Pengumuman Khas PMX petunjuk asas ekonomi Malaysia kukuh (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melihat Pengumuman Khas oleh Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meringankan kos sara hidup rakyat sebagai petunjuk  kepada asas ekonomi negara yang kukuh di bawah Kerajaan Madani. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri  menyambut baik inisiatif berteraskan rakyat tersebut kerana ia bertujuan mengurangkan  beban yang ditanggung oleh rakyat. 

“Ia menunjukkan bahawa Perdana Menteri benar-benar mengambil berat terhadap  kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Hajiji berkata bantuan one-off RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur  18 tahun ke atas bagi membeli barangan asas di 4,100 premis perniagaan, serta  peluasan jualan Rahmah Madani ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri,  merupakan berita baik kepada rakyat. 

Beliau turut menyambut baik penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter  melalui inisiatif subsidi bersasar, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta  rakyat Malaysia, sebagai satu langkah yang menepati aspirasi rakyat. 

“Pengisytiharan hari sebelum Hari Malaysia (15 September) sebagai cuti umum  merupakan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap kepentingan hari istimewa ini  untuk seluruh negara,” katanya. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The State Government views the Prime Minister Datuk Seri Anwar  Ibrahim’s Special Announcement to ease the people’s cost of living as an indication of  the nation’s strong economic fundamentals under the Madani Government. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government  welcomed the people-centric initiatives as they were meant to lessen the burden of the  rakyat. 

“It shows that the Prime Minister has the people’s interest at heart,” he said in a  statement here today. 

Hajiji said the RM100 one-off assistance for all Malaysian citizens aged 18 and above  to purchase basic goods in 4,100 shopping outlets, coupled with the expansion of the  Rahmah Madani sales to every state constituency, is a boon to the rakyat. 

He also noted that the lowering of the RON95 petrol price to RM1.99 per litre through  the targeted subsidy initiative, which is expected to benefit more than 18 million  Malaysians, fulfilled the aspirations of the people. 

“The declaration of the eve of Malaysia Day (September 15) as a public holiday, is a  Federal Government’s recognition of the special day for the whole country,” he said. 

Ends