Sabah antara lima negeri teratas dalam pelaksanaan projek dan program pembangunan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Sabah merupakan antara lima negeri teratas di negara ini dari segi penyempurnaan projek dan program pembangunan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Berdasarkan laporan MyProjek, beliau berkata sejumlah 1,271 projek, merangkumi 396 projek sambungan dan 876 projek baharu sedang dilaksanakan di negeri ini pada tahun ini.
“Daripada jumlah itu, 1,171 projek atau bernilai RM5.584 bilion adalah projek fizikal, manakala 100 projek lagi bernilai RM355.24 juta adalah projek bukan fizikal,” katanya.
“Saya menyeru semua pihak agar terus mempertingkatkan usaha untuk memastikan Sabah muncul negeri terbaik dalam pelaksanaan projek dan program pembangunan di Malaysia,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu hari ini.
Walaupun pencapaian ini membanggakan, Ketua Menteri menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk leka dan memperlahankan momentum pemantauan terhadap program atau projek kerajaan.
“Sebaliknya, pencapaian ini harus dijadikan sebagai indikator untuk kita bekerja lebih keras dalam menambah baik dan menyelesaikan setiap program dan projek dengan lebih cepat, tepat dan teratur, seterusnya memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Sabah,” katanya.
Hajiji berkata pelaksanaan program dan projek tidak seharusnya hanya digalas oleh agensi utama semata-mata, sebaliknya semua agensi dan kementerian perlu memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan.
Ketua Menteri turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah berusaha memperkukuh tadbir urus kewangan negeri melalui penambahbaikan prosedur dan garis panduan pengurusan kewangan.
Ini dilaksanakan melalui penilaian dan mengambil kira tatacara perolehan dan pelantikan konsesi sebagai satu mekanisme membendung masalah pembangunan di negeri Sabah, katanya.
“Di samping itu, setiap agensi dan kementerian perlu lebih kerap memantau penyaluran peruntukan yang telah diberikan bagi memastikan ia dibelanjakan sepenuhnya dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah.
“Pembayaran kepada kontraktor dan perunding juga mesti dilakukan dengan cepat, tepat dan teratur agar pelaksanaan projek di negeri ini tidak terganggu atau mengalami kelewatan,” katanya.
Ketua Menteri turut mengingatkan ahli MTPNg agar memastikan segala keperluan pembangunan yang mendesak dapat ditangani dengan segera.
Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga komited melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya untuk melaksanakan program peningkatan pendapatan dan produktiviti dalam menangani isu miskin dan miskin tegar yang dinamik.
“Melalui inisiatif ini, kita bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan, tetapi juga berusaha membantu golongan sasar agar berjaya keluar daripada kemiskinan.
“Keprihatinan kita juga jelas melalui usaha dan kerja keras yang berterusan dalam memastikan setiap agenda negara mahupun negeri dipatuhi, diperbaiki dan dipertingkatkan,” katanya.
Hajiji berkata penyediaan berterusan keperluan dan kemudahan kepada rakyat melalui penaiktarafan kemudahan awam, kemudahan asas, infrastruktur sosial serta bantuan perkhidmatan sosial telah memberikan manfaat yang berganda kepada golongan miskin di Sabah.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa teras Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat dalam pelan pembangunan SMJ juga memfokuskan kepada membangunkan potensi rakyat Sabah melalui pendidikan, latihan, dan kesejahteraan sosial.
“Ini termasuk inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup, menyediakan peluang pendidikan dan memperkasa modal insan secara menyeluruh, di samping mendidik masyarakat agar lebih cakna dan cenderung untuk turut serta, dan kerap membantu atau menyumbang kepada pelaksanaan program-program yang memberi manfaat kepada golongan sasar seperti golongan miskin dan miskin tegar ini,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Sabah is among the top five states in the country in terms of development projects and programmes completion, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Based on the MyProjek report, he said a total of 1,271 projects, comprising 396 continuity projects and 876 new ones are being implemented this year in Sabah.
“Of the figure, 1,171 projects or RM5.584 billion are physical projects while another 100 or RM355.24 million are non-physical projects,” he said.
“I urge everyone to step up to ensure Sabah achieves the best in terms of projects or programmes implementation in Malaysia,” he said when chairing the State Development Action Council (MTPNg) meeting at Menara Kinabalu here today.
Despite the good performance, the Chief Minister emphasized that it should not be an excuse to become complacent and slow down the momentum in monitoring government programmes or projects.
“Instead, it should serve as an indicator for us to work harder to improve and complete every programme and project more swiftly, accurately, and in an orderly manner, ultimately bringing benefits to all the people,” he said.
Hajiji said the implementation of programmes and projects should not solely fall on the shoulders of one agency, rather all agencies and ministries should play a significant role in ensuring their success.
The Chief Minister said the State Government has also made efforts to strengthen the state’s financial governance by enhancing financial management procedures and guidelines.
This is carried out through the evaluation and consideration of procurement procedures as well as the appointment of concessions as a mechanism to address development issues in the state, he said.
“In addition, each agency or ministry must monitor more frequently the disbursement of allocated funds to ensure they are fully utilised and benefit the people.
“Payments to contractors and consultants must also be made promptly, accurately, and in an orderly fashion to ensure that project implementation in the state is not disrupted or delayed,” he said.
The Chief Minister also reminded the council to ensure all pressing development needs are addressed swiftly.
Hajiji said the State Government is also relentless in carrying out initiatives under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya Development Plan to implement income enhancement and productivity improvement programmes to address the poor and hardcore poor issues, which is dynamic.
“Through these initiatives, we are not only helping to increase income but also strive to assist targeted groups to get out of poverty.
“Our concern is also evident through our relentless efforts and hard work in ensuring that every national or state agenda is adhered to, improved upon, and further enhanced,” he said.
Hajiji said that the continuous provision of needs and facilities to the people, through the upgrading of public amenities, basic facilities, social infrastructure, and social service assistance, has provided multiple benefits to the poor in Sabah.
In addition, he stated that the Human Capital and People’s Well-Being thrust in the Hala Tuju SMJ development plan also focuses on developing the potential of the people through education, training, and social well-being.
“This includes initiatives to improve living standards, provide educational opportunities, and comprehensively empower human capital, while also educating the society to be more aware and inclined to participate in or contribute to the implementation of programmes that benefit target groups such as the poor and hardcore poor,” he said.
Ends
