Sabah's  native community and that their rights are protected through the Prior Informed Consent (PIC) procedure. 

"I wish to emphasise that the Sabah State Government is committed to protecting and  preserving the state's natural resources, biodiversity and ecosystem," he said during the  World Biodiversity Day celebrations at the Dewan Arena Belia here today. 

The Chief Minister's speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister  Datuk Nizam Abu Bakar Titingan. 

He said the celebration's theme, "Harmony with Nature and Sustainable Development",  is meaningful and underscored the crucial roles both elements play in preserving the  health of the planet, enhancing human well-being and ensuring a sustainable future.  

"This theme is also timely and serves as a reminder to humanity, especially the people  of Sabah, not to be complacent when carrying out development activities without  considering the sustainability of biodiversity, the well-being of animals, plants, and  ecosystems that bring benefits to our lives," he said. 

"By ensuring that nature is protected and valued, we not only safeguard biodiversity but  also secure economic and social well-being for current and future generations.  

"This concept aligns with the global Sustainable Development Goals (SDGs) and the  Sabah Biodiversity Strategy 2024–2034. At the same time, today's celebration and  theme also reflect the aspirations of the Sabah Maju Jaya (SMJ) development agenda,  which is fundamentally anchored in promoting green practices and supporting  sustainable development," he said. 

Hajiji said that Sabah is the first state in Malaysia to actively implement the Blue  Economy concept under the SMJ development agenda. 

Through this initiative, the Sabah State Government sees the potential to implement  Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) in the Tawau waters as a source of  renewable energy, he said. 

"In addition, the Sabah Biodiversity Centre and Yayasan Petronas, in collaboration with  Universiti Malaysia Sabah (UMS), are also actively carrying out the Seaweed Mapping  Project across Sabah. Well done!" he said. 

He also assured that in line with the focus on exploring, promoting, and supporting the  Blue Economy, the State Government will ensure that tourism activities in Semporna are  well-regulated and do not disrupt marine biodiversity but providing benefits and  advantages to the people of Sabah. 

Conservation efforts, however, he said, needed strong support from all quarters,  including government agencies, the private sector, NGOs, the local community, and the  people of Sabah in general. 

"I urge that we continue to protect Sabah's natural wealth so that the current and future  generations will continue to experience and enjoy the benefits and advantages of these  natural resources," he said. 

He added that the State Government, on its part, would continue to implement  development programmes that emphasise green sustainability by prioritising the  responsible use and management of natural resources, as well as ensuring  environmental protection, social well-being, and economic growth for future generations. 

Ends